Pages

Thursday, February 10, 2011

MOTIVASI DIRI

Kita memerlukan sesuatu yang boleh menjadi daya pendorong atau motivasi untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

Kalau pelajar yang ingin berjaya tentu memerlukan Motivasi Diri untuk mencapai kejayaan.

Bagi seorang pekerja pula, tentu memerlukan motivasi untuk melakukan pekerjaan dengan baik...tambahan pula perlu melakukan kerja yang sama setiap hari. Tentu bosan akan muncul jua di dalam hati.

Di bawah ni ada beberapa tips yang boleh kita praktikkan untuk meMotivasikan Diri..Cubalah...InsyaAllah pasti Berjaya..


1- Rancangkan dahulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat.












2- Senyumlah selalu..senyuman boleh menenangkan jiwa dan juga sebagai sedekah.














3- Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti..jangan tidor berlebihan pulak hokey!.










4- Jangan membahayakan diri sendiri atau menzalimi diri..kecuali dah lama hidup ..ok










5- Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi..kerja satu team..













6- Sesekali hiburkanlah hati sendiri dengan melakukan apa yang diminati.













7- Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas. Sesekali bergaya, apa salahnya kan..












8- Kawal berat badan anda dan jangan terlebih makan..takut jadi obes pula













9- Amalkan gaya hidup sihat. Jangan menghisap rokok..bahaya untuk kesihatan.











10- Lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengetahui tahap kesihatan diri.













11- Tenangkan fikiran dan relaks sekejap.










12- Mandi setiap hari... jangan malas mandi tau !










13- Jadilah diri sendiri (bukan orang lain) dan berbanggalah dengan kemampuan diri.









14- Jangan menunjuk-nunjuk atau alim-alim kucing.


15- Lakukan kerja dengan seikhlas hati.













16- Yang paling penting, sentiasalah berdoa kepada Allah.
















 Mood dah ke laut 2, 3 minggu ni huhu..InsyaAllah akan kembali bersemangat tuk berblogging selepas minggu depan hihi..(dalam hati ada taman bunga lalalalala)

  

Saturday, January 15, 2011

Landak Mini Jadi Haiwan Peliharaan Cik Asben

Sesetengah orang mempunyai minat untuk memelihara binatang. Biasanya, ia dijadikan peneman kala kesunyian dan kebosanan. Ada yang suka kucing, iguana, hamster,arnab, katak (cam Tina lam Putera Katak tu hihi) dan sebagainya.

Begitu jugak ngan Cik Asbenku. Dia memang minat nak membela haiwan peliharaan, tapi nak buat cemana.. Kawasan umah kami ni tecik, so terpaksa la dikuburkan aje semangat dan keinginan nak membela itu. Setelah lama keinginan itu terkubur... ianya dah muncul kembali dengan tiba2...

Bebaru ni, Cik Asben duk tergila-gila sangat nak memelihara 'LANDAK MINI'..katanya terjumpa lam mudah.my (kalo tak silap la huhu). Rasa cam terkejut dan tak percaya gak memulanya bila Cik Asben cerita, wujudnya binatang yang bernama 'Landak Mini'..sebab setahu aku, kalo dah namanya landak..yang besar dan berduri tajam tu la... Bila Cik Asben tunjuk gambo landak mini tu.. alahai cumilnya..kecik dan berduri pendek. Seakan2 hamster gitu. Hatiku jugak dah tertawan sama hik3.

Dan setelah berminggu2 duk mencari landak mini tu kat internet.. bermacam2 nombor dah telefon tuk bertanyakan pasal landak mini... akhirnya dapat jugak Cik Asben memiliki 3 ekor landak mini.. itu pun mintak bantuan dari abang Cik Asben merangkap abang iparku yang tinggal di Kelantan. Sebab orang yang membela landak tu tinggal di Kelantan.

Akhirnya tertunai sudah hasrat hati Cik Asben tuk memelihara Landak Mini.. senyum jer manjang skarang nih heheh.. petang, bila balik dari keje jer terus main2 ngan landak mini. Dak tecik dua orang tu pun sama sebok main2 ngan landak jugak..

Jom  la tengok Landak Mini yang dipelihara oleh Cik Asben..sengihnampakgigi



Ni la dia Landak Mini tu..
Cute tak?? hihi




Cik Asben baru first time nak bermanja ngan landak mini..
Masa ni tak berapa jinak lagi..
Baru jer nak pegang..dah tegakkan durinya..
Cemana tu eheheh
Maklum la baru jumpa..




Cik Asben ngan landaknya yang diberi nama..
'NINJA' sengihnampakgigi




NINJA ngan aksinya... mengunyah makanan..
Landak Mini ni hanya makan makanan kucing




Batrisyia yang teruja tengok Landak Mini..
Nak sentuh tapi takoot..
Asyik duk tegakkan duri ajer huhu 




2 ekor betina dan sekor jantan
Nini + Miko + Ninja




Rupa sebenar Landak Mini..
Durinya pendek jer tapi tajam gak




Inilah rumah landak mini
Hasil kerja tangan Cik Asben sengihnampakgigi




Sambil tengok landak mini..
Sempat jugak si Batrisyia dan Zahin ni berposing hik3








Bila dah lama landak mini tu ngan kami satu family...dah jinak sesangat sekarang nih..Si Batrisyia ngan Zahin pegang pun ok jer.Tak tegakkan duri dah.. kata Cik Asben, kalo dah beranak pinak..dia akan jual pulak anak2 landak mini tu sengihnampakgigi ( sambil menyelam minum air gitu kikiki)





Monday, January 3, 2011

Anda Di Mata Orang Lain..

Suatu hari seorang MOTIVATOR terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.

Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

"Siapa yang nak duit ini?"

