Pages

Thursday, December 31, 2009

HAPPY NEW YEAR....2010

First skali....Aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru la kat sume kengkawan dan jugak buat diri aku....

Selamat Tinggal Tahun 2009 yang penuh ngan citer2 gembira,sedih dan sebagainya....Segala apa yang terjadi di Tahun 2009 aku anggap sebagai kenangan terindah dalam hidup... biarpun ada duka didalamnya....

Syukur juga aku pada Allah s.w.t kerana masih lagi memberi aku kesempatan untuk bernafas di dunia yang fana ini....moga aku dipanjangkan umur agar dapat lagi aku membuat amal, bekalan aku untuk berjumpa dengan-Nya...dapat juga aku memelihara,mendidik anak-anakku serta memberikan mereka sepenuh kasih sayang hingga mereka dewasa dan dapat berdikari...

Macam-macam peristiwa yang berlaku pada aku tahun 2009 ni....

* Dapat anak saudara (anak ke-2 abangku = lelaki)...cucu ke-5 buat mak ayah
* Nenek + nenek saudara serta suami ke Mekah menunaikan haji...
* Emak memulakan perniagaan karipap segera.. dibantu oleh ayah
* Tukar peti baru hehe yang lebih besar...peti lama pintu takleh tutup rapat so,tak sejuk laa
* Beli tv 21" untuk bilik tido...adjust2 dlm bilik sikit...bak kata batrisyia macam bilik hotel hikhikhik
* Adik lakiku yang ke-6 dapat blaja kat P.Pinang..

Tu jela kot...dah tak ingat perkara yang lain-lain hehe

* Tapi hajat suamiku nak buat umah kecik cam chalet... sekadar tuk persinggahan sementara masih belum kesampaian...tukang umah kata InsyaAllah awal tahun 2010 kot...Moga-moga tercapai la hajat suamiku itu...amin..


Ni la anak sdara aku..Aqif Zakuan bin Marzuki





Ralatnyaaa.....lah!!!

Semalam,aku ke East Coast Mall.Cadangnya nak beli baju menyusu kat gerai yang menjual produk Fabulous Mom tuh...Tapi hampanya lah hati ni...huaaaa sobsobsob...baju yang aku nak dah takde size.....uhukhuk

Ahad lepas aku dah ke gerai tu...kata somi tuan kedai...akan sampai stok baru hari isnin atau selasa.Memang dah ada baju yang aku berkenan... tapi yang ada hanya lah size M dan L jer...Tinggal 2 helai tu jek...Yang aku berkenan tu plak di display kat patung....So,aku ingat nak tengok dulu la kot-kot akan sampai baju yang paternnya lebih cantik...Tapi bila aku sampai kat gerai tu semalam...hanya yang ada baju-baju yang paternnya cam di pakai orang tua-tua jer...hahaha (Perasan muda lak aku nih kan hikhikhik)

Arrrgggghhhh....ralatnya aku sebab tak beli awal-awal lagik....huhuhu kunun-kunun nak amik baju yang tak di display...last-last langsung tak leh beli....uhuhu sedihnya hati ini...

Baju yang aku nak aritu masih ada lagi tapi size M je yang ada, Size L dah  dibeli orang petang tadi(rabu).Aduhhh dah terlambat....aku try gak baju tu dulu tapi agak pendek...kang aku beli tak dipakai plak...membazir jer...bukan murah plak tu harganya...Rm69.90 sehelai...mahal rasanya pada aku yang tak berduit sangat ni...kuangkuangkuang hihi....so,kene pi tengok lain kali plak la kot-kot ada stok baru...

Aku amik keputusan tuk tinggalkan no phone kat penjual di gerai tu...agar dia leh sms aku bila ada stok baru...harap-harapnya dia akan gitau aku la nanti bila stok dah ada....lagipun jauh sangat umah aku ke East Coast Mall tu....tak kan la aku nak jenguk kat situ hari-harikan??...Tawakal aje lah Na...


Ni lah baju yang aku nak tu...tak la comel sangat...
Tp,yang ni la paling comel dari baju2 yang lain hehe








Wednesday, December 30, 2009

Minyak Angin

Bahaya Minyak Angin! Parents Please Read!

Ini untuk pengetahuan SEMUA dan bolehlah disampaikan atau berpesan kepada kawan-kawan tanpa mengira kaum agar apa yang berlaku kepada anak saya tidak berulang kepada anak kawan-kawan kita dan juga umat manusia seluruhnya.

Ahmad Tarmizi Ahmad Basri (anak kesayangan saya yang kelima)
Umur 3 tahun.

