Pages

Friday, December 31, 2010

Jam Loceng Oh Jam Loceng

Semenjak Batrisyia tahu yang dia akan dihantar kesekolah..kerap benar telinga ibu ni di sapa ngan permintaannya..

" Ayah, beli la jam loceng kat Tisya "

Rasa nak tergelak pun ada bila dia buat permintaan camtu pada ayahnya keh3. Bukannya apa, rasa cam tak caya jer bila dia gitau akan bangun bila jam loceng tu berbunyi...Betul ker??? ntah2 jam loceng tu sekadar jadi bahan mainan semata.Bila berbunyi pun ibu yang tutupkan, bukannya si Batrisyia.Tuan jam loceng tu hihi

Dan setelah berminggu2 mintak dibelikan jam loceng, akhirnya hasrat Batrisyia itu tertunai jua.Masuk hari ni dah 3 hari Batrisyia jadi tuan pada jam loceng Hello Kitty Color Pink tu.



Jam Loceng Hello Kitty Batrisyia


Semenjak 'Hello Kitty' tu dibeli, pagi Batrisyia pasti dikejutkan olehnya.Cumanya tuan 'Hello Kitty' belum penah skali pun lagi bangun dan menutup suis alarm 'Hello Kitty' tu mwahahahahak.

Kan dah kata dah, ibu jugak yang tolong tutupkan suis alarm 'Hello Kitty' tu hahaha.Bila ayahnya tanya..

" Tisya bangun tak pagi tadi bila jam loceng berbunyi? "

" Tak.Tak bunyi pun jam loceng tu, ayah "

Ekekeke ada ke patut jam pulak yang disalahkan.Padahal dia tu yang tidur tak berkutik eheheh..puas dikejutkan pun masih gak tak bangun.Hurmm, tu la tidur lambat sangat.Pasni, kena belajar tidur awal pulak.Baru la bulih bangun awal sengihnampakgigi



" Ni la dia jam loceng Batrisyia.."
" Baru beli ni " sengihnampakgigi



Hello Kitty Tisya ada lampu..
(Tapi tersuluh kebawah pulak eheheh sowiiii.. )




Adik Zahin pun nak posing ngan Kak Long jugak..
" Okey, Senyum..."
Eh nape lak Zahin tu tutup telinga hihi
Ada2 aje la dak Zahin nih sengihnampakgigi







Thursday, December 30, 2010

Excited Nak Gi Skolah

Pejam celik-pejam celik, dah pun tinggal beberapa hari aje lagi Tahun 2010.Hurmm sekejap aje kan? dah pun nak masuk Tahun 2011.Rasanya, masih ada lagi IMPIAN aku yang masih belum terlaksana huhu sadis + sedih sungguh :puppyeyes: (harapnya Tahun 2011 nanti akan memberi aku peluang melaksanakan apa yang belum terlaksana)

Menginjak Tahun 2011, akan genaplah umur Batrisyia 5 Tahun.Hajat kami, ibu dan ayah nak hantar Batrisyia masuk sekolah bila umurnya 5 Tahun.Nak bagi dia kenal alam persekolahan dan berkawan dulu la.Nanti tak ler terkejut sangat kan..

Sejak awal cuti skolah aritu, kami sibuk mencari sekolah untuk Batrisyia.Tapi lepas di timbang baik dan buruknya keadaan skarang nih.Kami sepakat nak hantar Batrisyia ke PASTI AL-AMAN (Pusat Asuhan Tunas Islam).Nak bagi dia tahu pasal doa,surah-suruh pendek,cara semayang dan serba sedikit tentang Islam.

Opss korang jangan kata,aku tak ajar si Batrisyia tentang solat pe tu semua okey hihi...cumanya anak2 ni memang susah nak ikut kalo yang mengajar tu adalah ibu ayah dorang.Bila diajar, dorang cam blur gitu..tak tahu la, dorang susah nak paham apa yang aku ajar atau aku yang tak tahu mengajar keh3.Macamana pun, nak kena cikgu jugak yang mengajar baru la dorang nak ikut agaknya.

Jom layan gambo Batrisyia yang tak sabar nak bersekolah.



Duk menggalas beg skolah kesana kemari
Excited nak gi skolah la katakan sengihnampakgigi



Posing ngan beg skolah sket kenyit



Posing ala model la pulak kenyit


Dak tecik Zahin ni pun nak menyebok jugak..



