Pages

Friday, April 30, 2010

Thank You Mama Zakwan..

Ahaksss kemain lagi tajuk pakai bahasa omputih gitu uhuk3...aku bukannya apa..dah ada 3 entry aku buat tajuk 'Terima Kasih.....' so,kali ni nak tukar kot omputih pulak la hihi....boleyh kan????

Ok kali ni.... nak ucap 'Thousand Million Thanks untuk Mama Zakwan' sebab dah bagi Zahin adiah yang sungguh tomey dan jugak cute miut itu...Zahin suuuukaaaa sesangat...


Pinggan+mangkuk+cawan plastik color pink ^_^


Pas ni leh la Zahin memahirkan diri dengan makan sendiri...tak yah nyusahkan ibu lagi hehe...tapi nak susahkan ibu tolong kutip makanan yang bersepah tu aje..boleh kan ibu???? hekhek

Kalau nak tahu...ari tu Zahin ada masuk 'Sleeping Cutie Contest'  kat Blog Mama Zakwan. So, kiranya Zahin dah menang adiah saguhati kat contest tu laa hihi....sonok..sonok..sonok.. =)







Walaupun saguhati jer...Zahin ngan ibu tetap jugak menghargainya....pape pun time kasih bebanyak untuk Mama Zakwan.....dan jugak para juri sebab sudi jugak bagi Zahin adiah ^_^







Thursday, April 29, 2010

"Tulang Kecik Tercabut"

Isnin, 7.30 malam, waktu tu aku nak ke bilik air tuk amik air smayang....tetiba jer dengar macam orang jatuh...bila jenguk...dah terlentang anak daraku si Batrisyia tuh atas tikar Sarawak kat ruang tamu...untuk seketika Batrisyia macam terdiam sekejap pastu barulah kedengaran suara raungannya yang menggegarkan lubang telinga...aduhai apa sajalah mainannya hingga terjatuh cenggitu...

Lepas tengok Batrisyia tak bergerak baru la ayahnya gi angkat dia suruh duduk...sebelum tu dah banyak kali aku dengar ayahnya melarang dia panjat atas tiang sofa..tapi dia buat tak dengar jer...hurmmm tu la padahnya orang tak mendengar kata...haaaa rasakan...

Bila di check tade pape yang patah...tapi dia meraung bagitau tangan dia sakit....pastu cik suamiku amik minyak panas letak kat siku dah dia cakap kat situ dia sakit...hmmm pelik gak...bila tangisannya makin kuat suamiku terpaksa ikat kain kat leher dia tuk ampu tangannya yang sakit tuh...Batrisyia bagitau ayahnya "tulang kecik tercabut" ahahah ada2 aje lah anakku ni...tapi betul ke ek?

Naik bimbang gak aku ngan somi bila tengok dia asyik duk menangis....aku suspek tangannya patah bila dia duk meraung sakan saat aku sentuh tangannya...tapi cam tak masuk akal pulak..bukannya tinggi sangat pun sofa tuh...so amik keputusan nak bawak dia gi klinik nak x-ray la kot2 nya ada yang patah sementelah tak berenti meraung....sian pun ada aku tengok... 

Pas suami smayang maghrib,dia tefon kawan sekerja dia tanya kat mana umah tukang urut...hurmm berubah fikiran...nak bawak Batrisyia gi umah tukang urut pulak ^_^ ...pas siap smayang Isyak baru la kami pegi umah tukang urut tu nak suruh dia tengok2 la patah tulang ke apa ke....bila dia periksa katanya ada seliuh sikit...atuk tu siap letak minyak,bagi Tisya minum air (dah baca ayat suci al-Quran) ,balut siku dia.....baru la tarik lengan dia tuk betulkan balik seliuh tu....huh nasib jugak tak patah...tapi meraung jugak la sekejap bila atuk tu patahkan tangan dia...alahai siannya anak ibu...


Tangan yang terseliuh

Sebelum balik atuk tu bagi air tuk minum ngan minyak suruh letak kat siku dia yang terseliuh tu...Bila ayahnya tanya "dah sambung dah tulang tercabut tu?" katanya "hmmm,sambung dah tulang tercabut tuh" ...hehehe klakar pun ada bila ingat balik ayat dia tu....


Baru boleh senyum pas betulkan seliuh..







Friday, April 23, 2010

MENDIDIK ANAK PINTAR...Cemerlang Dunia & Akhirat

Terpanggil diriku hari ni tuk menghadirkan sedikit ilmu yang daku dapat dari rancangan 'SEMANIS KURMA' yang ku tonton semalam...Tajuknya.. 'MENDIDIK ANAK PINTAR'... dihoskan oleh Ustazah Siti Nor Bahiyah dan suaminya Ustaz Wan Akashah...


