Pages

Friday, November 11, 2011

Happy Besday Khairin Zahin..

11 November 2011, genap sudah usia anak terunaku.. Khairin Zahin Bin Khairul Anuar, 3 Tahun. Alhamdulillah.. indahnya perasaan seorang ibu bila anak yg dikandung selama 9 Bulan 10 Hari.. dan dilahirkan dengan susah payah, membesar dengan sempurna didepan mata sendiri.

Doa ibu hanya satu.. Semoga Zahin menjadi anak yg Soleh, mendengar kata, dan jadi manusia yang berguna satu hari nanti.. InsyaAllah.


Wajah kesayangan ibu..


Nape muka camtu Zahin??
Panas eeaaa??
Jahatnya ibu suh anak bergambar tgh panas haha mengerlingkan matatersenyum lebar


Teman bermain & bergaduh Zahin, Kak Batrisyia



Teringin nak mengimbau kembali wajah Zahin tika baru lahir dulu huhu.. windu ngan wajah kecik itu jatuh cinta


Baru jer beberapa jam lepas dilahirkan..







Saturday, October 22, 2011

3 Hutang yang mendapat jaminan dan pujian Allah SWT

Sumber : Blog Peribadi Rasulullah




1- Berhutang untuk berkahwin kerana takut terjerumus dalam kancah maksiat.

2- Berhutang untuk membantu saudara yang ingin berjihad di Jalan Allah SWT.

3- Berhutang untuk mendapatkan kain kafan bagi menyempurnakan jenazah yang mati.


Kitab Tanbihul Ghafilin . M/S : 517











Friday, October 14, 2011

22 Sebab Malaikat Rahmat tidak akan memasuki rumah anda

Sumber : Blog Peribadi Rasulullah



فما هي البيوت التي لا تدخلها الملائكة؟

1- بيت قاطع الرحم
==> Rumah orang  yang memutuskan hubungan Silatul Rahim.


2- بيت آكل مال اليتيم
==> Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.


3- بيت فيه كلب
==> Rumah yang memelihara anjing.


4- بيت يكثر فيه السباب مثل سب الصحابة والأموات والشيطان والدهر والريح والديك والمرض والسب العام
==> Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.


5- بيت يتغنى بغير ذكر الله فيها
==> Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.


6- بيت يرتفع فيه صوت نائحة
==> Rumah yang sering meninggikan suara.


7- بيت يشرك فيه بالله وتعلق التمائم ويرتكب فيه السحر
==> Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli sihir dan nujum.


8- بيت فيه محرمات مثل استعمال آنية الذهب والفضة
==> Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.


9- بيت فيه روائح كريهة مثل رائحة البصل والثوم والكرات والتدخين
==> Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, dan penagih dadah.


10- بيت أصحابه مصرّين على المعصية
==> Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelumang dengan maksiat.


11- بيت ترتكب فيه الكبائر
==> Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.


12- بيت العاق لوالديه
==> Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.


13- بيت يؤكل فيه الربا
==> Rumah pemakan riba,intres.


14- بيت فيه مجالس للشيطان وهي: المجالس التي لا يذكر فيها الله ، والمجالس التي لا يصلى فيها على النبي صلى الله عليه وسلم
==> Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.


15- بيت فيه صورة أو تمثال
==> Rumah yang memiliki patung-patung.


16- بيت فيه جرس
==> Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.


17- بيت يشرب فيه الخمر
==> Rumah yang didiami peminum arak.


18- بيت يلعب فيه بالنرد
==> Rumah yang mempercayai tukang tilik.


19- بيت الملعونين: ومنهم الراضي والمرتشي ، المغيرات لخلق الله ، تارك الصلاة
==> Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT,  pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.


20- بيت يترك صاحبه الغسل من الجنابة
==> Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.


21- بيت مسرف، ومن الإسراف: الإكثار من الأثاث والفرش التي لا لزوم لها
==> Rumah yang melakukan pembaziran (berhias dengan berlebihan).


