Pages

Monday, December 6, 2010

Bila RASULULLAH bertamu ke rumah kita....

Pic dari pakcik Google.TQ


Assalamualaikum wbt..
Cuba anda renungkan bicara ini..



Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin Allah
Tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita... ... ..


Beliau datang dengan tersenyum dan muka bersih dimuka pintu rumah kita,
Apa yang akan kita lakukan?
Mestinya kita akan sangat berbahagia,
Memeluk Beliau erat-erat dan lantas
Mempersilakan Beliau masuk ke ruang tamu kita.


Kemudian kita tentunya akan meminta, dengan sangat...
Agar Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah kita.


Beliau tentu tersenyum........
Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah SAW
Menunggu sebentar di depan pintu
Kerana kita teringat Video CD rated 18xxx
Yang ada di ruang tengah
Dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu video tersebut ke dalam.


Beliau tentu tetap tersenyum........
Atau barangkali kita teringat akan lukisan wanita setengah telanjang
Yang kita pasang di ruang tamu kita,
Sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa.
Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan Muhammad
Yang ada diruang samping dan kita meletakkannya di ruang tamu.


Beliau tentu tersenyum.......
Bagaimana bila kemudian Rasulullah SAW bersedia menginap di rumah kita?
Barangkali kita teringat bahawa anak kita lebih hafal lagu-lagu Barat
Daripada menghafal Selawat kepada Rasulullah SAW.
Barangkali kita menjadi malu bahawa anak-anak kita
Tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah SAW
Kerana kita lupa dan lalai mengajari anak-anak kita.


Beliau tentu tersenyum........
Barangkali kita menjadi malu bahawa anak kita
Tidak mengetahui satupun nama keluarga Rasulullah dan Sahabatnya
Tetapi hafal di dalam kepala mengenai anggota Power Rangers atau Kura-kura Ninja.
Barangkali kita terpaksa menukar...
Satu kamar mandi menjadi Ruang Solat.
Barangkali kita teringat bahawa perempuan di rumah kita
Tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah SAW.


Beliau tentu tersenyum........
Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita.
Belum lagi koleksi kaset kita dan anak-anak kita.
Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita.
Kemana kita harus menyingkirkan semua koleksi tersebut
Demi menghormati Junjungan kita?
Barangkali kita menjadi malu diketahui Junjungan kita
Bahawa kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berbunyi.


Beliau tentu tersenyum........
Barangkali kita menjadi malu kerana pada waktu Maghrib
Keluarga kita masih sibuk di depan TV.
Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan
Hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi.
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita
Tidak pernah menjalankan Solat Sunat.
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita
Sangat jarang membaca Al-Qur'an.
Barangkali kita menjadi malu
Kerana kita tidak mengenal tetangga-tetangga kita.


Beliau tentu tersenyum.......
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW
Menanyakan kepada kita
Siapa nama tukang sampah yang setiap hari lewat di depan rumah kita.
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW
Bertanya tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di kampung kita.


Betapa senyum Beliau masih ada di situ........
Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul di depan rumah kita....
Apa yang akan kita lakukan?
Masihkah kita memeluk Junjungan kita dan...
Mempersilakan Beliau masuk dan menginap di rumah kita?
Ataukah akhirnya dengan berat hati,
Kita akan menolak Beliau berkunjung ke rumah
Kerana hal itu akan membuat kita sangat kalut dan malu.


Maafkan kami Ya Rasulullah.........
Masihkah beliau tersenyum?
Senyum pilu, senyum sedih atau senyum getir......
Oh betapa memalukan kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah........


Wallahua'allam.
Buat renungan bersama...








0 comments:

Related Posts with Thumbnails