Pages

Tuesday, February 14, 2012

Bercuti 2 Hari 1 Malam di Hospital Al-Farabi

Tanggal 05 Disember 2011, telah terciptanya satu sejarah dalam hidup aku... Rasanya ini adalah pengalaman pahit manis yg tak dapat aku lupakan selagi hayat dikandung badan..

Pengalaman pertama untuk aku setelah 2 kali kehamilan sebelum ini. Kehamilan yg ke-3 ini telah membawa aku untuk bercuti di Hospital Al-Farabi selama 2 hari 1 malam kerana alahan yang terlampau teruk.


Tanganku yg di pasang jarum dan wayar air
Hampir lebur tanganku bila jarum yg dicucuk susah utk masuk dlm salur darah
Kata doktor, salur darahku jenis yg liar (x tetap kedudukannya)



Pada 04 Dis tu.. daripada pagi hingga ke malam aku duk muntah ajer. Minum air muntah, makan biskut muntah. Bila dah semua yg aku makan dan minum itu keluar balik... apa lagi yg tinggal dlm perutku ini??? Cuba korang bayangkan... memang hari tu takde tenaga langsung utk bergerak. Hanya yang mampu aku buat hanyalah terbaring di sofa sambi menangis huhuhu sedih wooo!!

Nasib lah si Batrisyia dan Zahin hanya sibuk bermain. Mereka mengerti kot yg Ibu mereka sedang sakit. Terima kasih anak2 ku kerana mengerti keadaan Ibu yang tak berdaya waktu tu.

Kesudahannya, pada 05hb tu aku mintak Cik Asben hantarkan aku ke Klinik Al-Farabi. Memang aku dengan rela hatinya hendak masuk spital dan masukkan air dlm badan aku yg dah kering kontang nih.. Memang dah tak larat sangat dah masa tu.. tenaga dah zero sangat, tapi terpaksa gagahkan jugak diri utk melangkah ke klinik. Itu lah namanya pengorbanan kan???.. Semoga pengorbanan aku ini dihargai oleh Cik Asben biarpun rasanya tidak lah sebesar mana.


Sempat gak habes 4 botol air


Akhirnya, selamat jugak 4 botol air  masuk ke dalam badanku. Rasa sedikit segar dan bertenaga biarpun tidak segagah biasa. Tapi cukuplah buat bertahan seminggu dua kan hehe.. ehh korang percaya ker kalau masuk air 4 botol tu boleh sihat hingga seminggu dua??? karut aje kan...

Kalo korang nak tahu.. 2,3 hari pas kuar spital tu aku masih lagi jadi penunggu sofa yang setia hahaha.. hanya terbaring, terlentang, tergolek aje kat atas sofa tu cam takut sofa tu lari tinggalkan aku kihkihkih. Sabor ajelah kan.. itulah yang dinamakan kerenah ibu mengandung.


Lihatlah diriku yang cengkung ini..
Dalam masa sebulan sahaja beratku dah hilang 3 kg
Rasa kecik jer muka bila pakai tudung hakhak
Tapi sempat lagi ikut Cik Asben pegi kursus kat Nilai keh3
Bejalan punya pasal aku rela biarpun tak berdaya tersenyum lebar
*Gambo nih Batrisyia yg tolong amikkan..ada seni x?hehe




 Masa mengandungkan Batrisyia dan Zahin, aku jugak alami alahan cuma ianya tidaklah seteruk kali yg ke-3 ini. Hingga tak boleh makan dan minum langsung huhu..