Sebok jugak Dak Zahin tu nak kendong beg skolah
Bila tengok Batrisyia kesana kemari ngan begnya.
Nasib gak ada beg yang nenek dia bagi hihi
Kalo tak mesti nak kena pi beli untuk Zahin jugak huhu
Peace No War!! sengihnampakgigi




"Nanti kita gi skolah sama2 ye dik.."
"Cayang adik muahhh"




"Yippi!!Sonoknya nak gi skolah.."




Nak tayang beg skolah Tisya ngan Zahin ler eheheh
Si Batrisyia ni memang hantu pink
Segala menda nak yang color pink aduhaii..








Kita tengok aje la nanti kerenah Batrisyia time bersekolah..bimbang bila dah masuk skolah..asyik nak ponteng pulak..hurmmm pening gak mikir.Pape pun harap dia tak culas la nak gi skolah..






Friday, December 24, 2010

RESEPI TART TELUR

Petang ni nak balik kampung....
Yehaaaaa seronoknya..sengihnampakgigi



Semalam, sempat ler buat TART TELUR ni.. permintaan dari ibundaku sengihnampakgigi
Hokey,
Tanpa melengahkan masa..Jom kita tengok resepinya..
Resepi ni amik dari DAPUR TANPA SEMPADAN dan HOME SWEET HOME


Bahan2 Sweet Pastry (36 biji)

* 200 g Mentega
* 100 g Gula Aising (ku blender gula biasa aje)
* 1/4 sudu teh Esen Vanilla (sy x letak)
* 1 biji Telur
* 420 g Tepung Gandum      }disatukan dan
* 1 sudu besar Susu Tepung } gaul rata


Bahan Filling Kastard

*  1 cawan Susu Cair
* 4 biji Telur
* 1 cawan Gula
* 1 cawan Air Biasa
* 1 sudu besar Tepung Kastard
* 1/2 sudu teh Aising Vanilla
* Sedikit Pewarna Kuning


Cara-cara :

* Untuk Pastry

1 - Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, tak payah kembang.
2 - Masukkan telur, putar lagi hingga sebati.
3 - Masukkan tepung gandum yang dah digaulkan dengan susu tepung tadi, sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.
4 - Rehatkan doh selama 20 minit.
5 - Ambik sedikit doh tadi, tekan dalam acuan tart, kemaskan dan buat hingga siap. Susun dalam dulang pembakar dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190 darjah selama 10 minit. Keluar dan sejukkan.(kuletak 130 darjah sahaja).


* Untuk Filling Kastard

1 - Bancuh rata bahan kastard, kemudian tapis. Masukkan dalam jug air bermuncung. Sementara itu bakar kulit tart tadi selama 10 minit dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190 darjah (kuletak 130 darjah sahaja).

2 - Keluarkan kulit tart dari oven, tuang bancuhan kastard hingga penuh dan sambung membakar selama 20 minit lagi atau hingga permukaan kastard membeku.


Kulit tart yang dah siap dibakar dan tunggu masa nak letak filling aje  sengihnampakgigi



Ku guna acuan kulit tart cenggini
Dah try guna acuan tart yg sebenar tapi tetap tak menjadi huhu
Tapi tak pe..janji jadi ye tak??? sengihnampakgigi

Hokey,
SELAMAT MENCUBA!!

:bye::bye::bye:






Thursday, December 23, 2010

AKU dan PAP SMEAR

Rentetan dari cerita  Kawanku dan Kanser Ovari..

Hokey,
Jom baca definisi Pap Smear dulu..

APAKAH PAP SMEAR

Pap Smear adalah ujian yang dijalankan melalui kaedah mengambil sampel atau calitan dari serviks.Pap Smear adalah ujian yang sangat mudah dan tidak menyakitkan.Ianya boleh dilakukan di mana-mana klinik yang mempunyai peralatan Ujian Pap Smear. Ianya tidak memerlukan bius dan pengambilan pap smear cuma memakan masa 2-3 minit sahaja. 

