Pages

Wednesday, December 4, 2013

PERASAN TAK??



Assalamualaikum w.b.t.....



Gambar pinjam drp pakcik Google.TQ



PERASAN TAK?...

Duit RM 50 kelihatan begitu besar bila di bawa ke kotak derma masjid,
Tapi begitu kecil bila di bawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya...

PERASAN TAK?...

30 minit terasa begitu lama untuk berzikir,
Tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...

PERASAN TAK?...

Betapa lamanya 2 jam berada di masjid,
Tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung...

PERASAN TAK?...

Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat,
Tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan...

PERASAN TAK?...

Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak,
Tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan panjang...

PERASAN TAK?...

Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja,
Tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah...

PERASAN TAK?...

Orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert,
Tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar...

# Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak boleh kembali :

1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan

# Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorang :

1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam

# Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :

1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

# Ada 3 Hal yang paling berharga :

1. Kasih sayang
2. Cinta
3. Kebaikan

# Ada 3 Hal dalam hidup yg tidak pernah pasti :

1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi

# Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorang :

1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

# Ada 3 Hal yang membuat kita sucsess :

1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus

# Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :

1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yang PASTI...

1. Tua
2. Sakit
3. Kematian....


Jari Menaip :


Kata2 yg tercatat, aku copy drp wasap chat.Ianya sekadar peringatan pada diri sendiri agar tidak terus lupa akan hakikat hidup yg sebenarnya :)








Monday, November 11, 2013

Hepi Besday Zahin...


Assalamualaikum...




Dia.. anak lelaki pertama yg ku punya,

Dia.. anak lelaki yg sgt cengeng mengalahkan Batrisyia dan Safiyya,

Dia.. seorang abg yg sangat penyayang n bertanggungjawab

Dia.. yg lahirnya pada 11 Nov.. 5 tahun yg lalu..

Dia.. Khairin Zahin Bin Khairul Anuar...

Untuk Dia... Selamat Hari lahir Sayang..

Moga jadi anak yg baik buat ibu ayah. Moga menjadi anak yg berjaya dunia dan akhirat.

Cayang Abg zahin forever :)












Wednesday, August 28, 2013

Alkisah Minyak Kereta


Assalamualaikum semua....

Fuhhhhhh... Fuhhhhhh.... Fuhhhhhhh... tiup habuk sket..
Dah lama tak menulis kat sini.. dah bersawang dan berhabuk dah haaa my blog :)

Hari ni nak citer...
PENGALAMAN PERTAMA AKU MENGISI MINYAK KERETA
Oleh kerana Pengalaman Pertama, nak lah aku abadikannya kat sini hehe
Wat kenangan kata orang miahahaha aci gitu?? ^___^


pakcik Google, ai pinjam gambo ni yek.TQ =D


Pagi tadi dapat mesej drp Cik Suami..
Suruh aku gi ambik Batrisyia kat sekolah tengahari nanti
Katanya nak gi Ganu melawat ibu teman sekerjanya meninggal (Innalillahiwainnailaihirojiun)
Malam kot baru sampai ke rumah semula

Bila dapat mesej tu, terus aku teringat perbualan semalam....

"Minyak kereta ada lagi ke?"

"Tinggal sikit je lagi"

"Dah naik alarm belum?" (mwahahaha bagus punya soalan kan?)

"Tak lagi... kottt" (jawapan selamat bila lupa nak tengok hihi)

"Gi lah isi minyak kat Caltex depan tu"

"Malas lah, dok reti.. abang lah gi isi"

"Hermmm, gitu lah... doh bila nok pandai isi kalau tak cuba"


Dan hari ini...
Cik suami suruh aku gi isi sendiri minyak kereta
Huhuhuhu takkkoooootttttt...
Tak pernah isi sebelum nih... :(

Aku memang dah lama bawak motor ngan kereta
Cuma, selama bertahun2 aku duk merempit ngan motor dan kereta tu,
Bila gi isi minyak... ada yg tolong isikan...
Dulu2 (belum kawen), masa kat Ganu... ada pekerja pam minyak yg tolong isikan minyak dalam tangki motor kereta
Aku just buka penutup minyak dan bayar ajer
Keje2 masukkan minyak lam tangki adalah tugas pekerja pam minyak disitu
Aduhaiiii...

