Pages

Wednesday, December 22, 2010

KawanKu dan Kanser Ovari

Sambungan dari entry..

TENTANG KANSER OVARI


Pic dari Google.TQ


Kenapa hari ni aku bercerita pasal Kanser Ovari??
Sebabnya...
Seorang temanku, berusia awal 30-an baru jer selesai membuat pembedahan membuang OVARI kerana menghidap Kanser Ovari di tahap kritikal..memang dah tak leh di selamatkan lagi kilang telur itu..:phonecry::phonecry: (aku sebagai wanita dan ibu turut merasa sedih jugak)

Sempat aku berkunjung ke rumahnya 2 hari lepas,
Demi melihat dia yang ku panggil Kak Yana...rasa sebak bermukim jugak di lubuk hatiku..
Melihat dia yg lemah...
Mendengar ceritanya yg kini berada dlm situasi agak tertekan...
Kurang selera makan saat teringat pada anak2 dan hakikat kematian...
Aku rasa nak meraung disitu jugak mendengar ceritanya uwaaaaaa..
Tapi bila pikir aku kena bagi semangat pada dia..
Aku tabahkan hati..
Tak mau la buat dia lagi sedih..kan..

Rezekinya hanya setakat 3 orang zuriat..2 perempuan dan seorang lelaki..
Alhamdulillah.. ada perempuan dan lelaki..tak ler ralat sangat kot...

Banyak cerita yang dikongsikan denganku..

* Di awalnya, dia hanya sakit perut macam senggugut sahaja.Walhal sebelum tu dia tak pernah mengalami senggugut bila nak mai uzur..tapi rasa senggugut tu kekadang memulas2 dan sakit hingga ke pinggang macam orang nak melahirkan anak..Masa tu, dia hanya makan ubat dan sakit tu beransur2 hilang.

* Sakit tu sentiasa berulang2...dia hanya makan ubat sahaja tanpa ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.. sebab katanya, setiap bulan haidnya tak penah miss..sentiasa datang tetiap bulan..(korang kalau sakit cam ni..terus gi check okey)

* Last skali, rasa sakit tu datang pas hari raya puasa hari tu.. rasa sakit tu makin kerap berulang...rasa sakitnya tu tak usah cerita la..lebih dari rasa sakit nak bersalin.... (wanita yang dah jadi ibu tau la rasanya cemana ek)..ditambah lagi ngan rasa 'medu' (bahasa Ganu,aku tak tau org luar panggil apa)... dia sentiasa sendawa dan rasa perut, dada penuh dengan angin..

* Bila dah tak larat nak menanggung sakit perut tu, baru lah dia ke klinik.. buat ujian Pap Smear ngan scan perut..

* Untuk pengetahuan korang..KANSER OVARI ini memang tak dapat dikesan ngan UJIAN PAP SMEAR! Harap Maklum...

* Masa scan perut tu la.. baru dapat lihat mende yang tak normal pada ovari. Memang dapat kesan ovari yang membesar lebih dari biasa...so doktor klinik swasta terus bagi surat tuk rujuk pada pakar..

* Bila gi buat CT SCAN kat klinik pakar,baru la dapat tau Kak Yana ada KANSER OVARI TAHAP KRITIKAL...memang tak dapat diselamatkan lagi ovari tu huhu..

* Pastu terus buat appoinment ngan hospital besar..dan pada 2 Disember lalu, telah berlangsungnya pembedahan membuang organ penting bagi wanita itu selama 4 jam..

* Sekarang ni, Kak Yana kena sentiasa berulang alik ke hospital bagi memantau keadaan kanser yang dihidapinya itu..mana la tau kot2 dah melarat ke organ lain..

Doaku..
Semoga Kak Yana akan cepat sembuh..
Semoga tabah selalu demi anak2 tersayang dan keluarga tercinta.. Amin







Tika entry ni ditulis.. Kak Yana dah pun pulang ke kampung..berehat disana =D




6 comments:

Adibah Sharudin said...

mudh2n kwn kak cpt sembuh ya..amin

Ummi Ummair said...

sedihnya..mintak dijauhknlah semua tu..

Adem and Cats said...

yg tak kena pun kena berhati2.

http://www.ademncats.co.cc/2010/12/cuti-cuti-singapura.html

YanaNuar said...

Adibah : Amin..Mudah-mudahan jugak kanser tu tak merebak ke organ lain huhu


Ummi Ummair : Hurmm tu la..saya yg tengok ni pun rasa nak meraung..ni kan Kak Yana yg menanggung huhu..harap2 cam tu la kak..Mintak dijauhkan la sakit yang teruk camtu..TAKUT!!!



Adem : Tu la.. ni sedang berjaga2 la ni ehehe

noor said...

br dgr psl nih
mmg scary sbb kat dlm
ssh nk taukan
umah yana dkt ngan umh mak akak

Anonymous said...

KANSER OVARI ATAU SEMUA JENIS CARCINOMA.. PRIMASERIES ADALAH JAWAPANNYA. Dalam masa kurang 30 hari sahaja semua perut buncit akan hilang dengan primaseries. Lawati: www.primaseries.my atau 0193437759. Untuk pencegahan kanser gunakan soluble250.

Related Posts with Thumbnails