22- بيت يرتكب فيه الفاحشة
==> Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya











Thursday, August 18, 2011

Happy Anniversary YanaNuar

Alhamdulillah...

Pejam celik pejam celik.. dah pun menginjak ke 6 tahun usia perkahwinanku, Marziana dan Khairul Anuar.

Syukur aku panjatkan pada mu Ya Allah, kerana masih lagi melimpah ruahkan kasih sayang antaraku dan suami. Semoga ikatan perkahwinan ini akan terus kekal harmoni dan bahagia hingga ke hujung nyawaku.. amin

Tiada lain yang aku pinta, semoga kasih sayang suami padaku dan anak2 tidak akan berbelah bahagi.. (tak mo kongsi2 ok huhu).. semoga kasih sayang itu takkan berpaling pada yang lain.. Hanya padamu aku bermohon Ya Allah, kau jauhilah perkara yang tidak baik itu berlaku pada aku dan suamiku..

Happy Anniversary YanaNuar..

Semoga bahagia hingga hujung nyawa..amin














Monday, August 15, 2011

Aku Yang Sibuk!!

Malam nih jenguk blog kejap.dah lama tak buat entry rasanya...rinnnnnduuuuuu...korang rindu aku tak?? eheh

Maklum la, aku kalo masuk jer bulan puasa.. sibuknya mengalahkan menteri ahaksss..Bukan pe, aku nih tukang jahit.. jadiknya, time ni la nak buat duit raya banyak2 haha..

Tahun nih baju tempahan yg aku terima terlebih byk pulak.. jadi kejenya pun terlebih azab la sikitt.. adoiiii!!! sabar ajelah.. ni pun amik peluang kejap rehatkan minda tersenyum lebar

Mulanya ingatkan amik tempahan utk 5 kuarga tak ler byk sangat.. tapi dah namanya kuarga kan?? mesti la sumenya dikira.. mak ayah n anak2 yg berderet tuh hihi

Aku lak jenisnya yang buat keje lambat n teliti.. kataorang Ganu.. 'metek' mengerlingkan mata ahahaha.. jadik tensennya tahun nih terover lak.. aku stat menjahit kul 12 tgh mlm hingga la ke sahur.. pas Subuh baru lelapkan mata.. tu pun lam sejam dua jer.. rasa cam nak demam pitam pengsan dan segala bagai lagi la rasanya keh keh keh..

Harapnya, sempat la aku sudahkan baju tempahan org tuh sblm minggu depan.. nak stat wat kueh raya lak pastu hohoho.. Nak buat coklat utk perkahwinan mak sepupu ku lagik.. Aku rasa cam SUPERIBU dah kekekeke.... wat keje tak berenti.. mmm tak kaya2 jugak nampaknya mwahaha.. kaya ilmu aje lah aku nih  tersenyum lebar

Ok la tu je la aku nak luahkan takat nih.. jumpa lagi nanti.. daaaaa










Tuesday, June 21, 2011

Nora Elena dah ada kekasih la..

Bebaru nih heboh org memperkatakan tentang drama Nora Elena yang ditayangkan kat TV3 itu. Bila tahu je drama tuh diadaptasi daripada sebuah novel bertajuk 'Kasih Yg Suci' karya Meen Zulaikha. Terus jer,aku pun rasa nak menyebok tengok sama.Bukannya apa, aku nih kan "Hantu Novel".Mesti la aku pun tak nak ketinggalan utk mengikuti citer tu jugak.Dan dah tentu novel itu akan ada dalam senarai untuk dibeli nanti hehe.

Biarpun, aku mengikuti citer tuh dah hujung2.. tetap gak rasa puashati.. Hmm pasni, harus kena cari jugak novel tu.. kena jadikan koleksi jugak nih.. tersenyum lebar

Pagi ni, bukak jer blog.. tgk kat bloglist aku, ada kisah pasal Siti Saleha aka Nora Elena itu.Terus perasaan ingin tahu itu membuak2.. bila bukak jer blog tu.. aduhai.. padan benar..

