Pages

Wednesday, August 28, 2013

Alkisah Minyak Kereta


Assalamualaikum semua....

Fuhhhhhh... Fuhhhhhh.... Fuhhhhhhh... tiup habuk sket..
Dah lama tak menulis kat sini.. dah bersawang dan berhabuk dah haaa my blog :)

Hari ni nak citer...
PENGALAMAN PERTAMA AKU MENGISI MINYAK KERETA
Oleh kerana Pengalaman Pertama, nak lah aku abadikannya kat sini hehe
Wat kenangan kata orang miahahaha aci gitu?? ^___^


pakcik Google, ai pinjam gambo ni yek.TQ =D


Pagi tadi dapat mesej drp Cik Suami..
Suruh aku gi ambik Batrisyia kat sekolah tengahari nanti
Katanya nak gi Ganu melawat ibu teman sekerjanya meninggal (Innalillahiwainnailaihirojiun)
Malam kot baru sampai ke rumah semula

Bila dapat mesej tu, terus aku teringat perbualan semalam....

"Minyak kereta ada lagi ke?"

"Tinggal sikit je lagi"

"Dah naik alarm belum?" (mwahahaha bagus punya soalan kan?)

"Tak lagi... kottt" (jawapan selamat bila lupa nak tengok hihi)

"Gi lah isi minyak kat Caltex depan tu"

"Malas lah, dok reti.. abang lah gi isi"

"Hermmm, gitu lah... doh bila nok pandai isi kalau tak cuba"


Dan hari ini...
Cik suami suruh aku gi isi sendiri minyak kereta
Huhuhuhu takkkoooootttttt...
Tak pernah isi sebelum nih... :(

Aku memang dah lama bawak motor ngan kereta
Cuma, selama bertahun2 aku duk merempit ngan motor dan kereta tu,
Bila gi isi minyak... ada yg tolong isikan...
Dulu2 (belum kawen), masa kat Ganu... ada pekerja pam minyak yg tolong isikan minyak dalam tangki motor kereta
Aku just buka penutup minyak dan bayar ajer
Keje2 masukkan minyak lam tangki adalah tugas pekerja pam minyak disitu
Aduhaiiii...

Tadi Cik Suami sempat call dan mempermainkan aku...
Katanya..

"Gi Caltex, parking tepi pam"

"Tengok no pam kat atas kepala tu"

"Gi bayor"

"Buka penutup minyak"

"Angkat noozle tu, masukkan dalam lubang tangki"

"Tekan dan tunggu hingga habis minyak tu di pam" (Dorang dah setting berapa hinggit yg nak)

"Keluarkan nozzle dan simpan tempat asal"

"Tutup semula lah tangki minyak tu.... siapppp"

Soalan aku...
"Nak kena bunyi kreek kreeek ke penutup tangki tu??" mwahahahaha soalan seorang ibu yg jakun

"Ahahahahahahaha suka hati lah nok bunyi kreek kreeek ke tak"


Kul 12 Tengahari gi ambik zahin dulu,
Pastu gi Caltex... memang berdebar gilerrrr masa tu
Terketar2 tangan pegang nozzle minyak huhuhu
Nasib baik semuanya BERES dengan jayanya
Alhamdulillah akhirnya aku berjaya mengisi minyak kereta yahoooooo!!!!!
^________________^

Rasa bangga ngan diri sendiri jap bila pulas kunci kereta,
Jarum minyak bergerak naik ke atas heheheheehhehe



Nota Jari Runcing : Lain kali kena cuba lagi isi minyak biar rasa takut tu hilang... seperti mana aku fobia nok bawak kereta setelah lama menjadi 'MEM BESAR'.... ^_____________________^




Related Posts with Thumbnails