Serasakan kembang kepalaku dan bergenang air mata saat mendengar alunan ayat2 suci Al-Quran oleh adik MOHAMAD AHMAD ZAHID yang kukira sesangat mendayu2...tapi ianya hanya lah seketika sebabnya masa tu aku baru je siap makan roti canai kat kedai Pok Hing hehe...so,tak dapat la nak mendengar ayat suci Al-Quran itu dihabiskan kerna kami dah on the way balik umah huhu...


Sampai jer kat umah aku terus duk melangut depan tv...ye la nak tahu gak apa rahsianya ibubapa adik Mohamad yang dah dianugerahkan 'Al-Hafiz' nih... nak la jugak amik tips2 nya itu kan ^_^


Kalau diikutkan kami (aku & suami) ada agak cita2 nak menghantar salah seorang anak kami ke sekolah pondok...hajatnya laaa...moga Allah memperkenankan la  hajat kami itu...InsyaAllah...sandarannya sekarang ni adalah pada Khairin Zahin....putera kami..

Adik Mohamad B Ahmad Zahid
   

Sungguh takjub rasanya bila dengar adik Mohamad ni bercerita yang dia dah diasuh ke masjid seumur 4 tahun lagi...masa tu dia slalu ikut atuknya ke masjid... mindanya dah diasah ngan ayat2 suci Al-Quran seawal usia kanak2 lagi...waahhh bagussnyaa...Bak kata pepatah orang tua2.. "melentur buluh biarlah dari rebungnya"..


Bila ditanya "tak tengok kartun ke macam bebudak lain?" ....ni ha jawapannya... "memang dari kecik tak didedahkan ngan citer kartun...so,memang tak minat pun ngan citer kartun" ....aduhai....macamana tu? daku nih hari2 anak tengok kartun huhu...kalau tak dibiarkan anak tengok kartun...makanya tak leh la nak masak hek3...sungguh berbezakan?...


Yang buatkan aku lagi cam terkesima dan bagaikan tak percaya...bila dia bagitau "sehari suntuk dia akan membaca + menghafal ayat Al-Quran" .... alangkah bagussnya kalau ada anak camtu kan?..sejuk perut ibu mengandung bila dapat anak yang berguna camtu...ye la ganjarannya amat besar buat ibu bapa yang mendidik anak cintakan Al-Quran ni...nak2 lagi diakhirat kelak...wallahua'lam..


"Apa cita2 adik Mohamad bila dah meningkat dewasa nanti?" .... " InsyaAllah saya nak jadi 'ULAMA PROFESIONAL' " ...wawawa sungguh baguss budak ini kan? cita2nya sungguh murni..serasakan hanya 1 dalam sejuta yang punyai cita2 begitu...pada pendapat aku....satu hari nanti pasti cita2 nya itu menjadi kenyataan..insyaAllah...


Antara tips dari  Tuan Haji Ahmad Zahid & Dr  Siti Khadijah (ibubapa adik Mohamad)

* Tunjuk contoh baik2 pada anak

* Perlu ada keikhlasan masa mendidik anak

* Solat berjemaah dijadikan amalan sehari2

* Menegur anak dengan cara yang berhemah

* Kontrol perkataan masa marah..kerna setiap kata2 itu doa..

* Nasihat dahulu pada anak bila dia lakukan kesalahan...rotan tu kiranya alternatif terakhir laa



Ini lah keluarga adik Mohamad
** Ismail ngan Fatimah tu dah slalu masuk tv dah..pun hafaz Quran jugak



** Psst kredit pic tuk pakcik Google yek..mekasih bagi pinjam =)
** Moga niat kami nak hantar anak hafaz Quran menjadi kenyataan suatu hari nanti..InsyaAllah..






Wednesday, April 21, 2010

Terima Kasih Wahai Sahabat...

Ari ni mood ku ilang ntah kemana..maklum la semalam tidur lambat sebab duk gunting kain langsir umah baru gheee...sungguh teruja nak masuk umah baru hingga bagaikan segala2nya nak dibeli...disediakan biarpun umah tu belum siap sepenuhnya lagi ^_^....

Tapi ari ni aku tak mau citer pasal Umah Impian...nanti kat n3 lain la ek aku citer...kpala pun dah pening2 lalat nih huhu...