Nak tahu apa yg aku tgk?
Jom Terjah!!


Siti Saleha ngan Boyfriendnya, Robin Coenraad







Korang rasa camana? amat sesuai kan? si perempuan cantik, si lelaki lak hensem.. cayalah Siti Saleha..tepuk tangan

Kredit gambar utk OH BULAN..kalau nak baca kisah Siti Saleha lagi.. sila lah ke blog itu yek..





Wednesday, May 18, 2011

Wajah Baru..

Fuhhhh...
Jap jap jap...nak tarik nafas lega dulu.. hehe
Rasa sungguh lega bila coklat yang orang tempah dah pun selamat di pos tengahari tadi..
Baru la kurang sket rasa tertekan tu..

Petang nih malas dah nak pegang sudip ngan acuan coklat..
Rasa nak ketuk keyboard komputer lak hohoho..

Hmmm...rasanya dah lama blog Adam & Hawa ni terbior
Maklum la sejak berjinak2 ngan coklat nih
Malas benar nak menulis dan menggodek2 blog
Menerjah blog orang lagi la...
Huiiii malas bebeno teman.. (ala2 Ucop Wilcha gitu ahaksss)

Petang nih rasa cam gatal tangan lak nak nuko blog Adam & Hawa ni ngan wajah baru
Dah lama pakai template bunga2 tu..
Boring gak asyik duk nengok bunga jek
Skarang kita tukor gambo rama2 la pulak, okey?

Mmm rasa cam okey jek..
Boleh la tu ek..






Wednesday, May 11, 2011

Happy Birthday Anak Solehah, Batrisyia..

Pejam celik, pejam celik..
Anak daraku dah pun berusia 5 Tahun pada hari ini..
Mmmm sekejap benar rasanya..
Skarang Batrisyia dah pun bersekolah PASTI..
Dan skarang ni jugak dah pun pandai baca AYAT KURSI + SERIBU DINAR dan macam2 doa harian lagi
(yg paling lawak, diujung2 ayat Kursi tu dah bersambung ngan Surah An-Nas pulak kih3..sabar ajelah)
Dah kenal huruf jugak..cumanya belum tahu membaca je lagi

Alhamdulillah..
Cepat benar dia belajar dan menghafal
Mudah2 an sebelum masuk Darjah 1, dia dah tahu membaca...

Pagi ni..ibu gi hantar Batrisyia ke sekolah.. sbb hari ujan
Kebiasaan, dia akan dihantar ayahnya..
Lagipun ibu ada sesuatu untuk kawan2 Batrisyia..
Iye la..sebelum nih dia tak penah meraikan harijadinya bersama kawan2
Sementelah dunianya hanya dalam umah sahaja..
Mana nak ada kawan kan?? eheh

Semalam,
Dari pagi hingga petang ibu duk bersilat kat ceruk dapur
Membuat sesuatu yg istimewa di harijadi Batrisyia..
Alhamdulillah..semuanya siap dengan sempurna
Harap kawan2 Batrisyia suka la ek..

Jom la kita tengok apa yg dah ibu buat utk harijadi Batrisyia tu =D



Kek Coklat dan Loli Sakura untuk sahabat Batrisyia


Dah siap packing..
Kek coklat sebijik + sebtg loli sakura + sudu plastik
Hmm itu je la yg termampu nak bagi
Rasa cam tak sempurna je kan?
Patutnya bagi souvenir kecil jugak..
Cam pensel ke... aduhai..
Dengan bajet yg ciput, tak dapat nak sediakan sesuatu yg mahal2 okey hihi


Sempat gak posing ngan hadiah utk kawan2 nya..
Pas posing terus gi anta dia ke sekolah

Happy Birthday Anak Solehah,
KHAIRINA BATRISYIA

Semoga jadi anak yg baik utk ibu & ayah
Semoga membesar jadi Anak Solehah dan berperibadi mulia

