Pages

Wednesday, October 20, 2010

Pembukaan YanaOnlineTailor

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim..

SEKARANG!!!!!

Dengan rasminya

YanaOnlineTailor ( Jahit Tudung BerAwning )

Telah DI BUKA untuk TEMPAHAN




Jom pakat tengok2 dulu..

Kalau berkenan bulih la tempah..

Kalau tak berkenan..

Bulih la tengok2 aje sekadar cuci mata hik3

Okey,

ENJOY!!!!















Saturday, October 16, 2010

Selamat Jalan Kak Ja..

SELAMAT JALAN KAK JA..
AKU SAYANG KAMU!!!!
JAGA DIRIMU SOKMO NEH =D

Tika dan saat ini aku rasa kosong..
Rasa kehilangan sesangat..

Doaku hanya satu..
Moga Kak Ja, Abg Nizam dan Danish
Sentiasa dalam keadaan yg selamat..

Jam 10 pagi tadi..
Kak Ja satu family naik ni..
v
v
v
v
v


Nak berhijrah ke sini..
v
v
v
v
v



Kali ni mungkin lama kot menetap kat sana..
2,3 tahun lepas dah pegi berhijrah kat sana
Tapi belum pun 3 tahun
Dah punggah kain baju balik Malaysia hihi

Tika entry ni ditulis,
Mereka masih lagi berada di awan biru
Mudah-mudahan selamat sampai ke daratan hendaknya

Kak Ja..
Aku Sayang Kamu..
Jaga dirimu selalu tika di perantauan

InsyaAllah aku akan ingat pesananmu..
" Telefon sokmo tanya kabo mok ayah.."
" Balik sebulan sekali jenguk mok ayah.."
" Jaga kebajikan adik2.."

Tapi, sekarang nih..
Komunikasi bukan lagi jadi masalah kan???
Facebook ada untuk berhubung
Emel pun ada untuk antar surat
Segala2 nya mudah hehe

Jika aku rindu..
Aku akan tengok ini..
v
v
v
v
v


Kenangan terakhir di rumah Kak Ja



Kak Ja dan Danish
Sempat gak promote motor hihi





 

Pergilah kamu kakakku.. kerana dengan kepergianmu itu.. maka akan terbelalah nasib keluarga kita.. Cuma satu pintaku darimu Ya Allah.. Berikan aku kesempatan untuk memeluk dan mencium dia lagi..





Friday, October 15, 2010

Edisi Terjah Taman Samudera

Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Akhirnya hajatku nak terjah ke Taman Samudera..
Umah kakak sulungku, Kak Ja
Dah pun tertunai dengan jayanya..

v
v
v
v
v



Hurmm, inilah rumahnya..
Memang comeyyy =D
Regenya pun cumil gak hehe

Terima kasih tak terhingga pada Cik Asben tersayang
Kerana sudi tunaikan hasratku itu
TERIMA KASIH SAYANG..

Dek kerana bimbang tersesat jalan
Cik Asben usahakan jugak membeli mende alah ni

v
v
v
v
v


GPS..
Gajet yang paling berguna pada orang yang takut sesat jalan hihik
Maklum ler...
Bukannya biasa sangat ngan jalan menghala ke Kuala Lumpur tu

Psssst..
Kalau korang nak tau...
Walaupun guna GPS..
Masih jugak sesat jalan wakakakah
Malu betulll ahahahahaha

Dan akhirnya kami sampai jugak kat Taman Samudera tu
Dengan selamatnya
Tapi dibantu oleh Abg Nizam (abg ipar)
Yang jadi penunjuk jalan kikiki

Tapi tak pe la..
Janji kami satu family sampai dengan selamat, iye tak???

