Pages

Thursday, June 14, 2012

Petua Hilangkan Kejang Kaki Masa Mengandung

Hermmm dah lama tak menulis kat blog nih. RINDUUUUU.... tapi malas nak menekan keyboard komputer hehe..

Untuk hari ni, rasa cam nak kongsi sesuatu ngan kawan2 yang sudi bertandang kat sini...

Alhamdulillah.... kandunganku skarang nih dah masuk minggu ke-36.. so, skarang tengah berdebar menantikan kelahiran baby... harap semuanya berjalan dengan lancar, selamat dan sihat ibu ngan baby..

Kebiasaannya, wanita mengandung pasti akan merasai kekejangan kaki.. biasanya rasa kejang tu akan dirasai di sebelah malam hari time kita tidur...

Untuk anak yang ke-3 ni, kekejangan kaki yang aku alami tersangat la kurang. Dalam 2 minggu hanya sekali sahaja kekejangan kaki itu berlaku. Tak seperti kehamilan sebelum nih... teramat la kerap kejang kaki yang aku alami... sakitttt pehhhh... memang tak leh citer r... lama lak tu nak hilang rasa sakit kat betis tu...

Alhamdulillah sangat2... Maybe, setiap hari aku telan pil kalsium yang dibekalkan doktor kot... susu memang aku tak leh telan untuk kehamilan anak ke-3 ni.. akan keluar balik bila minum huhu.. harapkan pil kalsium ajelah tuk kali ni.


Ehsan gambar : Google... TQ yep!!


Hokey, ni nak kasi Petua Hilangkan Kejang Kaki...
Masa korang kena kejang kaki tu, terus tarik semua jari kaki untuk menegangkan tapak kaki.. kalo cik abang ada, terus suruh dia tekan tapak kaki korang biar rasa kejang tu menghilang.. InsyaAllah... rasa sakit kat betis tu akan beransur2 hilang dengan pantas... cubalah...









Tuesday, February 14, 2012

Bercuti 2 Hari 1 Malam di Hospital Al-Farabi

Tanggal 05 Disember 2011, telah terciptanya satu sejarah dalam hidup aku... Rasanya ini adalah pengalaman pahit manis yg tak dapat aku lupakan selagi hayat dikandung badan..

Pengalaman pertama untuk aku setelah 2 kali kehamilan sebelum ini. Kehamilan yg ke-3 ini telah membawa aku untuk bercuti di Hospital Al-Farabi selama 2 hari 1 malam kerana alahan yang terlampau teruk.


Tanganku yg di pasang jarum dan wayar air
Hampir lebur tanganku bila jarum yg dicucuk susah utk masuk dlm salur darah
Kata doktor, salur darahku jenis yg liar (x tetap kedudukannya)



Pada 04 Dis tu.. daripada pagi hingga ke malam aku duk muntah ajer. Minum air muntah, makan biskut muntah. Bila dah semua yg aku makan dan minum itu keluar balik... apa lagi yg tinggal dlm perutku ini??? Cuba korang bayangkan... memang hari tu takde tenaga langsung utk bergerak. Hanya yang mampu aku buat hanyalah terbaring di sofa sambi menangis huhuhu sedih wooo!!

Nasib lah si Batrisyia dan Zahin hanya sibuk bermain. Mereka mengerti kot yg Ibu mereka sedang sakit. Terima kasih anak2 ku kerana mengerti keadaan Ibu yang tak berdaya waktu tu.

Kesudahannya, pada 05hb tu aku mintak Cik Asben hantarkan aku ke Klinik Al-Farabi. Memang aku dengan rela hatinya hendak masuk spital dan masukkan air dlm badan aku yg dah kering kontang nih.. Memang dah tak larat sangat dah masa tu.. tenaga dah zero sangat, tapi terpaksa gagahkan jugak diri utk melangkah ke klinik. Itu lah namanya pengorbanan kan???.. Semoga pengorbanan aku ini dihargai oleh Cik Asben biarpun rasanya tidak lah sebesar mana.


Sempat gak habes 4 botol air


Akhirnya, selamat jugak 4 botol air  masuk ke dalam badanku. Rasa sedikit segar dan bertenaga biarpun tidak segagah biasa. Tapi cukuplah buat bertahan seminggu dua kan hehe.. ehh korang percaya ker kalau masuk air 4 botol tu boleh sihat hingga seminggu dua??? karut aje kan...

Kalo korang nak tahu.. 2,3 hari pas kuar spital tu aku masih lagi jadi penunggu sofa yang setia hahaha.. hanya terbaring, terlentang, tergolek aje kat atas sofa tu cam takut sofa tu lari tinggalkan aku kihkihkih. Sabor ajelah kan.. itulah yang dinamakan kerenah ibu mengandung.


Lihatlah diriku yang cengkung ini..
Dalam masa sebulan sahaja beratku dah hilang 3 kg
Rasa kecik jer muka bila pakai tudung hakhak
Tapi sempat lagi ikut Cik Asben pegi kursus kat Nilai keh3
Bejalan punya pasal aku rela biarpun tak berdaya tersenyum lebar
*Gambo nih Batrisyia yg tolong amikkan..ada seni x?hehe




 Masa mengandungkan Batrisyia dan Zahin, aku jugak alami alahan cuma ianya tidaklah seteruk kali yg ke-3 ini. Hingga tak boleh makan dan minum langsung huhu..




