Begitu jugak dengan diriku..tiap kali menghadiri Majlis Pertunangan atau Perkahwinan sedara terdekat atau kawan2..pasti Gubahan Hantaran akan ku terjah dan tilik sesungguh hati hihi.. Tengok2 la kan..cantek ke tidak,barang apa yang ada..Korang pulak macamana?
Di Hari Raya Aidilfitri yang lalu...telah berlangsungnya Majlis Pertunangan adik iparku,Nadia.Ianya dibuat pada Hari Raya yang ke-3..
So, hari ni bukan nak bercerita pasal hari raya okey..Cuma nak bercerita pasal diriku yang dah jadi Mak Andam Terjun untuk membuat Gubahan Hantaran Pertunangan adik ipar itu..
Kalau nak diikutkan, ni la FIRST TIME aku buat Gubahan Hantaran...Nasib gak menjadi dengan canteknya (Kes Masuk Bakul Angkat Sendiri la ni wakakaka)
Hokey...
Jom Layan gambar2 gubahan yang dah aku buat..
Zasssssssssssssss...
Ni la adik iparku..Nadia
Yang baju pink tu sape lagi...anak daraku laaaa =D
Psttt >> Baju tu adalah hasil jahitanku hihi
Tempat menyarung cincin..
Hasil kreativitiku dan dibantu oleh Cik Asben tersayang
Katil daripada Sejadah
Tuala digubah menjadi sekotak Buah ;)
Kain Pelikat dibuat replika bentuk LOVE
Kain Pasang dibuat Buku
Sebakul Coklat..Macam2 ada
Sebakul Buah-Buahan..
Pstttt >> Yang ini adalah hasil Kreativiti Nadia ngan My Hubby
Sebekas Kuih Bahulu
Sekotak CupCakes
Yang Ni Wajib ada..
Kek Pertunangan
Hokey....siap sudah 9 Dulang Hantaran Pertunangan Nadia..Alhamdulillah...Semua selesai dengan jayanya..Syukur..
Di Hari Raya AidilAdha bebaru ni...adikku, Asrol... pulak yang Bertunang.
Makanya kekreatifan aku di asah lagi hik3 (ada ke perkataan cam tu ek? ngeee sukati aku jer)
Jom layan gambar Hantaran Pertunangan adikku pulak..
Zassssssssssss...
Adikku, Asrol ngan tunangnya, Safira
Pstt >> Asrol hangus garing cam arang dah ha
Sebab baru jer balik dari Pulau Kapas hihi
MaK dengan Bakal Menantunya..
Kami...adik beradik perempuan Asrol
Pstt >> Kakakku tak dapat hadir kerana masih berada di Qatar
Kurang seri majlis tu kerana Kak Ja takde huhuhu
Sireh dan Asam Garam
Aku memang failed kalau buat gubahan sireh hik3
Yang ini adalah hasil kerja tangan akak iparku dan mak sedara
Bekas Cincin
Sejadah di gubah menjadi Jam
Topi daripada Tuala
Kain Batik di buat Replika bentuk LOVE
HandBag daripada Kain Pasang
Sebakul Buah-Buahan..
Sebakul Gula2..macam2 ada..pilih aje mana nak
Pstt >> Lupa nak amik gambar sebakul gula2 yang dah ditutup bakul dengan kain warna hitam
Cam bakul buah tu..
Kek Pertunangan
Alhamdulillah..Semuanya berjalan dengan lancar sekali..
Biarpun masa yang di peruntukkan untuk buat gubahan itu hanya la selama 3 hari..
Bermula pada Pagi Hari Raya hingga ke Hari Raya ke-3..
Makanya memang tak beraya mana la aku tahun ni..aduhaiiiii
Hokey.. siap sudah 9 Dulang Gubahan Hantaran Pertunangan adikku,Asrol..Majlis pun berlangsung dengan meriahnya..
Pintaku Hanya Satu...
" Ya Allah... Kau kekalkanlah jodoh adikku,Asrol..semoga pertunangan itu akan berakhir dengan ikatan yang Sah di suatu hari nanti..Amin.."
Biarpun Kak Ja jauh nun di Qatar..tetap gak dapat menatap gambar gubahan itu di FaceBook..Berguna jugak la FaceBook ni ek..pape pun Thanks FB
4 comments:
wahh...kira dah ok sangat la ni...
Princeduyong : Iye ke? Timekasih sebab puji hik3..
kreatif gak..=)
Izafiza : Mekasih awak.. kreatif bidan terjun camana la sangat kan hihi..main hentam jek sesuka hatiku wakaka..
Post a Comment