17/08/04
Demam biasa dan dibawa ke klinik untuk perubatan

18/08/04
Masih demam dan perut kembung akibat tak selera makan kerana sakit tekak (bengkak)

19/08/04
Saya kurang senang dengan kesihatan anak saya dan membawa dia berjumpa doktor pakar.Setelah diperiksa soalan pertama yang doktor tanya kepada saya serta isteri ialah ada sapu apa-apa minyak diperut? bererti sebagai doktor dengan ilmu kedoktorannya dia tahu bahawa puncanya adalah disebabkan minyak angin.

Anak saya dimasukkan ke wad.Dia tidak mampu untuk bernafas dengan sendiri dan memerlukan bantuan pernafasan.Darah dan air kencing diambil bagi tujuan pemeriksaan.

Keputusan pemeriksaan :

Hati anak saya bengkak teruk disebabkan minyak angin telah meresap masuk ke dalam tubuhnya. Kencing anak saya juga mengandungi minyak tersebut. Kesemua saluran darah menghadapi kesukaran akibat minyak itu. Anak saya tak sedarkan diri dan terus koma. Dia dibawa ke wad ICU dan dirawat oleh 6 orang doktor. Antara 6 orang doktor,2 darinya adalah dari Jerman.

Kedua belah kakinya di tebuk untuk memasukkan ubat dan oksigen dengan menggunakan tiub. Kedua tangan juga di tebuk untuk memasukkan glukos dan darah. Kepala juga ditebuk di bahagian dahi untuk memasukkan ubat cecair.

Saya disuruh oleh pihak hospital untuk menandatangani hampir 7 keping dokumen kebenaran untuk menyelamatkan  anak saya.Risikonya perlu saya dan keluarga tanggung sendiri tanpa menyalahkan pihak hospital jika sesuatu perkara tidak baik berlaku.Saya bersetuju.

Alhamdulillah...Akhirnya dengan izin Allah anak saya dapat diselamatkan.Kini telah dipindahkan ke wad biasa. Dia telah pulih hampir 80% dan sudah mampu untuk memanggil saya BAPAK bila saya disisinya.

Ikhlas...ketika anak dalam keadaan sedemikian segala harta,motor besar,kereta dan semua yang ada didalam dunia ini tidak bernilai lagi. Hampir 3 hari saya tak makan langsung dan airmata sentiasa berlinangan, saya seolah hilang malu dan tak bernyawa.

Tergerak hati saya untuk memberitahu semua dengan harapan pengajaran ini dapat membantu anak orang lain dari menjadi mangsa MINYAK seperti anak saya....

PERINGATAN
Tolong pastikan, jangan ada walaupun satu botol minyak yang dibeli direct dari penjual tepi jalan,penjual rumah ke rumah,pemberian dari jiran dan sebagainya...kerana mungkin ianya akan membunuh anak kita sementelah kita sendiri pun tidak tahu isi kandungannya.




Nota : Artikel ni diprintkan oleh suami untuk aku sebagai pedoman agar senantiasa berwaspada...






Tuesday, December 29, 2009

Rombongan ke Kola Lumpur...Serbu! Serbu!

Khamis,24 Dis 09

Orang ramai duk berpusu-pusu balik kampung....maklum la cuti 3 hari...sempena Krismas...tapi aku terbalik plak...aku ngan sume adik bradik dan termasuk mak ayah juga duk plan nak menyerbu umah kakakku kat Gombak....hehe sesaja je nak gi kenal umah dan meronda Kola Lumpur...

Ptg Khamis tu dlm kul 6.15 ptg kami sefamily bertolak ke Kuala Lumpur....trip kami paling lambat sebab tunggu suamiku habis kerja dahulu...abangku dah bertolak pagi rabu lagi dan mak ngan ayah bertolak pagi tadi, masa aku tefon dlm kul 5.30 ptg...mereka berdua dah sampai..Alhamdulillah sumenya selamat tiba ke destinasi..cuma sekarang tinggal aku n family jer yang belum sampai....tungguuuu....

Akhirnya....sampai juga aku kat Gombak, umah kakakku dengan selamatnya....dalam kul 9.30 mlm camtu la....bimbang juga aku takut tersesat...maklum la duk bagitau jalan melalui tefon jer (plan asal janji nak gi amik aku kat tol Gombak...huhu). Sampai umah akak aku, sumenye da ada termasuk la adik aku Syida yang blaja kat UIA Gombak....si bongsu plak memang akak aku da import awal2 tuk jadi bibik sementara hehehe.....Pas makan+sembang2....terus masuk tido. Maklum la esok nak ronda KL...Kola Lumpur aku datang!!!! hihihi..... Mlm tu kami tido ngan nyenyaknya sebab letih yang amat sangat...mau tak letihnya, sepanjang jalan dari Kuantan ke Gombak...Zahin tak tido barang seminit pun....lotih den duk melayan dia yang boleh tahan lasaknya biarpun didalam kereta...nasib juga la aku duk belakang....huhu

Jumaat,25 Dis 09

Pagi tu kami semua dijamu ngan nasi minyak+daging masak merah, air tangan mak dan kakak ipar aku...Sementara duk menunggu juadah siap aku membawa anakku Batrisyia dan Zahin ke kolam renang...Lama la jugak kami ke kolam renang dan bila naik tu semuanya dah siap,tunggu nak makan jer hehe...(Bagus tul aku ni kan...tau makan yang dah siap aje...tolongnya tak mahu....hikhikhik...sekali sekala apa salahnya...)

