Pejam celik, pejam celik dah pun nak habes bulan Syawal. Maknanya makan free alias open house dan beraya kat umah orang pun bakal habes jugak la =D
Alhamdulillah.. untuk tahun ni, sempat gak saya berpuasa selama 6 hari (1 hari ganti + puasa sunat).Kira okey la tu daripada tak buat langsung kan?? hihi
Hurmm, sebut pasal Raya Tahun 2010 ni.. ada kisah duka yang terjadi di petang 1 Syawal aritu..
Kereta Cik Asbenku excident.. di langgar dari belakang oleh seorang budak lelaki berumur 16 tahun yang ketika itu sedang merempit..
Alkisahnya..
Hari raya pertama tu, hujan..so, Cik Asben amik keputusan tuk beraya ke rumah mak sedaranya di sebelah petang. Lepas asar tu, kami (Saya, Cik Asben, Batrisyia dan Zahin) bersama ngan seorang anak sedara perempuan, Along memulakan perjalanan.
Mula2 ke rumah Mok Teh Yam (kakak pada Mak Mentua)...lama gak berkampung kat situ.. sempat gak la berbalang2 kuih raya habes kami telan hehehe.. kuat lantak betollll kihkihkih
Lepas bersalam-salaman, bermaaf-maafan, hulur duit raya, kutip duit raya.. haaa!! tang ni memang Batrisyia dan Zahin suka =D ngeh ngeh ngeh..
Kami pun bertolak ke rumah Mok Cik Pah (kakak pada arwah ayah mertua).. lepas makan dan minum, kami beransur pulang ke rumah.
Waktu tu dalam pukul 5.30 petang, Cik Asben bagi signal nak masuk simpang. Kebetulannya pulak simpang tu lepas selekoh. Masa tu dah terdetik dalam hati saya, "Eh! biar betul abang nak masuk lorong nih..diluar kebiasaan betul nih.."
Dalam duk tunggu ruang kosong nak masuk lorong (jalan kampung). Tetiba bunyi......
'Sreeeeeeeeetttttttt.... Kabooooom...' (siyes memang kuat giler bunyi brek motor tuh)
Dan nampak sorang budak laki berbaju melayu oren jatuh dalam lopak air tepi jalan belah kiri. Memang rasa ngeri giler masa tu. Bimbang takut dipijak kereta lain jer sementelah ternampak sebuah kereta proton berhimpit ngan motor budak tu.
Cik Asben masa tu cam blur jer..
" Eh abang, kete kita kena langgar la "
Cik Asben pun apa lagi dah tak jadi nak masuk lorong, tapi terus parking kereta tepi jalan.
Hurmm, Banyak gak yang kemek tu
Sebab budak lelaki tu berbadan besar
Kemungkinan melambung jugak la budak tu
Lampu belakang pecah
Bumper jatuh
Spoiler pecah
Terpaksa tampal ngan plaster
Takut masuk air hujan huhuhu
Sungguh kasihan kan???
Budak tu memang basah kuyup sebab dia jatuh dalam lopak air, seluarnya koyak, luka kat tangan jer sikit. Huh nasib gak tak teruk..
Lama gak duk berbincang ngan budak tu, dia macam tak mahu bagi kerjasama. Mintak nombor telefon keluarga dia, katanya tak ada.. huh alasan tak logik langsung. Dia duk pegang henfon tapi cakap ayah tak de telefon... menipu betul..
Lagi kan budak sekolah skarang pun pakai henfon, takkan la pulak ayahnya tak pakai henfon...piiiirahhhh.. agaknya dia takut ayahnya marah la kot..
" Selesai kat sini dah la bang.." katanya
" Mana boleh... ingat sikit ke tu? sape lak nak bayar harga baiki kereta tu?? " jawab Cik Asben.
Wah wah wah banyak cantek muka ko.. dah la umur baru 16 tahun, bawak motor tade lesen, dah tu tak pakai helmet pulak... dan yang paling teruk, bawak motor dengan laju...
Ada hati nak mintak lepas cenggitu ajer... lepas2 nih makin best la ko merempit ek kalo orang asyik lepas jer ko tanpa ambik tindakan.
Last skali, kakaknya yang datang.. tu pun lepas Cik Asben duk paksa dia suruh hubungi adik-beradik dia. Lepas duk bincang seketika, kakaknya bersetuju nak bayar ganti rugi.. "Awak baiki dulu pastu gitau berapa kosnya".. atas dasar percaya, Cik Asben mengiyakan saja..
Dalam kul 6.45 petang baru bertolak balik umah...
Seminggu kemudian..
Bonet yang lama tapi di ketuk dan di cat baru
Bumper pun cat baru jugak
Lampu belakang tukar baru
Tukar spoiler baru
Habes gak dalam RM 550
Tapi, janji manusia ni memang kekadang tak boleh kita percaya seratus peratus.. janji hanya tinggal janji..
Bila dah siap baiki, lain pulak ceritanya. Kakaknya macam tak mau bayar pulak. Katanya banyak sangat. Sedangkan sedikit saje rosaknya. Huh sukati ko je yek.. ari tu tak mo tengok betul-betul banyak mana yang rosak.. Ketuk body, cat, lampu belakang.. dah kira harga paling murah la tu.. suruh ko bayar RM 500 jer. RM 50 tu kira hangus la.
Sehabis bergaduh ngan abang ipar budak tu.. hanya di bayar RM 400 sahaja.. yang lainnya hangus begitu sahaja. Kata Cik Asben, bimbang dia tak mau bayar langsung jika terus duk bertikam lidah.. Sabar aje la..
Kata suami, tak pe la.. tunggu aje bila kereta mereka pulak yang kena langgar. Tengok banyak mana guna duit bayor kos baiki balik =(
MORAL : Jika kejadian begini berlaku pada anda.. Terus jer repot polis.. tak yah nak kesian2.. Biar dia tau langit tu tinggi ker rendah.. Tengok banyak mana dia kene bayar ganti rugi.. Kat JPJ dah kena saman tanpa lesen dan tak pakai helmet. Kalo tak pun ayah yang membenarkan anak bawah umur bawak motor tanpa lesen tu yang kena masuk jel.. Rasakannn!!!!!