Wednesday, February 8, 2012

40 Minggu Yang Mendebarkan..

1 Disember 2011, detik manis yang tak dapat aku lupa. Setelah merasa tidak sedap badan, mual dan nak muntah. Aku mengajak Cik Asben ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Kat dalam hati dah terdetik "agaknya aku ni nak dapat baby lagi tak???". Sementelah itulah yang aku dan Cik Asben harap2 kan tersenyum lebar


Ehsan gambar : Google



Untuk kepastian, aku ke Klinik Al-Farabi untuk buat ujian air kencing. Dan Alhamdulillah, keputusannya positif. Masa tu kandunganku baru berusia 8 Minggu 5 Hari. Bersyukur tak terhingga rasanya. Sebab memang dah target nak ada baby baru dalam tahun 2012 nih hehehe. Jadi bermulalah 40 Minggu yang mendebarkan untuk aku tempohi..

Yang kalutnya pulak.. tarikh jangkaan bersalin adalah pada 09 Julai 2012 huhuhu.. sadisnya rasa bila memikirkan akan berpantang di Bulan Ramadhan memandangkan kita semua umat Islam akan mula berpuasa pada pertengahan bulan Julai nanti. Maknanya, aku tidak akan berpeluang untuk berpuasa sepertimana orang lain uwaaaaa dan dan dan aku akan berganti puasa selama sebulan jugak menangiscemas

Hermm nak buat macamana.. terima ajelah ketentuan Allah dengan tabah dan senang hati. Dan tiap kali berdoa.. aku mengharapkan akan bersalin pada pertengahan atau hujung bulan Jun.. hihi.. sebabnya aritu.. doktor kata maybe anak ke-3 aku nih akan lahir dalam 37 minggu macam tu. Dan aku berharap sesangat dapat menjalani ibadah puasa biarpun hanya 2,3 hari..

Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah selama 40 Minggu kehamilan ini.. dan semuanya selamat dan sihat2 belaka.. doakan aku yek kawan2 cium daaaaa











Monday, February 6, 2012

Hadiah yang tak ternilai buatku..

Bertarikh 25 November 2011, adalah harijadi aku yg ke-29. Alhamdulillah atas segala rahmat dan nikmat yg telah Allah berikan pada aku selama ini... punya keluarga yg bahagia dan anak2 yg menyenangkan hati serta memeningkan kepala hakhak (kadang2).


Setiap tahun, Ibu akan berkongsi kek harijadi dengan Zahin
Kerana kami lahir di bulan yg sama, November



Rasanya, tahun nih aku menerima 3 hadiah yang tak ternilai harganya...

Terima Kasih pada Cik Suami yg dikasihi, atas kejutan yang telah dibuat. Memang tak sangka sesangat bila turun aje pagi tu.. telah tersedia satu bungkusan hadiah yang comel di atas meja makan. Tak tau macamana nak cerita.. betapa aku rasa sangat terharu dan gembira hingga menitiskan airmata haha


Apa ada dalam tu yek???
haha RAHSIA!!
Tapi siyess.. memang hadiah tu COMEL..tersenyum lebar



Terima Kasih pada Kak Fizah.. seorang sahabat yg jauh dimata tapi dekat dihati. Kenal ketika berada di ILP Kuala Lumpur satu tika dahulu. Sekarang nih aku kira sudah berjaya menjadi Grafik Designer yang berjaya. Tidak seperti aku yang hanya punya Sijil Grafik Designer sahaja keh keh keh


Memang cantek dan sweet sangat hasil kerja Kak Fizah
Rindu dengan semua kenangan yg pernah kita cipta dahulu
Entah bila dapat kita bersua muka lagi???



Terima Kasih padamu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim kerana mengurniakan aku zuriat lagi. Tika harijadi aku kali nih, badan rasa macam tak sedap jer, mual2 dan muntah baru saja bermula. Nafsu makan pun berkurangan dan seakan2 langsung tiada. Jadinya, kek kaler koko bunga2 yg kat atas tuh.. lamanya nak dihabeskan sehingga keras cam batu duk lam peti ais hakhak.

Hadiah ini memang sangat2 tak ternilai harganya berbanding segala harta dunia. Mudah2 an akan menjadi anak soleh @ solehah yang akan mendoakan aku disatu hari nanti insyaAllah...







Related Posts with Thumbnails