Jam 10 pg:
Kami bertolak dengan 3 buah kereta...

Agenda pertama adalah ke Putrajaya, kata mak ayah..teringin nak tengok Masjid Besi. Amat jauh rasanya perjalanan nak ke Putrajaya tu...nak-nak lagi kami terpaksa follow abang iparku yang rasanya terlalu laju bagaikan lipas kudung hikhik...takut terlepas dan tersesat plak...maklum la suamiku bukannya tahu sangat jalan kat kola Lumpur ni...haru jugak nanti kalo sesat...

Jam 11 pagi:
Kami tiba kat Masjid Putrajaya...sempat la melepak kat situ sambil ambik gambo....



Salah satu tarikan kat Putrajaya



Zahin nak gi mana tu...

Jam 11.30 pg:
Mak suruh aku call kawan sekampung (Lela) yang katanya bekerja kat Putrajaya, bertanya kot-kot la dia tahu kat ne Masjid Besi tu...dalam duk bertanya tu dia ada la jemput kami sefamily ke umah dia.. kebetulan gak mak dia (kawan mak aku) ada kat umahnya di Presint 14....

So, setelah berbincang...kami bersetuju nak ke umah Lela memandangkan dlm kul 1 ptg, solat jumaat...kat mana plak kami nak melepak sementara menunggu family kami yang lelaki gi smayang Jumaat...

Berpusing-pusing jugak la kami mencari kondo tempat Lela duduk tu....Sesampai kat umah dia....kami sume di jamu ngan mihun goreng+keropok keping+tea o' panas...waaahhh begitu pantas, rasanya tak sampai setengah jam pun pas aku call bagitau nak gi  umah dia....sumenya dah terhidang...terkejut jugak la...pape pun mekasih tuan umah...susah-susah ajer....

Lama jugak la kami melepak kat umah Lela sementara menunggu orang balik smayang Jumaat...dan pelbagai citer jugak la yang dibualkan...maklum la last skali aku jumpa Lela masa hari dia kawen...skarang anak dia dah 6 bulan...ishishish lama tul la tak jumpa...

Jam 2.15 ptg:
Kami bertolak ke Alamanda Putrajaya...Jalan-jalan sementelah kaki aku ni belum sampai lagi kesana hehe...dalam duk meninjau-ninjau tu kakak aku berenti makan n lepak kat Roti Boy....sementara aku,suami n anak2 masuk carefour coz ada barang yang nak aku cari....tapi memang hampa gila....da abis agaknya....huaaaaaa sedih tak terkata sobsobsob....(aku sebenarnya nak cari playground tuk anak aku-macam yang kat umah Lela, katanya di beli kat carefour Alamanda)

Pas makan kami ronda-ronda lagi....dan aku terserempak la ngan MPH Bookstores dan apalagi....terus la aku borong buku....hehehe.



Buku yang sempat diborong...

Jam 3.30 ptg
Akhirnya sampai juga hajat mak ayah aku nak tengok Masjid Besi....wooowww comel! canggih! sayup mata memandang....tu la pandangan aku first skali bila tengok Masjid ni....Sempat la kami bersembahyang kat dalam masjid ni....dan mengambil gambar untuk kenang-kenangan sebab ntah bila plak la aku n family akan sampai lagi kesini....wallahua'lam. (Masjid ni masih belum dibuka tapi orang yang datang berjemaah boleh tahan ramainya).



Masjid Besi-bahagian luar



Tempat ambil air smayang-Tingkat bawah



Escalator yang masih belum beroperasi



Batrisyia sedang menunggu lif tuk ke tempat smayang
Lokasi:Tingkat bawah pas amik air smayang



Ada kolam ..



Kubah-sayup mata memandang



Di dinding kaca ada ukiran surah dalam al-Quran



Zahin dan ayah bergambar kenang-kenangan



Uih...tinggi betul la masjid nih...terujanyaaa...

Jam 5.15 ptg
Kami meninggalkan Masjid Besi dalam keadaan hujan yang lebat....tinggal satu destinasi aje lagi yang akan kami pegi...umah besan mak aku merangkap umah mak abang ipar aku....