Ni citer 2 hari lepas punyaaaa tapi boleh la kot publish arini pun hekhek...mmm setelah sebulan  lebih aku menanggung rindu dan keinginan nak menyentuh,membelek dan membaca novel yang dikirim pada seorang sahabat masa dia pegi ke Pesta Buku kat Kuala Lumpur pertengahan bulan lepas....baru kini dapat aku milikinya...aduhai lama betul buku aku tuh berkampung kat umah sahabatku,Najibah....

Mulanya daku berjanji ngan Najibah nak jumpa dia tuk projek jahit baju dia....tapi macam2 halangan yang berlaku...aku kan sejak dua menjak nih kerap benar balik kampung ngee...tau takpe...tak sabar nak tengok umah laaaa...takleh nak tahan rasa hati ni nak jenguk umah baru...hihihik..

Lepas seminggu..seminggu tertangguh...dan akhirnya daku berjaya jugak pujuk cik suami ke umah Najibah petang isnin tuh....alhamdulillah....rindu ngan buku..tak sabar nih nak baca...tapi skarang nih sibuk nak jahit langsir plak...kena tangguh lagik adoiii sabar jelaaaaa.....tapi takpe demi nak tengok umah comey ngan langsir baru dan beropol2 aku kena la berkorban sikit....takpe..takpe... ^_^



Ni la dia bukunya...memang aku suka baca novel2 tulisan...
Bikash Nur Idris+Anis Ayuni+Aleeya Aneesa


Terima Kasih tak terhingga aku pada Najibah kerana sudi jugak menghulurkan novelku tuk ditandatangan oleh Novelis Anis Ayuni... seronoknya la dan terharu jugak dengan kesudiannya itu...Terima Kasih Sahabat daku sungguh terharu huhuhu....aku bukannya apa...kalau tuk aku dapatkan sendiri tandatangan tu rasanya sampai ke bila2 pun takkan dapat...sebabnya tak penah lagi daku jejakkan kaki kat Pesta Buku tu...sungguh kesian kat aku kan? sob3



Ni dia tandatangan Novelis Anis Ayuni

  
Daku kan nak berjaga malam dalam seminggu dua nih...nak siapkan langsir tuh...so,dah Najibah ada jual Sabun Tahan Ngantuk...aku apa lagi.....sambar la sebuku hikhikhik...tapi takat ni blum try lagi...tengok la malam ni ke...InsyaAllah...Harap2nya boleh la aku berjaga malam tuk 2,3 hari ni....

Ahhhhaaa nape lak aku kena berjaga malam ekk...hurmmm kalau siang memang tak leh nak pegang gunting...sebabnya ada dak tecik Zahin dan Batrisyia nih...kang ada yang tersalah gunting kain nanti...tak ke naya...so nak menyelamatkan kain dan duit....kena la tunggu bebudak ni tidur dulu....dakupun leh menjahit ngan tenang tanpa gangguan ^_^ ...



Harganya hanya RM 10...harap menjadi la ek sabun nih =)



** Psst...pada kengkawankuuuu.....aku mohon maaf la bebanyak2 kalau ada singgah kat blog ni dan daku tak singgah balik kat blog kengkawan....bukan tak sudi nak jenguk tapi keadaan tak mengizinkan...InsyaAllah lepas langsir2 tu siap daku akan kembali untuk menerjah blog kengkawan... sabar yek...TUNGGGGUUUU!!!!






Monday, April 19, 2010

T-Shirt Percuma...



Mahukan T-Shirt netQueen edisi terhad ini? Edisi terhad ini hanya bagi setiap 100 pendaftaran pertama sebagai ahli netQueen sahaja. Jadi bagaimanakah caranya mahu mendapatkan T-Shirt ini?

Apa yang perlu anda lakukan adalah :

1- Daftar sebagai ahli netQueen disini. -Done
    *Activation code akan dihantar ke email anda. Sila semak email.

2- Masukkan blog ini ke Blog List anda. - Done
3- Buat satu entry tentang netQueen. - Done
4- Letakkan gambar banner netQueen di side bar & link back - Done










5- Promotekan netQueen kepada 5 rakan blog anda. - Done
6- Tinggalkan komen anda disini dengan mengatakan "Saya Telah Laksanakan Kesemua Syarat Yang Diberikan dan kini saya adalah rakan netQueen" berserta alamat blog anda
* sila login dahulu sekiranya mahu meninggalkan komen


Note:
i- Sila pastikan anda memberi butir-butir lengkap supaya anda tidak tercicir dari senarai penerima T-Shirt dari kami.
ii- Kami akan hubungi anda melalui email dalam tempoh 24jam dan anda dikehendaki memberi alamat untuk penghantaran T-Shirt.
iii- Proses penghantaran T-Shirt adalah selama 7 hari dari tarikh anda memberi alamat penghantaran.

sebarang pertanyaan sila email kepada contest@netqueen.com.my







SESUDAH ASAR...



Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.




TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi Kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.



TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.



TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan Malaikat Maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


** Bersama2 lah kita mengambil sedikit iktibar dari artikel ini... (sumber : emel dari suami untuk daku)










Friday, April 16, 2010

DOA UNTUK IBUBAPA...

**Kredit pic untuk ILuvIslam.com


Dato' Dr Fazilah Kamsah pernah berkata...

"Setiap pagi sedekahkan al-Fatihah kepada kedua ibubapamu (tak kira masih hidup atau telah tiada).....nescaya pintu rezeki akan terbuka buat kamu..."

Berdasarkan Hadis Nabi :

" Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari "

Huraian Hadis :

* Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibu bapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada)

* Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

* Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

* Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh.....tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2) 

* Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah


Kesimpulannya :

* Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari

* Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (contoh...makanan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dan sebagainya)

* Berusaha dan bertawakal

InsyaAllah...


**Psst..."Rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM" ..kata Azmil Mustapha(bekas pelakon)








Wednesday, April 14, 2010

Terima Kasih Mama Syafi...

Tengahari semalam....aku terima satu surat...bila dibuka....wahhhhhh seronoknya ^_^ ....dapat adiah laaa...




Kalau tade kertas ni memang daku tak tau sape yang kasi adiah tu hikhikhik....pape pun mekasih daun keladi yek Mama Syafi kerna bagi adiah yg mabeles itu...lain kali buat la contest lagi hehe...kengkawan tentu pelik kan nape lak aku tetiba jer dapat adiah ni huhu....sebabnya ni haaaa.....



Yuhuu..anakku si Zahin tu tersenarai Top 12 dalam Contest Happy Faces At Playground yang dianjurkan oleh Mama Syafi...tapi tak menang adiah tempat pertama la hihi...tapi takpe tu sumekan adat pertandingan pasti ada yang menang dan kalah kan?....so adiah yang aku dapat tu kiranya saguhati laaa...


Dan lagi ni la adiah yang daku dapat...
Satu buku Kompilasi Hidangan Berkhasiat alias buku resepi ^_^
Dan satu frame gambo tecik bentuk star color kuning...
So sweet n cute =)

Time kasih bebanyak yek Mama Syafi...







BUTTERFLY MASSAGER...Anytime & Anywhere..

 

Hari ni baru la aku berkesempatan nak publish n3 nih...sekadar nak bercerita dan mencari pelanggan kot2 la ada yg berkenan nak beli ke...nak jadikan koleksi ker hehe...(kalau kengkawan berminat atau nak bertanya boleh la tinggalkan komen kat n3 nih...pertanyaan anda akan dilayan secepat mungkin..insyaAllah )


Butterfly Massager + bateri yang digunakan (kat kedai jam ada jual)


Mende alah ni namanya Butterfly Massager...dengan kata lain alat tuk mengurut anggota badan yg lenguh2 berbentuk rama2....memang comey sangat...tak la besar sangat mendenya...dalam sebesar tapak tangan gitu..


Bahagian belakang butterfly....mende ni la yg akan melekat kat tubuh dan beroperasi mengurut anggota badan


Fungsi2 Butterfly Massager ni...
* Massage
* Acupuncture
* Slow stroke
* Scrapping
* Manipulation
* Cupping


Instrument for physiotherapy :

* Losing weight massage machine is a high-tech electronic product.It can make our flaccid muscle stronger by a simple way.Of relaxing electronic impulse to stimulate your muscle,so as to get a vigorous and graceful figure.It's safe,convenient,quickly used and quiet,also it is small in volumn,light in whenever you are reading the carrying.You can use it watching TV or having a rest,it won't affect your work or study.Because of it's remarkable affect in body building and losing weight,it would be your ideal exercise appliance.

[**Pssttt...kalau ayat kat atas tu cam pelik sikit buat2 la faham yek gheee daku pun main copy jer dari kertas yg ada kat kotak pembungkusannya ahaksss...harap maklum]


Butang yang ada kat butterfly tu...


Kat bawah ni ada sedikit demo...boleh la tengok dulu cane Butterfly Massager ni berfungsi (^_^)
(gerakan tangan tu terjadi secara spontan yek..bukan dibuat2)









Tuesday, April 13, 2010

Tetiba Jer Blackout...Makanya Bergelap Laa Kami...adoiii...