Wednesday, February 8, 2012

40 Minggu Yang Mendebarkan..

1 Disember 2011, detik manis yang tak dapat aku lupa. Setelah merasa tidak sedap badan, mual dan nak muntah. Aku mengajak Cik Asben ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Kat dalam hati dah terdetik "agaknya aku ni nak dapat baby lagi tak???". Sementelah itulah yang aku dan Cik Asben harap2 kan tersenyum lebar


Ehsan gambar : Google



Untuk kepastian, aku ke Klinik Al-Farabi untuk buat ujian air kencing. Dan Alhamdulillah, keputusannya positif. Masa tu kandunganku baru berusia 8 Minggu 5 Hari. Bersyukur tak terhingga rasanya. Sebab memang dah target nak ada baby baru dalam tahun 2012 nih hehehe. Jadi bermulalah 40 Minggu yang mendebarkan untuk aku tempohi..

Yang kalutnya pulak.. tarikh jangkaan bersalin adalah pada 09 Julai 2012 huhuhu.. sadisnya rasa bila memikirkan akan berpantang di Bulan Ramadhan memandangkan kita semua umat Islam akan mula berpuasa pada pertengahan bulan Julai nanti. Maknanya, aku tidak akan berpeluang untuk berpuasa sepertimana orang lain uwaaaaa dan dan dan aku akan berganti puasa selama sebulan jugak menangiscemas

Hermm nak buat macamana.. terima ajelah ketentuan Allah dengan tabah dan senang hati. Dan tiap kali berdoa.. aku mengharapkan akan bersalin pada pertengahan atau hujung bulan Jun.. hihi.. sebabnya aritu.. doktor kata maybe anak ke-3 aku nih akan lahir dalam 37 minggu macam tu. Dan aku berharap sesangat dapat menjalani ibadah puasa biarpun hanya 2,3 hari..

Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah selama 40 Minggu kehamilan ini.. dan semuanya selamat dan sihat2 belaka.. doakan aku yek kawan2 cium daaaaa











Monday, February 6, 2012

Hadiah yang tak ternilai buatku..

Bertarikh 25 November 2011, adalah harijadi aku yg ke-29. Alhamdulillah atas segala rahmat dan nikmat yg telah Allah berikan pada aku selama ini... punya keluarga yg bahagia dan anak2 yg menyenangkan hati serta memeningkan kepala hakhak (kadang2).


Setiap tahun, Ibu akan berkongsi kek harijadi dengan Zahin
Kerana kami lahir di bulan yg sama, November



Rasanya, tahun nih aku menerima 3 hadiah yang tak ternilai harganya...

Terima Kasih pada Cik Suami yg dikasihi, atas kejutan yang telah dibuat. Memang tak sangka sesangat bila turun aje pagi tu.. telah tersedia satu bungkusan hadiah yang comel di atas meja makan. Tak tau macamana nak cerita.. betapa aku rasa sangat terharu dan gembira hingga menitiskan airmata haha


Apa ada dalam tu yek???
haha RAHSIA!!
Tapi siyess.. memang hadiah tu COMEL..tersenyum lebar



Terima Kasih pada Kak Fizah.. seorang sahabat yg jauh dimata tapi dekat dihati. Kenal ketika berada di ILP Kuala Lumpur satu tika dahulu. Sekarang nih aku kira sudah berjaya menjadi Grafik Designer yang berjaya. Tidak seperti aku yang hanya punya Sijil Grafik Designer sahaja keh keh keh


Memang cantek dan sweet sangat hasil kerja Kak Fizah
Rindu dengan semua kenangan yg pernah kita cipta dahulu
Entah bila dapat kita bersua muka lagi???



Terima Kasih padamu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim kerana mengurniakan aku zuriat lagi. Tika harijadi aku kali nih, badan rasa macam tak sedap jer, mual2 dan muntah baru saja bermula. Nafsu makan pun berkurangan dan seakan2 langsung tiada. Jadinya, kek kaler koko bunga2 yg kat atas tuh.. lamanya nak dihabeskan sehingga keras cam batu duk lam peti ais hakhak.

Hadiah ini memang sangat2 tak ternilai harganya berbanding segala harta dunia. Mudah2 an akan menjadi anak soleh @ solehah yang akan mendoakan aku disatu hari nanti insyaAllah...







Saturday, January 28, 2012

Ada sape2 yg RINDU kat saya tak???

Bulan Januari Tahun 2012 bakal berakhir dua tiga hari lagi. Sekejap benar rasanya masa bergerak. Pejam celik-pejam celik dah pun nak masuk bulan kedua di tahun baru.

Ini adalah entry pertama yg aku tulis untuk tahun baru ini. Rindu sangat2 nak menulis. Alhamdulillah.. kesihatan aku semakin beransur baik. Moga2 'sakit' itu akan berakhir dlm seminggu dua ni.. ataupun dua tiga hari ini.Tak larat dah rasanya huhu

Hermm dah lama blog ni tade entry baru..agak2 ada lagi ke teman2, sahabat2 maya yg nak menyinggah kat sini?? Rasanya ada yg tersesat aje kot yg singgah kat sini.. hahaha. Tak pe la.. janji ada gak yg singgah kat sini biarpun hanya sekejap.

Okey lah.. pada sahabat maya yg sudi singgah kat sini biarpun tersesat.. aku ucapkan ribuan Terima Kasih kerana masih sudi berhenti di blog yg tak seberapa nih. Aku sgt2 hargai diri kalian biarpun hanya di alam maya tersenyum lebar.. adiossss










Related Posts with Thumbnails