Jam 6.15 ptg
Kami sampai ke Wangsa Maju....Pas duk sembang-sembang jap kami sume dijemput tuk menjamu selera. Macam-macam lauk yang disediakan oleh tuan umah...ada rendang daging+sayur taugeh+ikan masak asam+goreng pedas bilis etc...Alhamdulillah....Time kasih tuan umah coz da jamu kami-kami semua hingga kekenyangan...

Jam 7.15 ptg
kami pulang ngan senyuman sebab da kenyang hehehe...badan pun dah letih....so,mlm tu kami sume tido awal memandangkan pagi esok akan memulakan perjalanan pulang ke umah masing-masing....

Sabtu,26 Dis 09

Pagi
Sebelum balik ke Kuantan aku n family masih sempat lagi merendamkan diri didalam kolam....hikhikhik...Zahin pun sama naik duk merendamkan diri...



oittt...dah besar pun pakai pelampung agi ker...hihihihi

Jam 11 pg
Kami sume bertolak pulang...

Jam 3.30 ptg
Sampai Kuantan...abang sefamily,mak,adik bongsu n ayah singgah umah aku dulu seblum balik ke Ganu...Merehatkan badan sekejap seblum memulakan perjalanan lagi...

Jam 5.30 ptg
Mereka semua bertolak balik ke Ganu...Mudah-mudahan mereka sume selamat sampai ke destinasi masing-masing....Ya Allah,kau selamatkan lah perjalanan sume ahli kuargaku,kau jauhilah mereka dari sebarang kejadian yang tak baik...Ya Allah...amin...








Saturday, December 19, 2009

IBU....

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...
Dia bertanya kepada Tuhan....

"Para Malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana? saya begitu kecil dan lemah".

Dan Tuhan menjawab...

"Aku telah memilih satu malaikat untukmu.Ia akan menjaga dan mengasihimu".

Bayi bertanya lagi...

"Tetapi disini....didalam Syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi,bermain dan tertawa...inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia".

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari.Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia".

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar dan dengan penuh kesabaran dan perhatian.Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara".

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa".

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat.Siapa yang akan melindungi saya?"

"Malaikatmu akan melindungi... walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam nyawanya".

"Tapi saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMU lagi".

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku.. dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu... walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu...."

Disaat itu,Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat didengar dan sang bayi bertanya perlahan..

"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu...IBU".

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu.Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa...Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat...

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan kerenah anak-anak yang sedang membesar...Sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara...

1- Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2- Lidah mu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3- Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam,
4- Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu".




Utusan Allah untuk aku...seorang Ibu..







Friday, December 18, 2009

Oh Suamiku dan Kerjanya....

Semalam,17 Disember 09....Aku dan anak-anakku telah dijemput ke tempat keje suamiku...kata suamiku ada taklimat untuk isteri dan anak-anak....

Dalam kul 8.30 pg aku mempersiapkan anak-anak....dan dlm kul 8.40 pg suamiku balik untuk menjemput kami...dalam duk kalut nak bertolak tu...Zahin plak wat hal...membuang pulak....iiiissssshhhh Zahin ni....So,lepas menukarkan lampin Zahin kami terus ke pejabat suamiku yang jaraknya hanya lebih kurang 10 minit perjalanan....

Setiba disana kami dijamu dengan makanan pagi...mihun goreng (yang masin..hehe...da la org bagi makan free...kutuk plak tu...issshhh apa punya manusia la aku nih mwa hahahaha....teruk tul!!!!) dan juga keropok keping beserta ngan sikit kuih muih...Alhamdulillah...

Dalam kul 10.15 pg baru la majlis taklimat bermula...Taklimat tu berkenaan tentang segala kerja-kerja yang dilakukan oleh suamiku dan kawan-kawannya di Kuantan Kompressor....ada mekanikal,elektrikal dan sgalanya lah yang bersangkutan ngan enjin...emmm slama ni aku duk dengar aje suamiku bercerita tentang enjin turbine dan segala-gala apa yg dilakukannya kat pejabat...kini baru la aku tahu yang enjin tu sebegitu besar.... kalau dihempap memang innalillah....issshhh gerun aku...minta dijauhkan la sgala kecelakaan dan perkara tak baik menimpa suamiku Ya ALLAH!!!...amin...

Melalui cerita tu juga aku tahu yang slama ni suamiku kiranya mempertaruhkan la nyawanya demi mencari sesuap nasi...insaf rasanya....sebegitu payahnya demi mencari rezeki...Dalam duk mendengar taklimat tu,kami diberi soalan kuiz juga....dapat hadiah plak tu...coklat gitu...hahaha...riuh rendah suara anak-anak berebut tuk menjawab soalan demi coklat sekeping...hehehe...aku pun sama sibuk duk menyuruh Batrisyia angkat tangan tuk menjawab...dan akhirnya rezeki menyebelahi Batrisyia di soalan kuiz yg terakhir...hiikhik...alhamdulillah...Kiranya terhibur la masa dengar taklimat tu...



