Pages

Tuesday, February 16, 2010

JANTUNG HATIKU...


Renung-renungkanlah.... (^_^)


Saya akan cerita serba sedikit tentang jantung.Banyak pelajaran berguna yang saya pelajari daripada jantung ini.

Jantung ini berakhlak 'mahmudah' (akhlak yang terpuji).Jantung amanah.Dia tidak pernah mencuri.

Jantung ini ada satu otot, namanya Endocardium.Endocardium ini tidak akan mengambil darah yang beroksigen buat dirinya.100% darah yang diterima, 100% darah yang berkualiti juga akan dipam semula.Tidak pernah sesekali dia menggunakannya buat keperluan dirinya.


Sekiranya 'Coronary Artery' tersumbat, jantung tetap tidak akan mencuri..Apa yang akan terjadi? Kematian.Dan jantung menunjukkan satu lagi sikap, lebih baik mati dalam kemuliaan daripada mati dalam kehinaan.


Jantung juga tidak mementingkan diri. Dia tahu organ-organ lain di dalam badan memerlukan bantuannya. Dia bekerja dalam jemaah, ada 'team work'. Jantung mengepam 5 Liter darah dalam masa satu minit. Jumlahnya hampir-hampir satu baldi air.

Dia bekerja tanpa rehat. Sekiranya manusia tidur, otaknya akan berehat.Tapi jantung akan terus menjalankan tanggungjawabnya kepada Allah.


Jantung menerima arahan dari 'SA node'. Bahasa mudahnya, SA node ini seperti seorang ketua dan jantung akan mematuhi arahan ketuanya.

Dia tidak akan datang lambat. Dia tahu betapa penting dirinya. Dia perlu selalu berinteraksi, menjaga batas perhubungannya. Sekiranya dia berhenti berinteraksi, akan berlaku 'Sudden Cardiac death'. Jantung akan tiba-tiba mati.


Satu lagi perkara mengenai jantung - dia tidak akan berhenti bergerak. Apa yang akan terjadi kalau jantung berhenti bergerak? Darah akan bergumpal dan seterusnya menyebabkan strok dan serangan sakit jantung.

Jantung mengajar kita agar sentiasa belajar - menjadi 'Continuous Learning Person'. Jangan berhenti. Exam bukannya terminal (penamat) segalanya-galanya. Sebagai seorang muslim, perlu belajar sehingga ke liang lahad.


Jantung ini patuh pada siapa?? Jantung ini patuh pada penciptanya, yakni Allah.Kalau dia patuh pada saya dan awak, dah lama jantung mati.

Contohnya, awak beri arahan, sekarang berdegup cam gini...cam gini...Lepas tu, awak beri lagi arahan...berdegup cam gini...cam gini...Awak akan jadi gila, dan jantung juga akan mati kerana mematuhi peraturan yang tidak masuk akal.

Kadang kita tidak sedar betapa hebatnya kasih sayang Allah buat hambaNya. Derhaka macam mana pun, jantung tetap berfungsi dengan baik. Semua itu nikmat.

Nasihat saya buat awak dan saya, bertaubatlah sebelum jantung itu berhenti berfungsi kerana mematuhi perintah RabbNya.

 

HARGAILAH JANTUNG ANDA.....
---@ kerana  ianya takde spare part cam kete,motosikal,lori,bas dan sebagainya..kalau rosak dah tentu tak lagi dapat diganti baru....mmm kalau boleh diganti pun takkan sama sepertimana yang asal dimana ianya memang dah diprogramkan oleh Allah...memang jantung tuh khas untuk diri kita jek..renung-renungkanlah dan selamat beramal  =)










4 comments:

Amanina said...

endocardium & cardiac muscle tak sama ea?

setahu saya cardiac muscle pun perlukan oksigen untuk dirinya sendiri.

sekadar bertanya.:D

Huda said...

subhanAllah
itulah, bende yang tak berakal ni memang akan sentiasa ikut sunnatullah
:D

YanaNuar said...

Amanina..

hehe akak pun tak tau la bab bahasa2 saintifik nih.yang tu kene tanya yg lebih pakar la hikhik...sori =)

YanaNuar said...

Huda..

mmm tu la..kekadang tak terjangkau dek fikiran pun kan?..insaf sangat.

Betapa kita nih manusia dikurniakan akal yang tak seberapa nak dibandingkan ngan kekuasaannya.Maha Suci Allah.. =)

Related Posts with Thumbnails