Tadi Cik Suami sempat call dan mempermainkan aku...
Katanya..

"Gi Caltex, parking tepi pam"

"Tengok no pam kat atas kepala tu"

"Gi bayor"

"Buka penutup minyak"

"Angkat noozle tu, masukkan dalam lubang tangki"

"Tekan dan tunggu hingga habis minyak tu di pam" (Dorang dah setting berapa hinggit yg nak)

"Keluarkan nozzle dan simpan tempat asal"

"Tutup semula lah tangki minyak tu.... siapppp"

Soalan aku...
"Nak kena bunyi kreek kreeek ke penutup tangki tu??" mwahahahaha soalan seorang ibu yg jakun

"Ahahahahahahaha suka hati lah nok bunyi kreek kreeek ke tak"


Kul 12 Tengahari gi ambik zahin dulu,
Pastu gi Caltex... memang berdebar gilerrrr masa tu
Terketar2 tangan pegang nozzle minyak huhuhu
Nasib baik semuanya BERES dengan jayanya
Alhamdulillah akhirnya aku berjaya mengisi minyak kereta yahoooooo!!!!!
^________________^

Rasa bangga ngan diri sendiri jap bila pulas kunci kereta,
Jarum minyak bergerak naik ke atas heheheheehhehe



Nota Jari Runcing : Lain kali kena cuba lagi isi minyak biar rasa takut tu hilang... seperti mana aku fobia nok bawak kereta setelah lama menjadi 'MEM BESAR'.... ^_____________________^




Wednesday, July 17, 2013

Kerongsang & Butang Baju Melayu Mutiara Sabah Untuk Dijual


Assalamualaikum..

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang,

Saya ada koleksi Brooch & Butang Baju Melayu Mutiara Sabah untuk dijual

Harga mampu milik saya kira..

RM 12.90 SAHAJA untuk 1 SET Brooch & Butang Baju Melayu

dan saya dengan baik hatinya nak kasi korang...

>>PERCUMA<<
1 Uncang Kain Tema Bunga untuk Brooch
1 Uncang Kain Tema Kereta Herbie untuk Butang Melayu
(Kos penghantaran tak termasuk hokey)

Nanti boleh la korang bergaya sakan di pagi raya kannnn :)
Nak nak lagi dengan uncang kain kapas yang ada gambo gitu...
Selamat la brooch ngan butang melayu korang duk dalam tu...
Gebu ajer hahaha

Stok adalah TERHAD yep..
Siapa cepat dia dapat!!!
























Ini antara koleksi uncang percuma yang aku nak kasi korang..
ada 3 warna bunga tuk korang pilih
dan 3 warna kereta jugak tuk korag pilih

Jom lah dapatkan SEKARANG!!!
tepuk tangantersenyum lebar



BERMINAT???

Korang boleh SMS/Call : 012 9229675 (Puan Yana)
Guna Mail pun boleh... myvipink82@gmail.com






 Testing Market dulu, jadi hanya yang lam gambo ni aje yang ada.. Time kasih :)









Friday, May 31, 2013

4 Permintaan Rasulullah SAW pada Siti Aisyah Sebelum Tidur


Assalamualaikum wbt...

Tazkirah Hari Jumaat yang mulia :)

Sumber : Blog Peribadi Rasulullah SAW




~ Empat Amalan Sebelum Tidur ~

Rasulullah SAW berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat
3. Sebelum para muslimin meridhai engkau
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah “

Bertanya siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “

Rasul tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur , membacalah surat al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran

" Bismillaahirrohmaan irrohiim,
' Qulhuallaahu ahad’ Allaahushshamad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) "

2. "Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat “

" Bismillaahirrahmaan irrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa Muhammad wa’alaa aalii Muhammad ( 3x ) "

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meridhai engkau

" Astaghfirullaahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih (3x )"

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah

" Bismillaahirrahmaan irrahiim, Subhanallaahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallaahu allaahu akbar ( 3x )"


(Tafsir Haqqi)







Sunday, May 12, 2013

5 Golongan Yg Terlindung Drp Kepanasan Di PADANG MAHSYAR


Assalamualaikum...