Khusyuk dengar taklimat....



yeeeaaaa dapat coklat...bestnya....

Setelah setengah jam mendengar taklimat...kami di beri sedikit aktiviti...sekadar hiburan la...anak-anak diberi tugasan mewarnakan lukisan...Batrisyia juga turut serta biarpun nak pegang pensel agak terkial-kial  hehehe.....Sekadar menyibuk la katakan...mwahahaha....dapat la sekotak pensel warna ngan sharpener... memadailah tu...hihihi...dan aku pulak diberi 'Treasure Hunt' (dlm pejabat jer) berupa soalan silangkata....susah la jugak...

Sebelum menjamu selera kami diminta bergambar dahulu sekadar kenang-kenangan....Setelah menjamu selera (lauk tengahari pun masin jugak...ishishish...kalo asyik duk makan lauk masin jer mau kene darah tinggi aku jap gi...hihihi) kami diberi hadiah untuk setiap pertandingan....Terkesima aku seketika tatkala nama Batrisyia diumumkan mendapat hadiah untuk pertandingan mewarna tu...ahakhahahha...Terkejut bukan kepalang...tak sangka tul aku...tapi no-2 tercorot la...(rupa-rupanya suamiku yang mewarnakan lukisan Batrisyia...isssshhh...patut la dapat hadiah..) hikhikhik..kata suamiku dia hanya color main-main aje...lintang pukang persis kanak-kanak mewarna..hihi...tapi tak sangka menang jugak...kiranya rezeki Batrisyia la tu kan...Aku pun dapat gak hadiah no-5 gitu....ok la biarpun hamper yang diberi semuanya sama je...alhamdulillah...



ni la dia lukisan Batrisyia yang menang no-18 tu..




Hadiah yang Tisya dapat..

Dalam kul 12.30 tghari majlis bersurai...nasib baik la Zahin tak buat perangai sepanjang majlis tu berlangsung...kalu tak gawat jugak...Time kasih anak ibu sebab sporting dan tak wat perangai.... kami pulang dengan senyuman gembira sebab dapat hadiah....lalallala....hehehe






Wednesday, December 16, 2009

Si Dolphin Biru...

Antara banyak-banyak koleksi mainan anakku...yang paling aku suka adalah 'si dolphin biru'....sebabnya cute sesangat...dengan colornya yg begitu lembut membuatkan ianya tak jemu di pandang.....

Kiranya baru jugalah dibeli....Sebetulnya jugak...anakku Batrisyia dah lama berkenankan mainan berayun ni... maybe namanya 3-D Bop Bags (mengikut pe yang tercatat kat kotak bungkusannya).Kekadang bila ke Giant, Batrisyia akan bermain-main ngan 'bop bags' yang macam ultraman tu...tapi kami tak pernah tergerak hati nak beli...jahat kan?hikhikhik...bukan tak mahu beli... just tak nak ikut sangat permintaan dia.Tujuan kami tak mahu di belakang hari dia akan meminta dibelikan itu ini dan bila tak dipenuhi dia akan menangis meraung di  shopping complex....tak ke haru tu...



Si dolphin biru yang sesangat la cute...

Suamiku pernah bercerita pada aku...ada sorang teman sekerja dia pernah mengadu menceritakan perihal anak bujangnya yang baru berusia 18 tahun (kalau tak silap)...duk merengek tiap hari minta dibelikan kereta....dan si ayah bingung memikirkan permintaan anaknya tu....(kereta tu!!...bukan singgit dua) teman suamiku kiranya rasa menyesal dengan didikannya....dari kecik dah diajar anaknya dengan membelikan macam-macam mainan yang mahal-mahal dan diikut segala permintaan si anak dengan senang hati tanpa memikirkan akibat buruk satu hari nanti....

Berpandukan kisah teman sekerja suamiku itu la....kami mengambil satu kesimpulan untuk mendidik Batrisyia dan Zahin dengan membelikan dia mainan disaat dia sudah melupakan keinginan untuk memilikinya.Dan jugak bila harga mainan tu dah didiskaun kan...mwa hahaahhaha kan jimat tu....apa orang cakap...alah membeli menang memakai....hehehe

p/s : So,moralnya (pada aku)....jangan terlalu diikut kan sangat keinginan si anak....takut merosakkan dia satu hari nanti...renung-renungkanlah....




Tuesday, December 15, 2009

Chicken Pox MENYERANG!!!!....