Magrib semalam kami satu kawasan perumahan ni
Terpaksa bergelap...aduhaiii...
Nape la malam2 buta ni baru nak buat keje oittt
Siang tak boleh ker?
Dah la pagi pun dah putus letrik dalam 2 jam...
Malam pun putus lagi...Sabar je lah kan?



Biarpun bergelap tetap gak nak bergambar ghee
Nasib gak anak2 ku tak meragam nak tido time tuh..
Kalau tak naya gak ibu kena berkipas ngan paper
Kang tak dikipas kesian plak tido dalam kepanasan huhu
Lumrah la tu kan?
Tapi kebelakangan ni kerap benar
Kawasan perumahanku ini blackout...
Hurmmm dah aku nak kata apa lagi
Terima je la keadaan tu ngan sabar ye tak?



Alahai anakku sorang ni...
Bergelap pun tetap gak nak maintain sengih
Walhal bukannya nampak sangat pun
Sengih lebar dia tuh kihkihkih
Ikut je la...kang ada yg nanges plak nak bergambar ghee
Lama gak tade letrik...dalam 2 jam gitu..
Sempat jugak la..baju lencun dek peluh ^_^


 

Dah ada letrik..
Layan citer ICE AGE 4 : DAWN OF THE DINOSAURS
Ahakss sungguh daku ketinggalan zaman hihi
Orang lain dah lama tengok citer ni kan?
Tapi aku...huhu baru skarang dapat nontonnya
Takpe la janji dapat gak aku tau
Kesudahan citernya...dah memadai la..
Yang penting ENJOY!!!
Citenya memang sesangat BEST..
Anak2 aku pun suka...hingga hari ni aje
Dah 5 kali pusingan dah ulang tayang citer tu ahakss
Sabar je la... (^_^)

Sedikit sinopsis citer ni...ikut apa yg aku tengok la..
* Sid menjumpai 3 biji telur bila dia terjatuh dalam satu lubang...kiranya dibawah kawasan ice tu terdapatnya satu kawasan penempatan dinosaur...Sid bawak balik la 3 biji telur tu...tapi mak dinosaur tu datang ke ice age tuk amik balik anaknya dan telah mengheret skali si Sid ni...
* Makanya kawan2 Sid...pegi la ke kawasan dinosaur tu tuk selamatkan dia...masa tu macam2 la yg berlaku...sehingga la Ellie (gajah betina) melahirkan anaknya di sana...

Moral cerita ni....
* Penuh ngan kasih sayang dan semangat setia kawan
* Sanggup menolong sahabat biar pun mereka tahu ianya berbahaya
* Si Tupai yang tak tau erti putus asa hehe...tetap gak duk kejar buah idaman hatinya...biarpun macam2 hal dah jadi padanya...






***Psstt...gambar pinjam dari pakcik Google...terima kasih daun keladi yek..lain kali pinjam lagi hehe




Monday, April 12, 2010

Rest House Ku Yg Separuh Siap...Alhamdulillah...

Petang jumaat yg lalu....kami sefamily pulang lagi kekampung...tujuannya hanya satu...tuk menjenguk umah impian kami yang sedang dibina...sementelah ada sedikit masalah ngan pembinaan umah tu...

Wawawa alasan!!! kihkihkih...padahal tak sabar nak jenguk umah yang dah separuh siap itu gheee...mana taknya....dek kerana rasa tak sabar nak tengok umah impian kami siap...tetiap hari suamiku akan menelefon umah maknya demi bertanyakan perkembangan umah tu...hehe..biar tak dapat lihat umah tu pun...tau perkembangan pun jadilah kuikuikui (^_^)

Perbualan sehari2 kami pun hanya berkisah kan umah impiannya...nak letak perabut kat sini...nak letak sink kat situ...nak buat ini....nak buat itu ahakss...macam2 idea ada dalam fikirannya....sehinggakan "tak lena tidur malam, malas nak buat keje kat site bila ingat umah" katanya.....aduhaiii...sungguh terharu bila kudengar luahan hatinya itu huhu...mana taknya..setelah begitu lama dia berhempas pulas mengumpul duit demi merealisasikan impiannya itu...akhirnya baru kini menjadi realiti...

Aku ngan anak2 pun tumpang seronok dan gembira jugak...hehe...kiranya umah tu dah jadi hak milik mutlak kami...yang kat Kuantan ni masih lagi umah Bank alias berhutang ngan bank...belum jadi hak mutlak lagi biarpun kami dah beli umah ni ngeh3...

Syukur....segala masalah yang bersangkutan ngan umah tu kesemuanya dapat diselesaikan dengan mudah....



Alhamdulillah...dah separuh siap...









Thursday, April 8, 2010

Cuak Weiii!! Terima Panggilan Lucah Di Tengah Malam...