Dah tahu maksud Pap Smear??
Jom baca kisah ni pulak  sengihnampakgigi

Dek kerana rasa takut dan bimbang ngan diri sendiri..mana la tau kot2 kan.. (takut nak sebut perkataan tu..uwaaaa)
Di hari minggu yang lalu.. saya telah pun menjalani Ujian Pap Smear.
Rasanya dah lama tak buat...last skali check masa belum mengandungkan Zahin. Sekarang dak Zahin pun dah masuk umur 2 Tahun lebih.Mmmm lama dah tu.

Masa sampai kat klinik tu..menggeletar kaki nih hihi..bukan pe takut gak nak buat Ujian Pap Smear tu.SAKIT tahu uhuhu..tapi tetap menabahkan diri sendiri dan pikir..wink wink

* Sekejap jer nih buat ujian tu
* Eleh, sakit nak bersalin lagi dahsyat dari sakit ujian tu
* Pikir demi masa depanmu dan anak2 Yana oitttt
* Alaa.. sikit jer tu..tak de apa lah!

Ahahaha macam2 yang ada dalam pikiran nih..nak2 lagik yang bertanduk tu pun turut menghasut hati yang sedang berpecah belah, ragu2 dan tak yakin tu..

Rasa terdesak nak kena buat Ujian Pap Smear tu jugak kerana kekadang ada gak sakit perut memulas hingga ke belakang pinggang..ingatkan nak mai uzur..tapi tunggu punya tunggu tak datang jugak..Tu yang rasa terpanggil nak check jugak tu.Bukannya mintak ada penyakit merbahaya tu, cuma nak tau la keadaan diri sendiri ni kan..apa orang kata.. " Sediakan payung Sebelum hujan "




* pic dari Google.TQ

Ni la alat2 yang digunakan masa Ujian Pap Smear tu
Tang besi tu yang rasa gerun sakan tuh uhuk3 


Alhamdulillah,
Masa scan perut, kata doktor tade pape yang pelik kelihatan kat situ..So, skarang ni duk tengah berdebar tunggu result Pap Smear tu aje la.Harap2 tade yang pelik2 belaku pada diriku ini..Kata doktor, resultnya akan keluar dalam masa 2 minggu.Kita tengok aje la nanti cemana  sengihnampakgigi

Ya Allah,
Kau jauhkanlah sesuatu penyakit yang berbahaya pada diriku,anak2 ku, suamiku dan seluruh ahli keluargaku.Amin.

Saya dah buat Ujian Pap Smear..Korang dah buat??? (soalan ditujukan buat wanita sahaja yek kikiki)




Wednesday, December 22, 2010

KawanKu dan Kanser Ovari

Sambungan dari entry..

TENTANG KANSER OVARI


Pic dari Google.TQ


Kenapa hari ni aku bercerita pasal Kanser Ovari??
Sebabnya...
Seorang temanku, berusia awal 30-an baru jer selesai membuat pembedahan membuang OVARI kerana menghidap Kanser Ovari di tahap kritikal..memang dah tak leh di selamatkan lagi kilang telur itu..:phonecry::phonecry: (aku sebagai wanita dan ibu turut merasa sedih jugak)

Sempat aku berkunjung ke rumahnya 2 hari lepas,
Demi melihat dia yang ku panggil Kak Yana...rasa sebak bermukim jugak di lubuk hatiku..
Melihat dia yg lemah...
Mendengar ceritanya yg kini berada dlm situasi agak tertekan...
Kurang selera makan saat teringat pada anak2 dan hakikat kematian...
Aku rasa nak meraung disitu jugak mendengar ceritanya uwaaaaaa..
Tapi bila pikir aku kena bagi semangat pada dia..
Aku tabahkan hati..
Tak mau la buat dia lagi sedih..kan..

Rezekinya hanya setakat 3 orang zuriat..2 perempuan dan seorang lelaki..
Alhamdulillah.. ada perempuan dan lelaki..tak ler ralat sangat kot...

Banyak cerita yang dikongsikan denganku..

* Di awalnya, dia hanya sakit perut macam senggugut sahaja.Walhal sebelum tu dia tak pernah mengalami senggugut bila nak mai uzur..tapi rasa senggugut tu kekadang memulas2 dan sakit hingga ke pinggang macam orang nak melahirkan anak..Masa tu, dia hanya makan ubat dan sakit tu beransur2 hilang.