Sudah 3 hari anakku, Zahin demam....ditambah juga ngan 'chicken pox' dan nak tumbuh gigi (bahagian bawah)...tapi Alhamdulillah...hari ni nampaknya dah beransur pulih...tak la merengek memanjang.Ntah macamana time aku balik kampung minggu lepas....cousin Zahin duk kene 'chicken pox'...maybe virus tu dah merebak pada Zahin....

Sudah aku jangka dari awal lagi....dan memang dah terdetik kat hati..."balik ni pasti anak aku akan kene 'chicken pox' "....lagipun penyakit tu setahu aku sememangnya mudah merebak...

Syukur juga rasanya hari jumaat tu suamiku amik cuti....dapat la aku bergilir-gilir menjaga Zahin time dia meragam...Zahin ni kalau nak tau perangai dia pelik sikit....kalau dia nakkan sesuatu dan tak dapat maka dia akan mengamuk dengan menghempas-hempaskan kepala dia....so,kalau tika tu dia duk atas lantai makanya bengkak juga la kepala dek dihempas kat lantai....addduuuuhhh!!! siannya anak ibu....

Sebab tu la tiap kali dia nak mengamuk aku akan pastikan dia duk atas tilam dan sofa.Kekadang lenguh la jugak lengan ni duk ampu kepala dia time mengamuk...huhuhu.(Sian kan ibu...da la lengan kecik hikhikhik)



Lepas habis mengamuk...nak gi klinik

Nak dijadikan citer...jumaat mlm.Batrisyia pun demam jugak...tapi takde plak 'chicken pox' kat badan dia.So,ptg sabtu tu kami pegi la klinik...dan Alhamdulillah pas sapu ubat, 'chicken pox' tu dah mula mengecil tapi tak la hilang sepenuhnya lagik....Yang memusykilkan aku....betul ke ni 'chicken pox'? Sebabnya yg ada bintik merah tu hanya kat paha ke kaki dan siku je sikit.(sesape boleh bagi pandangan?).Masa gi jumpa doktor tak de plak dia confirm yg penyakit tu 'chicken pox'.



Walau demam seteruk mana pun...ubat tetap tak mahu makan..


Pape pun...mudah-mudahan cepat la sembuh segala penyakit kat badan Zahin dan Batrisyia tu...Amin...Tak sanggup aku nak tengok anakku menangis sepanjang hari.... hinggakan dah tak tahu nak wat apa nak menghentikan tangisan dia....uhuhuhuhu..






Monday, December 14, 2009

CERITA LAWAK!!!

Hari ni,aku dapat emel dari suamiku yg ternyata membuatkan aku tergelak hingga tergolek2.mwa haha..haha.. sampaikan anakku,Batrisyia dan Zahin memandang aku hingga terlopong.Bagaikan tidak percaya..."ni ke ibu aku? biar betul ibu ni...macam orang gila lagaknya...ahak..ahak..".

Aku tak tahu la dari mana suamiku dapat emel ni..maybe diforward oleh kengkawan dia satu pejabat kot...mm,ntah la...pape pun...,sila la baca karangan ni ek...dan kita lihat setakat mana lawaknya cite tu...hikhik

Karangan Terbaik UPSR 2007

Karangan budak darjah 4

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit ?Adoi!?. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu..

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit ?Adoi..!? dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat laporan ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.




Wednesday, November 25, 2009

Jalan-Jalan Cuci Mata dan Perabih Duit!!!

Setelah 2 minggu aku tak ke bandar...hanya keluar ke tempat2 berdekatan ngan umah aje.Akhirnya ahad tu suamiku membawa aku dan anak2 ke East Coast Mall (kiranya tempat ni la yg paaalingggg famous kat bandar Kuantan ni..maklum la,kat sini tak banyak pun shopping kompleks hikhikhik).

Tisya nak gi Ecos Mall ni...Yeeeaaaaaa!!!



Zahin yg tak tahu duk diam hikhik....bila nak sampai ni ibu....


Kami bertolak dlm kul 3.15 ptg selepas solat zuhur dan makan tengahari....Biasanya bila kami kesana,suamiku akan park kereta kat basement tapi kali ni nampaknya terlalu ramai orang dan tempat parking kereta pun dah penuh...so,selepas puas berpusing2 mencari tempat parking..akhirnya jumpa la satu tempat kosong yg dekat ngan pintu masuk belakang...Alhamdulillah...tak la jauh sangat nak menapak didalam keadaan hujan yg gerimis ni...hhehe...

