Begitulah ibaratnya umahku sekarang ni..
Syukur alhamdulillah....
Setelah begitu lama hasrat hati nak tengok dinding umah berkaler2.. cam umah orang lain..
Dan setelah begitu lamanya duk ngadap dinding berwarna kuning cair..
Kini tibalah masanya umahku di touch up ngan kaler yang lebih berseri2 lagi hihi
Seronoknya rasa cam nak melompat2 ahaksss..
Senyum sengih aje memanjang
Terima kasih tak terhingga pada Cik Asben
Kerana sudi tunaikan hasrat hatiku itu..
"TERIMA KASIH BANYAK2 ABANG"
Orang lain cat umah time nak sambut Hari Raya Aidilfitri...
Tapi kami cat umah bila dah habes beraya Aidilfitri kih3
Okey la tu kan??
Bulih wat sambut Hari Raya AidilAdha pulak..
Sama je... janji Hari Raya kan??? eheheh
Setelah berminggu2 Cik Asben bertungkus-lumus mengecat umah setelah pulang dari kerja
Akhirnya dah pun selesai dengan jayanya..
Banyak gak la perubahan yang dilakukan kat umah ni
Kiranya nak mencari suasana baru pulak laa..
Rasa cam bosan gak tengok suasana yang sama jer bertahun2..
Lagipun dah lama gak tak mengalih susun atur perabut..
Permulaan bagi sesi 'mentouch up' umah adalah menambahkan 'skirting' pada syiling..
Cik Asben memang tak nak pasang syiling kapur.. Lemas katanya
Biarlah syiling asal tu kekal begitu
Tinggi melangit pun takpe la..
Rasa lega dan luas aje ruang tamu.. sungguh selesa =D
Skirting bahagian ruang tamu
Pintu menghala ke dapur pun letak skirting jugak..
Nampak comey skit =D
Lagipun pintu yang asal teramat la tingginya.. (lihat gambar sebelah kiri)
Hingga keseluruhan dapur dapat dilihat dari ruang tamu hihi
Segan gak kalau orang datang
Segala bagai periuk belanga dan perkakas kat dapur dapat dilihat kih3
Lepas selesai orang pasang 'skirting'
Baru la sesi mengecat umah dilakukan..
Satu2 nya gambar time mengecat umah yang dapat ditayangkan kat sini
Gambar lain sumenya berpakaian seksi hihi
Tak boleh laaa.. Aurat!! aci gitu?? keh3
Setelah disusun atur balik ruang dalam rumah
Inilah hasilnya..
Jom Tengok!!!
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Skirting yang dah siap kaler..
Pink kaler hokey
Lembut sikit la sebab dinding dah kaler hijau terang
Ruang Makan
Kaler Ungu Gelap..
Ruang Tamu..
Kaler Hijau Terang
Kadang juling gak mata ai bila duk pandang dinding hijau tu kikiki
Tapi okey la kan..
Kalau tak salah saya.. kaler hijau ni dapat menyembuhkan mata yang rabun..
Betul atau tidak kenyataan itu saya tak pasti..
Ruang Tamu jugak..
Kabinet tv diletak berhampiran sliding
Baru la nampak lagi luas ruang dalam rumah
Nak tayang ini jugak la..
Kalau korang nak tahu..
Kedua2 sofa kecik ni adalah kerja tangan saya sendiri masa belajar kat Giat Mara dulu..
Tomey tak?? eheheh
Masa tu belajar jahit langsir dan kusyen..
Bersempena Hari Raya AidilAdha..
Ada lagi perubahan yang dibuat oleh Cik Asben..
Jom Tengok Gambar Terkini Ini..
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Meja Makan pun dah beralas
Nampak sopan dan kemas sikit la kalau tetamu datang kan..
Tukar sofa baru
Kata Cik Asben..
Serabut tengok kusyen sofa lama yang slalu bergelimpangan merata tempat
Tu sume keje 2 budak bertuah tu la..
Slalu menyepah2 kan kusyen hihi
Hatiku memang teramat2 la senang dengan suasana baru umahku ini
Hati dan jiwa pun tenang aje sepanjang hari..
Maklum la seharian berkurung aje dalam umah..
Nak lepak kat luar umah pulak rasa takut dan bimbang..
Tau2 aje la dunia skarang ni..
Dimana2 je ada perompak, pencuri, penculik, pembunuh dan segala macam 'P...' lagi
Takuttt ler..
0 comments:
Post a Comment