Cuak Weii!!!...terima panggilan lucah di tengah malam.....uhuhu...Time aku nulih entry ni tubuh badan ku rasa seram sejuk semacam jer huhu....sungguh aku cuak...sape tak cuak kan? tetiba jer di malam yg sunyi...baru je nak lelapkan mata...dapat panggilan telefon yang macam tu...menggigil2 tubuh badanku bila teringat balik sore si pemanggil dengan nadanya yang begitu romantik itu...

Ok...citernya macam ni...semalam dalam kul 11 gitu la kot...aku masa tu duk tepuk si Zahin suruh dia tido lepas bagi dia susu...tetiba bunyi telefon umah....adoiiii sape pulak tepon malam2 buta ni...mak ke?..ada apa2 dah jadi ke kat kampung nun...tu je yg dapat aku pikir saat tu...rasa takut gak nak ngangkatnya sebab...biasanya mak aku jer yg biasa telefon tengah2 malam ni.... (pernah skali dua mak telefon di tengah malam tuk mengkhabarkan berita duka kematian sanak sedara..) ..lagipun tefon umah aku jarang benar berbunyi sebab kehadirannya kat dlm umahku ini hanya la sebagai penyambung talian internet sahaja ahakss...

Aku pun ngan perasaan teruja campur takut dan bimbang...cecepat angkat tefon sebelum Batrisyia dan Zahin bangun dek bunyi bising itu...dalam pikiranku hanya terbayang wajah mak tersayang aje...

Aku : Hello..
Pemanggil : Hello...Dah tido ker? (suara jangan cite la...dah la slow romantik pulak..naik meremang bulu roma aku hihi)
Aku : Nak cari sape? (masa ni rasa pelik la...sapa pulak ni..laki aku ke nak ngusik)
Pemanggil : dah tido ke? (wahhh lain macam bunyi ayatnya...lelaki sesat mana pulak tefon umah aku malam2 buta ni.. )
Aku : Nak cari sape?
Pemanggil : ok...ok..macam ni...awak tak kenal saya..saya pun tak kenal awak..tapi saya nak tanya awak pasal perempuan...... (dah lain macam jer aku dengar soklannya tu..)

TAP!! terus aku letak telefon...hambik engko nak main2 sangat ngan aku huh!!

Lepas aku letak tu...sekali lagi deringan telefon berbunyi...aahhhh aku tak kira mak ke adik-bradik aku ke yg telefon....aku dah tak peduli... kalau nak cakap sangat ngan aku...tefon aje nombor handfon aku...abih crite..

Tanpa berfikir panjang aku terus angkat ganggang dan letak balik tanpa dengar suara walau sesaat pun...pastu terus cabut wayar telefon kat belakang....masa tu tangan dah gigil2 taaakutttt...pehhhhh baru rasa lega...

Pastu terus naik atas katil dan tarik selimut...masa tu tak yah citer la tubuh badanku ini dah berpeluh...seram sejuk semacam biarpun bilik dah pasang aircon.....aduhai... lelaki gersang sesat mana pulak terdail nombor umah aku ni....bila dipikir2...tak penah plak aku bagi nombor tefon umah aku ni kat sesapa biarpun jiran depan umah...sebabnya aku malas nak berlari panjat tangga demi mengejar talian tefon umah yg deringannya akan terputus bila2 masa aje...aduhai...Yang biasa tefon pakai nombor tu hanya mak tersayang aje...tu pun kalau ada mende penting nak dibagitau...

Alahai la si lelaki gersang....kalau dah terlalu kemaruk sesangat nak merasa 'nikmat dunia' itu ahakss ayat mau bikin kontroversi lak dah hihi...kau cecepat la kumpul duit pastu gi pinang anak dara sorang dan kawen laaa tak yah la ko susah2 tefon umah orang dan sesuka hati jer nak tanya mende mengarut tu huh....kang tak pasal2 dahi kau bertelur di hempuk dek laki orang kalau dah kau duk ganggu bini dia...




**Psst...gambar pinjam dari pakcik Google....mekasih yek =)









Wednesday, April 7, 2010

Fesyen Gendong Menggunakan RingSling..

Dua hari lepas...aku ada tengok Wanita Hari Ini kat TV3...tajuknya 'Fesyen Gendong'...

Teramat la teruja melihat betapa mudahnya guna 'ringsling' tuk mendukung anak...teringin jugak rasanya nak beli...memang harganya mahal gila huhu....yang paling murah dalam rm150 gitu....aduhai sabar je la kan..bila dengar dia sebut harga tu gheee

Tapi bila dipikir2 balik anakku si Zahin tu dah berumur 1 tahun 4 bulan...nak ke dia duduk dalam ringsling tu nanti ek....berbolak balik rasa hati ni....nak beli ke tak..nak beli ke tak....adoiiii....buntu! buntu!...