Ketahuilah olehmu Sayang,
Biarpun kekadang ibu marah pada Batrisyia
Itu tak bermakna ibu tak sayang
Sebab rasa sayang lah ibu marah
Ibu nak Batrisyia jadi manusia yang tahu adab sopan, dan berperibadi mulia

Ketahuilah olehmu Sayang,
Ibu terlalu bahagia
Memiliki seorang anak yang bernama Batrisyia
Yang sering membuatkan ibu tertawa riang
Dengan lawak jenakanya
Yang sering membuatkan ibu marah bagai nak terbakar diri
Dengan kerenahnya yang suka berebut barang ngan Zahin
Pendek kata,
Dengan hadirnya Batrisyia dalam kehidupan ibu
Sifat sabar WAJIB ada setiap masa hehe
Sabar ajelah... wahai IBU..

Lastly,
Ibu, Ayah, Adik Zahin Sayang Batrisyia
Muahhh..









Monday, April 18, 2011

Pembukaan Blogshop Chomel Choc

Assalamualaikum pembuka bicara
Kepada semua..
Kini di rasmikan..
PEMBUKAAN CHOMEL CHOC

Kami sedia menerima sebarang tempahan coklat untuk pelbagai majlis :
* Perkahwinan
* Pertunangan
* Harijadi
* Akikah
* Sekolah dll

Kepada 3 pelanggan pertama yang membeli coklat di Chomel Choc
Sebanyak RM 30 ke atas akan menerima...


Coklat Coffee Bean (100 biji) setiap seorang
Hmmm suka takkk??
Harap2 korang suka n sudi la terima hadiah yg tak seberapa tu ek =D


Kepada Semua... terutamanya Penggemar Coklat..
Jom la terjah Blog Chomel Choc dan buat tempahan anda sekarang!!






Saturday, April 16, 2011

Kelas Buat Coklat Dengan Kak Ita

Alhamdulillah...
Akhirnya hajat di hati nak belajar buat coklat tu dah pun tertunai..
Pada 11 Mac 2011 hari tu

TERIMA KASIH tak terhingga pada Kak Ita yang sudi menurunkan ilmu buat coklat tu pada Yana
TERIMA KASIH jugak kerana sudi mengajar Yana kat umah mak Yana
InsyaALLAH Yana akan menggunakan ilmu2 itu sebaik yg mungkin =D

TERIMA KASIH jugak pada Cik Asben kerana bermurah hati menghulurkan duit tuk membayar kelas buat coklat itu..

Jom la kita tengok ape yg dah Yana belajar tuh hehe


Happy sangat sbb hajat hati dah tertunai ;)


Ni la dia My Sifu.. Kak Norita
Datang dari Kelantan nih mengajar Yana


First time Yana pakai tudung Syria..
Rasa cam kelakar jek tengok muka sendiri lam cermin mwahaha
Ok tak???
Skali ni je la Yana pakai..
Pastu dah tak pakai dah
Sbb tengok muka cam pelik jer huhu


Inilah hasil 'Keras Tangan' Yana hihi
Ada cornflakes coklat, oreo edible image, dll
Masa nih ikut jer pe kata Sifu
Maklum ler jakun bebeno ahahaha
Pastu tak pandai nak bermain ngan color huhu
Hasilnya tak ler comey mana
Tapi tetap gak berpuas hati hekhek


Lollichoc pelbagai bentuk


Love Box
Semuanya di perbuat ngan coklat
So sume tu leh makan


Praline berfilling badam
Yang ni guna couverture
Hmm rasanya memang maveles
Sedap wooo tak tipu punya =D
Hmm dah namanya coklat mahal kan
Memang ler sedap rasanya heheh


Kak Ita panggil yg nih Budak Botak ahaha
Tapi comey gak..


Coklat Bear





Sekarang nih Yana dalam proses nak membuka blogshop jual coklat.. hmm insyaAllah akan dibuka dlm masa terdekat nih.. doakan Yana yek kawan2..