Dari satu tingkat ke tingkat yg lain akhirnya sampai la kami ke tingkat tiga....jenuh jugak la duk menolak stoller si Zahin tu ahaha...dalam duk tercari2 nak beli ape tu...tiba2 aku ternampak la satu gerai tu (betul la kot aku panggil gerai.. sebab kedainya bukan la kedai besar tapi,kedai yg biasanya hanya berada ditengah2 ruang yg kosong).Kedai tu bila tengok dari jauh hanya menjual baju dan barangan baby tapi bila diteliti rupa2nya gerai tu menjual barangan 'FabulousMom'...ala produk untuk ibu2 mengandung,menyusu yg famous tu...Alhamdulillah...akhirnya kutemui juga kedai yg menjual produk menyusu ni...sebetulnya sudah lama aku mencari kedai yg ada jual barangan 'FabulousMom' ni...tapi yg aku tahu barangan ni hanya boleh dibeli melalui pos atau stokisnya di Kuala Lumpur aje...

nak beli apa yek?nanti Zahin pikir....


dik..nanti la jap.. ibu duk pilih baju tu...


Pada aku kalau membeli barangan melalui pos...berkemungkinan banyak risiko yg perlu aku hadapi contohnya cam baju terlalu besar ke,kecik ke....camana plak nak menukarnya...pendek kata rumit la sikit...so,sekarang aku dah tahu kat mana kedai yg jual produk 'FabulousMom' tu...senang la skit lepas ni...alangkah gembiranya hati aku hari ni....yeeeeeeeeaaaaaaaaaa!!!!. mmmm,aku apa lagi...dalam duk memilih2 tu aku berkenan la pada baju yg colornya hijau tapi suamiku plak kata cam org tua mwa haha.. ada2 aje la suamiku ni...so,aku amik la baju lain.... color hitam  putih ...lagipun tak banyak pilihan yg ada.Kata tuan kedai tu...dah habis org beli....kiranya bukan aku aje yg mencari baju menyusu tu....mmm,tak pe la....maybe next time aku kunjungi lagi kedai tu....dan cari baju patern yg lebih cantik hikhik...

Dalam duk bersembang2 tu aku nampak la susu soya yg katanya boleh memperbanyakkan susu...aku sambar la sepeket tanpa berfikir panjang.Sebabnya aku rasa, cam susu aku ni dah berkurangan, maklum la Zahin pun dah berumur setahun...kalau boleh aku nak menyusukan anakku, Zahin ni selama 2 tahun sepertimana yg aku lakukan pada Batrisyia.. biar pun masa tu aku dah mengandungkan Zahin...Hanya setelah umur Batrisyia 2 tahun baru la aku mengambil alternatif untuk memberi dia susu botol...

mmm,oleh sebab aku da beli barang kat kedai tu dekat seratus hinggit...so,dia bagi la aku satu kad ahli yg katanya akan dapat diskaun la...insyaALLAH....kat kedai tu gak macam2 la brg ibu dan anak cam pump breast,coli menyusu,lampin budak yg harganya leh tahan mahal uhukuhuk rm55 gitu....wow tak tahan aku bila dengar harganya tapi menjimatkan la....katanya.Bila aku tanya kat suamiku...dia macam tak respon la....hehe...so,selepas selesai urusan aku beli barang tu kami terus ke kereta tuk ke tempat lain plak...


Ni la susu tu...betul ke leh tambah susu ni?Confius ni...

Sebelum balik...kami singgah ke Giant plak....ingatnya nak cari susu batrisyia tapi harga mahal pulak...so,biar la dulu agipun stok susu dia masih ada lagi ...tahan la tuk 2 bln akan datang hehe.... tapi tu la lain yg dicari....lain la yg dibeli...aku kalau ke Giant macam2 la yg aku nak beli tapi baget tak cukup laaaa ahaksss!!!....Tapi, akhirnya sampai jugak la hajat aku nak beli cermin panjang haha...


mmm...letihnya..Zahin tido dulu la....


Bestnya tido...maklum la sejuk...

So,pas beli barang kat Giant kami terus balik la sebab hari pun dah ptg....sampai umah pun dah kul 6.30 ptg....apa lagi kelam kabut la smayang asar biar pun dah nak abih waktu ...huhu....mmm,itu lah sifat manusia kan....slalu melebihkan dunia dari akhirat....termasuk la aku ahakkkssss....



Saturday, November 21, 2009

Isteri Sentiasa Dara...

Petua dari Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

("Abqaro" ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan)
Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:

Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri utk kebahagiaan rumahtangga.


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.



Monday, November 16, 2009

Kasih Anak...

Ehem..ehem...assalamualaikum w.b.t pembuka bicara...pada 11 november 09 adalah besday anakku, KHAIRIN ZAHIN yg pertama.....pepagi lagi anakku yg sulung sudah bertanya,

 Batrisyia :"Ibu,nak g beli beday to you tak? (kek harijadi)..."
Ibu         :"Nanti la, ayah balik keje ptg karang baru kita gi beli.."
Batrisyia :"Yeaaaaaaa...nak gi beli beday to you..."