* Sakit tu sentiasa berulang2...dia hanya makan ubat sahaja tanpa ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.. sebab katanya, setiap bulan haidnya tak penah miss..sentiasa datang tetiap bulan..(korang kalau sakit cam ni..terus gi check okey)

* Last skali, rasa sakit tu datang pas hari raya puasa hari tu.. rasa sakit tu makin kerap berulang...rasa sakitnya tu tak usah cerita la..lebih dari rasa sakit nak bersalin.... (wanita yang dah jadi ibu tau la rasanya cemana ek)..ditambah lagi ngan rasa 'medu' (bahasa Ganu,aku tak tau org luar panggil apa)... dia sentiasa sendawa dan rasa perut, dada penuh dengan angin..

* Bila dah tak larat nak menanggung sakit perut tu, baru lah dia ke klinik.. buat ujian Pap Smear ngan scan perut..

* Untuk pengetahuan korang..KANSER OVARI ini memang tak dapat dikesan ngan UJIAN PAP SMEAR! Harap Maklum...

* Masa scan perut tu la.. baru dapat lihat mende yang tak normal pada ovari. Memang dapat kesan ovari yang membesar lebih dari biasa...so doktor klinik swasta terus bagi surat tuk rujuk pada pakar..

* Bila gi buat CT SCAN kat klinik pakar,baru la dapat tau Kak Yana ada KANSER OVARI TAHAP KRITIKAL...memang tak dapat diselamatkan lagi ovari tu huhu..

* Pastu terus buat appoinment ngan hospital besar..dan pada 2 Disember lalu, telah berlangsungnya pembedahan membuang organ penting bagi wanita itu selama 4 jam..

* Sekarang ni, Kak Yana kena sentiasa berulang alik ke hospital bagi memantau keadaan kanser yang dihidapinya itu..mana la tau kot2 dah melarat ke organ lain..

Doaku..
Semoga Kak Yana akan cepat sembuh..
Semoga tabah selalu demi anak2 tersayang dan keluarga tercinta.. Amin







Tika entry ni ditulis.. Kak Yana dah pun pulang ke kampung..berehat disana =D




Tentang Kanser Ovari

Korang tau apa itu Kanser Ovari dan simptom2 nya???

Jom baca citer aku pasal Kanser Ovari ni.. Sekadar panduan, renungan dan pengetahuan pada wanita2 diluar sana...


Pic dari Google.TQ


DEFINISI OVARI

Ovari adalah organ penting dalam peranakan wanita. Ia mempunyai dua tugas penting;

1- Mengeluarkan telor/benih setiap bulan untuk kesuburan wanita.
2- Mengeluarkan hormon ‘estrogen’ dan ‘progesterone’ yang penting untuk sifat sifat kewanitaan, kejelitaan dan keghairahan seks.

TENTANG KANSER OVARI

Kanser Ovari adalah salah satu kanser reproduktif wanita yang paling merbahaya dan sukar dirawat. Kanser Ovari adalah kanser organ reproduktif yang ketiga paling kerap berlaku di negara kita. Mengikut statistik  yang dikeluarkan oleh "Malaysian National Cancer Registry 2003", sejumlah 498 kes Kanser Ovari telah dilaporkan di Semenanjung Malaysia dan jumlah sebenar kes Kanser Ovari di Malaysia sebenarnya jauh lebih besar dari angka ini.

Di antara kanser organ reproduktif wanita, kanser Ovari merupakan kanser yang paling sukar di kesan dan mempunyai kadar kematian yang tinggi. Ini disebabkan oleh kesukaran mengesan kanser ini pada peringkat awal dan tidak ada kaedah pencegahan yang berkesan. Pesakit sering datang lewat untuk menerima rawatan dan pada ketika itu rawatan adalah sukar dan kurang berkesan. << Sumber >>

Kanser Ovari sering berlaku di kalangan wanita yang berumur lebih dari 40 tahun. Hampir 50% daripada wanita yang menghidap Kanser Ovari adalah berumur lebih dari 65 tahun. Di negara-negara Barat, insiden kes Kanser Ovari adalah paling tinggi di kalangan wanita yang berumur 70-74 tahun. Manakala di Malaysia, menurut laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan 2003, kadar insiden Kanser Ovari adalah paling tinggi di kalangan wanita berusia 50-59 tahun. Walau bagaimanapun, Kanser Ovari boleh berlaku pada wanita-wanita yang lebih muda, malah ada kes Kanser Ovari yang berlaku pada golongan gadis belasan tahun.