Nak kongsi kan ini.....




5 orang yang akan dilindungi oleh ALLAH dari cuaca yang panas di PADANG MAHSYAR :
1. Orang yang sering solat

2. Orang yang sering mengaji Al-Quran
3. Orang yang sering bersedekah
4. Orang yang jauh dari melakukan maksiat
5. Orang yang menangis kerana dosa


Sumber : Blog Peribadi Rasulullah...






Saturday, May 11, 2013

Selamat Hari Lahir Batrisyia....


Selamat Hari Lahir anak ibu....

KHAIRINA BATRISYIA..

Hari ni umur Batrisyia dah masuk 7 Tahun. Dah besar dah anak ibu. Sekejap jer rasanya :)
Pejam celik pejam celik, Batrisyia dah pun setengah tahun masuk darjah satu
Alhamdulillah, dah pun pandai membaca biarpun masa awal2 masuk darjah satu dulu.. tak mahir baca lagi.. lintang pukang laginya mengeja haha
Kiranya cepat gak la dia dapat tangkap pe yg cikgu ajar..
Ikut genetik ayahnya kottt hehe campur ngan genetik ibunya jugak yep :D


Hari pertama Batrisyia gi skool
dah dapat sebeban buku teks :)



Bestnya main pasir
@ lagoon Masjid Terapung



Teman Batrisyia bermain dan bergaduh ler ning
Dak Zahin nih cam tidor jer mik gambo kan..
Maklum ler di tengah panas membahang duk snap gambo keh3
Sian anak2 ibu hehe




Ini ibu, dan adik2 yang saya SAYANG
Biarpun ibu slalu marah2 saya,
Tapi saya tahu...
Ibu marah saya sebab dia Sayanggggg sangat ngan saya :)
Ibu nak saya jadi orang yang baik :D



Untuk anak ibu...
Semoga jadi anak yang baik dan berjaya dunia dan akhirat
Semoga panjang umur dan sihat sokmo
Ibu SAYANG Batrisyia dunia dan akhirat... hanya Batrisyia dan adik2 harta berharga yang ibu ada (menaip dengan lelehan air mata di pipi... tacing sangat sob3)




Memori sewaktu melahirkan Batrisyia bermain2 di mata saat n3 ini ditulis... melahirkan Batrisyia tanpa suami di sisi... dah lah anak sulung huhuhu... sedih angatttttt


Monday, February 25, 2013

5 Zaman Yg Akan Dilalui Umat Muhammad SAW


Assalamualaikum...

Nak kongsikan ini....

Renung2 kan... dan Selamat Beramal :)





Sumber : Blog Peribadi Rasulullah











Sunday, February 24, 2013

Sebab Malaikat Mikail Tidak Pernah Ketawa


Fuh Fuh Fuhhhhh.... tiup habuk dulu :)
Dah berhabuk sangat blog ni, maklum la dah lama tak berhapdet hehe

Assalamualaikum semua...

Dah lama tak update blog Adam & Hawa nih
Sibuk sikit semenjak kelahiran baby ku yang ke-3, KHAIRINA SAFIYYA
Alhamdulillah, Safiyya skrang dah berusia 7 bulan

Masa yang ada tersangat la terhad untuk ku menghapdet belog... campur pulak ngan rasa malas yang meluap2 untuk menekan keypad komputer. Itu yang sampai berbulan2 blog Adam & Hawa ni cam tak bertuan jer hehe

Pagi nih, rasa teruja lak nak hapdet blog...
Bila hati dan jiwaku rasa tersentap kejap, baca kenyataan dan hakikat ini...
Rasa nak nanges pun ada gak huhu

Jom kita tengok dan menghayatinya....








Sumber : BLOG PERIBADI RASULULLAH


 

Related Posts with Thumbnails