 Dgn senyuman, anakku terus berlalu memulakan agendanya dgn Zahin... menyepahkan mainan dan xlupa juga kusyen di sofa...abih sumenya berterabur bagaikan tongkang pecah huhu...aku hanya mampu memandang sahaja...nak dimarah pun sama aje...wat mengabihkan air liur je...so,aku biarkan la mereka berdua menyepahkan umah sesuka hati mereka...hehe.

 Dlm pukul 5 ptg,aku time msg dari suamiku mengatakan enjin di tempat keje dia shutdown...maybe balik lambat dan tak tau lagi la leh beli ke x kek harijadi yg dijanjikan pada batrisyia tu...mm,x pe la tak leh beli lagi pun hari ni, janji beli je...tu la balasan dari aku...

 Memang seperti yg dijangka,suamiku x balik pada kul 6 ptg tu....merangkak hari ke Maghrib,Batrisyia mula la duk terjenguk2 kat pintu sliding....cam biasa la ...kalau ayahnya lambat balik...dengan rungutan...."lambat ayah balik ,ibu...."...mana la ayah ni...tak balik2 agi..." biasanya,ni la jawapan aku bila Tisya merungut begitu..."mmm,x tau la ....ayah ni balik lambat sokmo la...." hikhik....bukannya nak pujuk anak,aku lagi mengapi-apikan dia haha....jahatkan aku..hikhikhik

 Bila time suamiku balik lambat aje,aku mula la tak tentu arah...mana lagi nak solat..nak wat susu anak....sampaikan kekadang aku letak aje anakku si Zahin tu dalam bilik skali ngan aku solat...ku biar aje dia main sesuka hati dia....uh nak harapkan Batrisyia...dia hanya tahu khianat aje...kekadang aje boleh diharap...hehe...(jgn marah ye sayang ,ibu kutuk sikit...haha)

 Dlm kul 10.30 mlm,masa aku duk sibuk2 wat susu Batrisyia (nak ajak dia tido)....time tu plak Zahin dah menangis2 nak tido...tiba2 aku dengar suara org menangis balik blkg sofa...bila panggil  "Tisya...Tisya"...dia pun kluar dari belakang sofa dgn tangisan yg kuat...aku pun trus la peluk dia...

Ibu         :"nape ni sayang?"
Batrisyia :"uhu..uhu...ayah tak balik agi ibu...."
Ibu         :"mm,jap gi ayah balik la tu....dah la yek, meh kita naik tido la..jap gi ayah balik ibu kejutkan Tisya...


Lama la jugak, aku duk ngulit si Zahin tido...aku pikir Tisya dah tido, rupanya blom agi....bila ditanya,katanya nak tunggu ayah balik...lepas wat susu kali ke-2 untuk Tisya...aku terus kuar dari bilik dan ke bilik jahit...sementara duk tunggu suami balik...baik aku isi masa terluang dengan gunting kain cotton yang dah lama aku beli.... tapi masih lagi belum digunting tuk dijadikan sarung tilam...

 Dlm kul 11.30 mlm baru la suami ku balik... bila dengar aje ayahnya balik.Batrisyia terus turun dan aku dengar...

 Ayah      :"laa...x tido lagi? ibu mana?"
Batrisyia :"ibu jahit...ibu tak cara (hirau) pun ke Tisya"
Ayah      :"haaaa??... ibu tak hirau ke Tisya?sian pulok anak ayah ni...haha"

 Terus suamiku bagitahu aku....yang Batrisyia mengadu kat dia, bahawa aku tak hiraukan dia... aku hanya mampu tersenyum dan ketawa...

Itulah anakku Batrisyia....yang tak boleh kehilangan ayahnya....tempat dia bermanja dan bermain....lagipun...sejak aku melahirkan Zahin,tugas menukar baju dan memakaikan pampers untuk Batrisyia sblum tido adalah suamiku...hikhikhik...sebab tu la Batrisyia rasa kehilangan, saat ketiadaan ayahnya sblum tido...huhu

 Akhirnya,ptg keesokan hari (12 nov 09) baru la suamiku membelikan 'beday to you/kek harijadi' untuk Zahin....Tu pun tulis skali nama aku dan Zahin kat atas kek tu...maklum laaa lahir bulan yg sama...terpaksa la aku kongsi kek ngan Zahin aje lepas ni...Tak de lagi kek harijadi untukku seorang huhuhu....sobsob...sedih ni...tapi x pe la janji ada jugak kek harijadi biarpun kongsi...ahahahaha


Kek harijadi Ibu dan Zahin













Related Posts with Thumbnails