Pages

Thursday, August 19, 2010

HAPPY ANNIVERSARY KE-5 YANA+NUAR

Sorry..gambo kelabu
Maklum ler pakai snap ngan kamera henfon jer
Masa Ku kawen ritu tak terfikir lak nak mik pakai kamera digital
Sementelah takde kamera digital kan kui3


HAPPY ANNIVERSARY YANG KE-5 YANA+NUAR
Moga Kekal Bahagia Hingga Hujung Nyawa..Amin



Alhamdulillah...

Pejam celik-pejam celik dah pun tiba hari Ulangtahun Perkahwinan Marziana (aku la tu) ngan Cik Asben, Khairul Anuar

Sekejap benar rasanya...

Bagai baru semalam majlis kawen kami berlangsung.. Masih lagi terasa kemeriahannya...

Tup-tup dah pun 5 tahun usia perkahwinan kami....

Wahhhh lama gak tuh...dan dah pun dikurniakan 2 orang anak, Khairina Batrisyia dan Khairin Zahin 

Lumrah alam perkahwinan kata orang...pasti ada pasang surutnye..

Tapi semua tu kami lalui dengan penuh kesabaran dan berhemah dalam menyelesaikan segala masalah

Bak kata orang2 tua... " lagikan lidah pun boleh tergigit...nikan pulak alam perkahwinan.." (Eh..betul ker perumpamaan aku nih?? hihi)

Syukur aku tak terhingga pada ALLAH s.w.t atas segala nikmat kebahagiaan, kegembiraan yang telah dikurniakan-Nya pada kami sekeluarga..

Moga kegembiraan dan kebahagiaan itu akan terus bersama kami hingga hujung nyawa..





Buat Suamiku,Khairul Anuar..

Terima Kasih abang...
Atas segala kasih sayang yang kau curahkan..
Padaku dan anak2
Terima Kasih jugak..
Kerana sifatmu yang kelakar itu
Membuatkan hidupku sehari2 penuh dengan gelak ketawa
Daku terlalu bahagia bersamamu

Ketahuilah olehmu..
Sepertimana abang menyayangi Na
Begitu jugak la Na menyayangi abang..
Harapan Na agar..
Kasih sayang itu akan terus kekal dihati abang
Buat selamanya..
Tak akan berbelah bahagi pada yang lain yek.. 

Abang,
Padaku...tiada duanya lelaki sepertimu
Sifatmu yang ringan tulang itu meringankan sedikit beban dibahuku
Dirimu yang tau merancang masa depan itu membanggakanku
Dan yang paling daku suka..
Dah tentu ler masakan abang
Yang Best In The World itu =D

Sempena bulan mulia ni jugak..
Na pohon ampun dan maaf dari ujung rambut ke ujung kaki
Andai ada salah dan silap yang dah Na lakukan
Moga abang tak simpan dalam hati la ek..

Lastly..
NA SAYANG ABANG..
Moga jodoh kita kekal hingga hujung nyawa..amin





Sebetulnya... 5 tahun yang lalu... tarikh 18 Ogos daku dinikahkan...dan 19 Ogos majlis resepsinya... tapi dek kerana terlalu memikirkan pasal baju2 yang belum siap dijahit... urusan mengubah hantaran yang belum berkesudahan itu... daku dah terlupa tarikh penting itu... petang semalam baru ler ingat hihi... sadis sungguh rasanya.. tarikh penting dalam kamus hidup pun bulih terlupa... aduhai!!!!   






7 comments:

IDAZS said...

alhamdulilah. selamat ulang tahun yang kelima. Fasa pertama (5 thn) alam perkahwinan sudah pun berlalu dengan jayanya.

tahniah :)

Iman said...

Tahniah....semoga kekal ke akhir hayat...saya pun 23/8 cukuplah 6 tahun usia perkahwinan kami....

Anonymous said...

Tahniah sayang,sebab usia perkahwinan kita dah 5 tahun lamanya dan kerana sayang menjadi isteri yang terbaik dalam dunia nie...juga tak lupa ibu terbaik kepada anak kita yang comel lote tisya dan zahin(insya-Allah nak tambah lagi..hehehe..).Ketahuilah sayang...abang bahagia disisimu walaupun adakalanya sikap nakalmu membuatkan abg terasa...tapi segalanya abg anggap sebagai satu cabaran dan gurauan mesra serta ujian dalam perkahwinan.Abang sentiasa memaafkanmu,dan sudah pasti abang mahu sayang menjadi Ketua Bidadari di Syurga nanti...Insya-Allah....Abang jua seperti sayang...teramat sayang dan menyintaimu sepenuh hati ini...dan berdoa agar ikatan yang terbina akan kekal hingga ke akhir hayat.Tanggal 18 Ogos 2005,abg berjaya memilikimu sepenuhnya,dan ia adalah detik yang paling indah dalam hidup abg...selama 2 tahun kita menyulam kasih,akhirnya ikatan itu menjadi sebuah mahligai cinta indah yang kita impikan dan semoga kekal ke akhir hayat.Sayang abg sentisa merindui senyuman manis yang terukir dibibirmu...senyumanmu adalah penawar luka lara abang dalam mengharungi dunia ini.Tiadamu disisi umpama "Dunia Tanpa Mentari".
Akhirnya...."I LOVE YOU FOREVER" ....tiada yang lebih indah di dunia ini selain dapat memilikimu dan menjadikanmu sebagai PERMAISURI dalam hidup abg....

P/S:Esok abang masak lagi masakan yang terbest di dunia....tapi jangan makan sebelum berbuka tau....Muuahhh....Sayang awak!!!!!

Yana Mohamad said...

Idazs : Terima kasih Ida...semoga daku akan melalui fasa seterusnya dengan jayanya jugak =D


Iman : Time kasih Iman...Amin.Moga Allah kabulkan doa Iman itu...owh ye ker? lagi lama usia perkahwinan Iman dari saya yek..hihi...papepun Happy Anniversary jugak buat Iman..nanti Yana gi komen kat blog Iman pulak =D

'NuReeN' said...

sooo romantic... tahniah N slamat ulangtahun ke5.. moga kekal ke akhir hayat...

Yana Mohamad said...

Cik Asben : TERIMA KASIH ABANG...So touching ler..terharu rasanya bila baca ayat2 cinta abang tu =)

Harapan Na pun begitu..moga hubungan ini akan terus berkekalan sampai bila2..sama2 la kita menjaga ikatan perkahwinan ini yek...SAYANG AWAK JUGAK!!!

Huih...tak sabor nih nak menikmati masakan dari air tangan abang yang BEST IN THe WORLD itu hikhik..sampai menjilat jari gitu kikiki...yeaaaa bestnye!! bukak pose arini ada orang offer diri nak masak =D

Yana Mohamad said...

Nureen : Mekasih Nureen..amin =D

Related Posts with Thumbnails