Saturday, March 19, 2011

Hadiah HariJadiku..

Alhamdulillah..
Akhirnya hadiah yang ku tunggu sejak bulan 11 ritu sudah pun aku terima dengan selamatnya semalam =D

TERIMA KASIH pada Cik Asben..
Kerana bermurah hati menghadiahkan aku gajet yang penting ni..
Ini kiranya entry pertama dari gajet tu..

Pasni aku takyah lagi nak mengheret ladtop ke hulu ke hilir hik3
Bak turun bawah..bak naik atas lagi pas guna huhu..(umah 2 tingkat)
Sabar aje lah kan..
Dek kerana terlalu lama di arak ke sana ke mari..
Skrang nih wayar ladtop pun dah tak berapa OK huhu..
Sian ngan Cik Asben..Maaf yek abang.. =(

Okey,
Jom tengok adiah dari Cik Asben sempena harijadiku yang ke-28..



Sebijik Komputer CompaQ
Sonok..sonok..sonok..

Pasni leh la berBLOG n berBISNES ngan lebih kencang lagi =D 
 






Saturday, March 5, 2011

Tutorial : Tambah Add a Gadget Bawah Header

Dah lama rasanya blog ni tak de entry..
Dah bersawang agaknya hihi..
Sekarang ni aku malas bebeno nak menaip dan blogwalking ke blog sape2..
Mood mengarang tu dah takde selagi impian dan keinginan aku belum tertunai ;)

Hokey..
Aku malas nak citer pasal tu..
Kita tunggu dan lihat sahaja..

Hari ni aku teringin nak buat tutorial untuk diri sendiri..
Bukan pe, tiap kali aku tukar background blog..
Sesetengah mende yg ada kat blog lama turut hilang skali ngan html yang aku delete tu..
Hmmm haru sungguh..
Nak kena cari balik apa yg dah aku buat..
So, skarang nih aku nak buat tutorial agar senang aku buat rujukan..
Kot2 ler aku nak tukar background lagi ker..heheh

Kekadang aku rasa cam perlu jer..

TAMBAH ADD A GADGET KAT BAWAH HEADER

Mmm senang jer nak buatnya..
Korang kena cari ayat ni..

<div id='content-wrapper'>

<div id='crosscol-wrapper' style='text-align:center'>
<b:section class='crosscol' id='crosscol' showaddelement='no'/>
</div>


Kalau nak lebih senang tekan ctrl + F
Taip jer 'content-wrapper'
Dah tu..
Korang perlu tukar pekataan 'NO' pada 'YES'

<div id='content-wrapper'>

<div id='crosscol-wrapper' style='text-align:center'>
<b:section class='crosscol' id='crosscol' showaddelement='yes'/>
</div>

Jangan lupa 'SAVE TEMPLATE' yek
Dan Tadaaaaa..
Dah pun menjadi...
Tak caya???
Boleh tengok gambo kat bawah ni..




Hokey..
Pada korang semua..
Good Luck eh..

Tata =D






Friday, February 11, 2011

Melawan Fitrah - Manusia Mahu Menjadi Anjing

 
SUMBER : Mail dari Cik Asben

Untuk Renungan kita bersama..

Kafirin..dan kejahilan nya.....

Biasanya orang membuat pembedahan muka supaya makin cantik,
tetapi sebaliknya seorang pemuda Brazil cuba melawan fitrah alam.
Ternyata dia tidak bersyukur dengan wajah yang sempurna dicipta Allah dengan menukar mukanya kepada muka anjing atau manusia berkepala anjing dengan membuat pembedahan.

Pemuda ini membuat pembedahan dengan bangkai kepala anjing yang di lekatkan ke mukanya.(MasyaAllah!!!)
Tetapi ramai yang berpendapat bangkai anjing tadi akan membusuk kerana darah anjing tidak boleh sebati dengan darah manusia.. Dunia semakin gila...



********

********

********

********

********

********

********

********







Related Posts with Thumbnails