Pagi Ahad tu,
Kami dua family jenjalan kat sini..

v
v
v
v
v


Sekadar jenjalan cuci mata tengok barang aje la huhu
Pehhh harganya memang tak leh tahan
Mahal bangat =)



Sambil tunggu Kak Ja beli baju sejuk Danish (anak sedara)
Sempat gak la anak daraku ini berposing..
Berkenan benar dia ngan anak patung pakai pakaian pengantin tu



Zahin ngan Batrisyia..
Bila dah jumpa kereta jual aiskrim nih
Terus terserlah kejakunan mereka itu mwahahaha
Tak duduk diam langsung..
Tekan sana, tekan sini, pusing sana, pusing sini
Dah macam hak milik sendiri dah kete tu hik3 
Hurmm..lama jugak la, duk biar mereka main kat situ



" Zahin, Senyum... "
Camnilah gaya Zahin posing bila ibu sebut perkataan " Senyum " hehe



Sambil tunggu anak2 main
Sempat gak la berposing ngan akakku seorang ni
Ala2 iklan ubat gigi gitu hekhek

Dah puas main ngan kete aiskrim tuh
Kami bawak anak2 tengok ini pulak..

v
v
v
v
v


Seronok sangat tengok air pancut tu
Hingga dah tak kira keselamatan diri dah..
Nasib tak jatuh dalam air
Aduhai lah anak..



" Wahhh, omey (comel) " komen Zahin



Zahin pun nak posing jugak..
Peluk batang pokok pun boleh la hihi



Ibu ngan Ayah pun tak ketinggalan..
Posing jugak mengalahkan anak2 ghee

Dalam kul 2 petang
Kami dah kembali ke Taman Samudera..
Sempat gak la tengok Nona
Pasal majlis kawen angkasawan tu..

Dan bila jam menunjukkan ke angka 5 petang
Kami dah pun bersiap2 untuk pulang ke Kuantan..
Selepas bertangis-tangisan,
Berpeluk-pelukan..
Ibu pulang dengan doa yang tak putus2..
Agar ibu di ketemukan lagi dengan kakak kesayangan
Di tahun hadapan...
InsyaAllah di Hari Raya AidilFitri..

Mengapa di tahun hadapan?
Bukankah minggu depan ada,
Bulan depan pun ada..

Nak tahu kenapa?
Tunggu entry seterusnya =D

 




" Andaiku tahu, kapan tiba ajalku.. " rasa terngiang2 bait lagu itu di telingaku.. sesungguhnya ajal dan maut itu tiada siapa yang akan tahu bila akan menjelma.. cuma doaku.. masih diberikan kesempatan untuk aku bernafas di bumi yang indah ini.. dan diberi kesempatan untuk aku berjumpa kembali dengan kakak kesayanganku.. amin..





Wednesday, October 6, 2010

Cerita Duka Di 1 Syawal 1431 H

Pejam celik, pejam celik dah pun nak habes bulan Syawal. Maknanya makan free alias open house dan beraya kat umah orang pun bakal habes jugak la =D

Alhamdulillah.. untuk tahun ni, sempat gak saya berpuasa selama 6 hari (1 hari ganti + puasa sunat).Kira okey la tu daripada tak buat langsung kan?? hihi

Hurmm, sebut pasal Raya Tahun 2010 ni.. ada kisah duka yang terjadi di petang 1 Syawal aritu..

Kereta Cik Asbenku excident.. di langgar dari belakang oleh seorang budak lelaki berumur 16 tahun yang ketika itu sedang merempit..


Alkisahnya..

Hari raya pertama tu, hujan..so, Cik Asben amik keputusan tuk beraya ke rumah mak sedaranya di sebelah petang. Lepas asar tu, kami (Saya, Cik Asben, Batrisyia dan Zahin) bersama ngan seorang anak sedara perempuan, Along memulakan perjalanan.

Mula2 ke rumah Mok Teh Yam (kakak pada Mak Mentua)...lama gak berkampung kat situ.. sempat gak la berbalang2 kuih raya habes kami telan hehehe.. kuat lantak betollll kihkihkih

Lepas bersalam-salaman, bermaaf-maafan, hulur duit raya, kutip duit raya.. haaa!! tang ni memang Batrisyia dan Zahin suka =D ngeh ngeh ngeh..

Kami pun bertolak ke rumah Mok Cik Pah (kakak pada arwah ayah mertua).. lepas makan dan minum, kami beransur pulang ke rumah.

Waktu tu dalam pukul 5.30 petang, Cik Asben bagi signal nak masuk simpang. Kebetulannya pulak simpang tu lepas selekoh. Masa tu dah terdetik dalam hati saya, "Eh! biar betul abang nak masuk lorong nih..diluar kebiasaan betul nih.."

Dalam duk tunggu ruang kosong nak masuk lorong (jalan kampung). Tetiba bunyi......