Ikhlas aku cakap...ni la first time aku lihat cara pemakaiannya (demo kat TV3 ari tu..)...tak sangka sungguh mudah dan tak cerewet...sesangat la mudah...aduhai teringinnya nak memiliki jugak ringsling tu ahakss...

Aku bukannya apa...time pegi pasar malam teramat la payahnya...nak mendukung Zahin sambil mengheret Batrisyia dicelah2 orang ramai tuk membeli makanan huhuhu....sungguh sadis rasanya sob3...macam nak menjerit jer suruh bagi laluan kat aku yg duk mendukung dan mengheret anak ni huhuhu...


Senang la nak bershopping kalau dukung anak camni =)



Akak ni la yang buat demo ari tu...
Memang cute kan dukung anak guna ni..


Pada kengkawan yang ada pegalaman menggunakan ringsling....tolong laaa daku yg tengah buntu ni...kalau aku beli ringsling yg harganya makan ratusan ringgit tu berbaloi ke tak?ndak ke budak yg dah boleh jalan duk dlm ringsling tu?....

Semalam aku ber'SMS' ngan kakak aku yg duk kat Gombak tu...katanya nak gi beli ringsling kat anaknya,Danish ari sabtu ni....aku ingat nak kirim skali tapi duk tengah pening pikir....tak tahu nak beli ke tak ni.....pleasee help me!!!!.....aku tak tahu...tak tahu...nak beli ke tidak uhuhuhu....





**psttt....gambar ni ehsan dari JUMPSACBABY.COM....time kasih bagi pinjam yek =) 










Monday, April 5, 2010

REST HOUSE KAMI DALAM PEMBINAAN..

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...Akhirnya tanggal 27 Mac 2010...telah bermulanya pembinaan Rumah Impian alias Rest House kami bila pulang ke kampung kat Terengganu..... (sebelum ni duk tumpang umah mak dan mentua aje...nak jugak ada umah tangga sendiri bila balik kampung kan..hihi...)

Sungguh seronok+teruja nak melihat umah impian kami itu siap.....mmm iye la dah begitu lama cik somiku duk 'cut' belanja tuk kumpul duit....dan setelah hampir 1 tahun setengah menunggu tukang umah yang bernama Pak Awang itu menyudahkan beberapa buah rumah lain....hingga akhirnya penantian kami itu berakhir di bulan Mac 2010...Syukur padaMu Ya Allah kerna telah mengabulkan doa kami untuk memiliki umah impian...

Dah namanya pun Rest House kan...makanya tak ler besar mana umah ni....30 kaki x 30 kaki jer....hanya ada sebuah bilik tidur+ruang tamu+dapur+bilik air.....bak kata Batrisyia... 'Umah Hotel' gheee  


Hari ke-2 pembinaan umah impian...
Pekerja duk naikkan tiang umah
Para pekerja semuanya orang tempatan..
Tade bangla ek gheee 


Waktu ni dah petang...pekerja semua dah balik...
Memang pekerja2 Pak Awang sesangat laa rajin..
Tade langsung curik tulang...Baguzzz =)
Cepat laa sikit siapnya kan umah kami ni hehe
Lagipun kata Pak Awang, maybe dalam masa sebulan je kot siap
Kalau macam tu Alhamdulillah...sempat la duk sebelum raya nanti
(petak sebelah kiri - ruang tamu....sebelah kanan - bilik tidur) 


Pekerja kesemuanya 4 orang jer...
Kekadang Pak Awang datang hanya untuk memantau
Sesekali menolong mende yang sepatutnya...

Aku 'respek' betul laa ngan pekerja2 ni
Waktu keje diorang macam waktu pejabat
Start kul 8 Pagi...rehat kul 1 - 2 ptg...balik tepat kul 5 ptg
Wowww cayalah...hehe...  



**Psst...lokasi umah ni kat tepi umah mentua aje =)








TOP BLOGGER 2010...TQ! TQ!

Alhamdulillah....aku skali lagi telah diberikan AWARD oleh seorang Sahabat Blogger...

Wahhh sungguh aku Suka+Seronok bila blogku yang tak berapa nak femes ni...

Mendapat pengiktirafan tuk menerima award...

Sungguh tak sangka...time kasih...time kasih....time kasih hehehe...

Aku tersangat laaa MENGHARGAI pemberiannya itu.....