TANDA DAN GEJALA

- Perut yang mengalami peningkatan saiz atau seperti mengembung
- Rasa sakit yang tidak dapat dijelaskan pada bahagian perut dan pelvik
- Perut terasa penuh atau kesukaran makan
- Peningkatan rasa hendak kencing

Apabila wanita mempunyai gejala-gejala baru pada bahagian usus dan menglamainya setiap hari selama dua minggu, SEGERALAH mendapatkan rawatan doktor. Kehadiran gejala-gejala ini tidak bermakna seseorang wanita itu mempunyai Kanser Ovari tetapi apabila berjumpa doktor, anda dapat mengenalpasti gejala-gejala tersebut dengan lebih lanjut.

Jika anda mengalami gejala susulan seperti disebutkan dibawah, jangan lupa untuk memberitahu doktor gejala tersebut :

- Peningkatan berat badan atau kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan
- Pendarahan pada vagina yang tidak dapat dijelaskan
- Sakit belakang
- Rasa sakit atau mengalami loya-loya atau rasa tidak hadam
- Rasa letih yang melampau atau kelesuan


RAWATAN DAN PENCEGAHAN

Wanita yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser ovari perlu mengambil langkah-langkah pencegahan yang sepatutnya. Memang sukar untuk mengesan peringkat awal Kanser Ovari.Satu-satunya cara untuk mengesan kanser adalah melalui pemeriksaan mikroskopik.

Kanser Ovari boleh diwarisi secara keturunan. Selalunya wanita yang  mempunyai sejarah ahli keluarga menghidap Kanser Payudara atau Kanser Ovari mempunyai risiko tinggi untuk menghidapnya. Wanita yang mengambil ubat kesuburan juga dikatakan berisiko tinggi daripada mereka yang tidak mengambilnya.

Faktor lain yang menyumbang kepada mendapat penyakit ini termasuklah obesiti, usia dan diet pemakanan yang buruk. Kanser Ovari selalunya berlaku pada wanita yang menopous tetapi wanita lain juga berisiko.

Hokey,
Nak terus sambung citer cam panjang pulak karangan nih hihi..

So, nanti aku sambung kat entry lain eh..
Semoga dapat manfaatnya dari artikek ini..
Rasanya,
Memang WAJIB dan HARUS semua wanita tahu pasal Kanser Ovari nih..







 Ikuti kisah selanjutnya tentang Kanser Ovari ni ek.. tentang seorang kawanku yang kena penyakit merbahaya ni.. dah pun kena buang ovarinya itu huhuhu..Sedih.. dah tade zuriat lagi.







 

Friday, December 17, 2010

Dapat Hadiah dari Little Mama's Diary

Salam Hari Jumaat buat semua..

Pepagi ni nak bagi citer gembira laaaa...sungguh seronok ni..sengihnampakgigi

Semalam...

Saya dapat ni...


Hadiah lerrrr :wink::wink:



Bungkusan adiah kat atas tu datangnya dari LITTLE MAMA'S DIARY. Sebab aritu ada join giveaway kat Belog Little Mama..

Sebetulnya jugak, result dah kuar awal bulan Oktober lagi..

Tapi baru minggu lepas adiah tu dituntut.. huhu teruk kan saya nih...dah la orang nak bagi free..tolak tuah betul...

Bukannya saya tak amik tau ngan result tu okey..cuma, bila pi blog Little Mama nak check result dah kuar ke belum..sampai ke sudah tak jumpa2 jugak n3 pasal tu..uwaaaa (aik nape lak ko nanges Yana oittt..ala ngengada la tu keh3)

Mungkin kerana kat blog Little Mama tu menggunakan tab scroll kat blog archive kot.. tu yang susah sket nak jumpa tu huhu..

Nasib baik gak Little Mama baik hati..Masih jugak nak bagi adiah tu kat saya...

Terima Kasih Little Mama..Saya sangat2 menghargainya..

Korang nak tengok apa ada kat dalamnya???

Ni haaaaa...



2 Meter kain cotton bunga2...
Memang kain ni datang tepat pada masanya
Memang tengah nak carik kain tuk buat sarung bantal nih  sengihnampakgigi








Related Posts with Thumbnails