'Sreeeeeeeeetttttttt.... Kabooooom...'  (siyes memang kuat giler bunyi brek motor tuh)

Dan nampak sorang budak laki berbaju melayu oren jatuh dalam lopak air tepi jalan belah kiri. Memang rasa ngeri giler masa tu. Bimbang takut dipijak kereta lain jer sementelah ternampak sebuah kereta proton berhimpit ngan motor budak tu.

Cik Asben masa tu cam blur jer..

" Eh abang, kete kita kena langgar la "

Cik Asben pun apa lagi dah tak jadi nak masuk lorong, tapi terus parking kereta tepi jalan.



Hurmm, Banyak gak yang kemek tu
Sebab budak lelaki tu berbadan besar
Kemungkinan melambung jugak la budak tu
Lampu belakang pecah
Bumper jatuh
Spoiler pecah



Terpaksa tampal ngan plaster
Takut masuk air hujan huhuhu
Sungguh kasihan kan???


Budak tu memang basah kuyup sebab dia jatuh dalam lopak air, seluarnya koyak, luka kat tangan jer sikit. Huh nasib gak tak teruk..

Lama gak duk berbincang ngan budak tu, dia macam tak mahu bagi kerjasama. Mintak nombor telefon keluarga dia, katanya tak ada.. huh alasan tak logik langsung. Dia duk pegang henfon tapi cakap ayah tak de telefon... menipu betul..

Lagi kan budak sekolah skarang pun pakai henfon, takkan la pulak ayahnya tak pakai henfon...piiiirahhhh.. agaknya dia takut ayahnya marah la kot..

" Selesai kat sini dah la bang.." katanya

" Mana boleh... ingat sikit ke tu? sape lak nak bayar harga baiki kereta tu?? " jawab Cik Asben.

Wah wah wah banyak cantek muka ko.. dah la umur baru 16 tahun, bawak motor tade lesen, dah tu tak pakai helmet pulak... dan yang paling teruk, bawak motor dengan laju...

Ada hati nak mintak lepas cenggitu ajer... lepas2 nih makin best la ko merempit ek kalo orang asyik lepas jer ko tanpa ambik tindakan.

Last skali, kakaknya yang datang.. tu pun lepas Cik Asben duk paksa dia suruh hubungi adik-beradik dia. Lepas duk bincang seketika, kakaknya bersetuju nak bayar ganti rugi.. "Awak baiki dulu pastu gitau berapa kosnya".. atas dasar percaya, Cik Asben mengiyakan saja..

Dalam kul 6.45 petang baru bertolak balik umah...

Seminggu kemudian..



Bonet yang lama tapi di ketuk dan di cat baru
Bumper pun cat baru jugak
Lampu belakang tukar baru
Tukar spoiler baru
Habes gak dalam RM 550


Tapi, janji manusia ni memang kekadang tak boleh kita percaya seratus peratus.. janji hanya tinggal janji..

Bila dah siap baiki, lain pulak ceritanya. Kakaknya macam tak mau bayar pulak. Katanya banyak sangat. Sedangkan sedikit saje rosaknya. Huh sukati ko je yek.. ari tu tak mo tengok betul-betul banyak mana yang rosak.. Ketuk body, cat, lampu belakang.. dah kira harga paling murah la tu.. suruh ko bayar RM 500 jer. RM 50 tu kira hangus la.

Sehabis bergaduh ngan abang ipar budak tu.. hanya di bayar  RM 400 sahaja.. yang lainnya hangus begitu sahaja. Kata Cik Asben, bimbang dia tak mau bayar langsung jika terus duk bertikam lidah.. Sabar aje la..

Kata suami, tak pe la.. tunggu aje bila kereta mereka pulak yang kena langgar. Tengok banyak mana guna duit bayor kos baiki balik =(






MORAL : Jika kejadian begini berlaku pada anda.. Terus jer repot polis.. tak yah nak kesian2.. Biar dia tau langit tu tinggi ker rendah.. Tengok banyak mana dia kene bayar ganti rugi.. Kat JPJ dah kena saman tanpa lesen dan tak pakai helmet. Kalo tak pun ayah yang membenarkan anak bawah umur bawak motor tanpa lesen tu yang kena masuk jel.. Rasakannn!!!!!







Related Posts with Thumbnails