Hokey...nak amik award ni pun ada syaratnya...

Bagi menerima award ini, ini adalah antara syarat-syaratnya: [wahh begitu skema ayatnya kan?hehe sebenarnya daku copy cat jer dari  blog akak Balqis<---yang kasi award ni kat aku hihi]


Thank & link the person that gave you the award.

* Terima kasih bebanyak yer AKAK BALQIS kerna sudi memberi saya Anugerah Terhormat ini...begitu terharu rasanya ahaks...satu penghargaan bagi saya bila ada orang kasi award hehe...maknanya blog saya ni tak la membosankan sangat yek =)

....maklum la hanya citer hal keluarga aje yang ada kat blogku ini...kekadang aje ada artikel berkaitan hal2 lain...selebihnya hal aku ngan anak2 aje hikhik....dah aku punya blog...makanya kot suka aku la kan nak buh citer ape pun kan? mwa hahahaha...jangan marah...gheee



Pass this award to 13 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic..

* Idazs
* MamaZakwan
* Nuyue
* Wawa - MamaFaheem
* Sirna
* Mrs Ecam
* Idashamsury
* Zaidah
* Pretty Zaza
*
*
*
*
.....Pening dah aih nak mikir sape lagi daku nak kasi award nih huhu
.....Pada sesapa yg rajin menyinggah kat blogku ini...dan masih tak dapat lagi award ini
.....Dipersilakan dengan senang hatinya mengambilnya yek...
.....Akan daku update semula namanya nanti yek hehe...



Kiranya Sudilah Kengkawan Bloggerku Menerimanya Ya....









Friday, April 2, 2010

TAG 10 DARI IDAZS...

2 hari lepas aku telah ditag oleh seorang sahabat...
p/s - maaf ye Ida lambat sket publish n3 nih hihi...pening pikir sape lagi daku nak tag =)
Kiranya first time la ni kena tag...sungguh TERUJA ahaks...
Tak sabo jugak nak jawab soklan nih... =)



Untuk jawab tag ini ada caranyer..

Copy tajuk entry “sepuluh” dan paste di post anda. Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya (Ok menurut perintah hehe)


[1] Siapakah diri anda di rumah?

Seorang isteri pada KHAIRUL ANUAR, Ibu pada sepasang anak, KHAIRINA BATRISYIA dan KHAIRIN ZAHIN.Tukang masak,basuh baju dan jugak kemas umah pada suami dan 2 budak nakal yang slalu sepahkan mainan itu...


[2] Siapakah diri anda disamping rakan?

Seorang yang peramah,banyak cakap,suka ketawa,suka membantu,kelakar,penyabar,pemurah, dan sebagainya...


[3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai

* Nak menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah bersama family tersayang
* Nak tukar gelang kaki
* Nak beli kamera digital
* Nak memiliki kereta Myvi
* Nak cat umah biar berseri..tak ler warna kuning tu je slama 5 tahun hhehe


[4] Siapakah nama pasangan anda?

KHAIRUL ANUAR BIN MAMAT...dikenali ngan nama Nuar dikalangan family...dan Khairul dikalangan kawan sekerja...


[5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda

Dia seorang yang bertanggungjawab
Dia seorang yang ringan tulang
Dia seorang yang penyayang
Dia kelihatan kacak+hensem bila berkacamata
Dan paling penting dia tidak merokok (saya benci orang yg merokok)


[6] Bila tarikh anda couple?

14/06/2003


[7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?

Sungguh tragis kisah itu...cukup sakit bila dikenang...oleh itu,malas dah nak mengenangnya lagi huhu...tapi biar la jadi rahsiaku sahaja ek...hhehe...jangan marah =)


[8] Lagu tema cinta anda?

Mmmm apa ek...nanti jap nak pikir...rasanya takde kot...hehe


[9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?

Rasanya dia dah sempurna bagi aku seorang wanita yang sudah tentu ada kurangnya disana sini...


[10] Tag 10 rakan anda yang lain

* MamaZakwan
* Ida Shamsury
* dbalqis
* mrsecam
*Tentang Hidup
* Wawa-Mama Faheem
... Dah tak tau nak tag sape lagi bagi mencukupkan 10 orang hehe
... Bila jengah blog kengkawan rupanya dah ramai yg buat Tag 10 nih huhu
... Kiranya pada sesapa yang rajin jengah blogku ini dan belum buat tag ini
... Dipersilakan tuk membuatnya yek...kiranya satu permintaan dariku la ni..please..



Kiranya kengkawan sudi-sudikanlah diri tu tuk menjawab tag ini yek... =)








Related Posts with Thumbnails