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang berminat.

"Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu"

Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

"Siapa yang masih mahu duit ini?"
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

"Baiklah", jawabnya,

"Apa jadinya bila saya melakukan ini?"

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?"

Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

"Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya."

"Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga.."

"Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu."

"Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti."

"Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan."

"Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri."

"Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga."

"Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita."







Citer ni aku copy + paste dari mail yang dikirimkan oleh Cik Asben tersayang padaku.Harap dapat manfaat daripada kisah diatas sengihnampakgigi





Saturday, January 1, 2011

Happy New Year 2011 Buat Semua

Kami Satu Family..




Nak mengucapkan..

v
v
v



Semoga Tahun 2011 ini akan membawa seribu kebahagiaan pada korang semua.Harapnya, segala impian dan hasrat korang di Tahun 2010 terlaksana dengan jayanya.sengihnampakgigi




Friday, December 31, 2010

Jam Loceng Oh Jam Loceng

Semenjak Batrisyia tahu yang dia akan dihantar kesekolah..kerap benar telinga ibu ni di sapa ngan permintaannya..

" Ayah, beli la jam loceng kat Tisya "

Rasa nak tergelak pun ada bila dia buat permintaan camtu pada ayahnya keh3. Bukannya apa, rasa cam tak caya jer bila dia gitau akan bangun bila jam loceng tu berbunyi...Betul ker??? ntah2 jam loceng tu sekadar jadi bahan mainan semata.Bila berbunyi pun ibu yang tutupkan, bukannya si Batrisyia.Tuan jam loceng tu hihi

Dan setelah berminggu2 mintak dibelikan jam loceng, akhirnya hasrat Batrisyia itu tertunai jua.Masuk hari ni dah 3 hari Batrisyia jadi tuan pada jam loceng Hello Kitty Color Pink tu.



Jam Loceng Hello Kitty Batrisyia


Semenjak 'Hello Kitty' tu dibeli, pagi Batrisyia pasti dikejutkan olehnya.Cumanya tuan 'Hello Kitty' belum penah skali pun lagi bangun dan menutup suis alarm 'Hello Kitty' tu mwahahahahak.

Kan dah kata dah, ibu jugak yang tolong tutupkan suis alarm 'Hello Kitty' tu hahaha.Bila ayahnya tanya..

" Tisya bangun tak pagi tadi bila jam loceng berbunyi? "

" Tak.Tak bunyi pun jam loceng tu, ayah "

Ekekeke ada ke patut jam pulak yang disalahkan.Padahal dia tu yang tidur tak berkutik eheheh..puas dikejutkan pun masih gak tak bangun.Hurmm, tu la tidur lambat sangat.Pasni, kena belajar tidur awal pulak.Baru la bulih bangun awal sengihnampakgigi



" Ni la dia jam loceng Batrisyia.."
" Baru beli ni " sengihnampakgigi



Hello Kitty Tisya ada lampu..
(Tapi tersuluh kebawah pulak eheheh sowiiii.. )




Adik Zahin pun nak posing ngan Kak Long jugak..
" Okey, Senyum..."
Eh nape lak Zahin tu tutup telinga hihi
Ada2 aje la dak Zahin nih sengihnampakgigi







Thursday, December 30, 2010

Excited Nak Gi Skolah

Pejam celik-pejam celik, dah pun tinggal beberapa hari aje lagi Tahun 2010.Hurmm sekejap aje kan? dah pun nak masuk Tahun 2011.Rasanya, masih ada lagi IMPIAN aku yang masih belum terlaksana huhu sadis + sedih sungguh :puppyeyes: (harapnya Tahun 2011 nanti akan memberi aku peluang melaksanakan apa yang belum terlaksana)

Menginjak Tahun 2011, akan genaplah umur Batrisyia 5 Tahun.Hajat kami, ibu dan ayah nak hantar Batrisyia masuk sekolah bila umurnya 5 Tahun.Nak bagi dia kenal alam persekolahan dan berkawan dulu la.Nanti tak ler terkejut sangat kan..

Sejak awal cuti skolah aritu, kami sibuk mencari sekolah untuk Batrisyia.Tapi lepas di timbang baik dan buruknya keadaan skarang nih.Kami sepakat nak hantar Batrisyia ke PASTI AL-AMAN (Pusat Asuhan Tunas Islam).Nak bagi dia tahu pasal doa,surah-suruh pendek,cara semayang dan serba sedikit tentang Islam.

Opss korang jangan kata,aku tak ajar si Batrisyia tentang solat pe tu semua okey hihi...cumanya anak2 ni memang susah nak ikut kalo yang mengajar tu adalah ibu ayah dorang.Bila diajar, dorang cam blur gitu..tak tahu la, dorang susah nak paham apa yang aku ajar atau aku yang tak tahu mengajar keh3.Macamana pun, nak kena cikgu jugak yang mengajar baru la dorang nak ikut agaknya.

Jom layan gambo Batrisyia yang tak sabar nak bersekolah.



Duk menggalas beg skolah kesana kemari
Excited nak gi skolah la katakan sengihnampakgigi



Posing ngan beg skolah sket kenyit



Posing ala model la pulak kenyit


Dak tecik Zahin ni pun nak menyebok jugak..



Sebok jugak Dak Zahin tu nak kendong beg skolah
Bila tengok Batrisyia kesana kemari ngan begnya.
Nasib gak ada beg yang nenek dia bagi hihi
Kalo tak mesti nak kena pi beli untuk Zahin jugak huhu
Peace No War!! sengihnampakgigi




"Nanti kita gi skolah sama2 ye dik.."
"Cayang adik muahhh"




"Yippi!!Sonoknya nak gi skolah.."




Nak tayang beg skolah Tisya ngan Zahin ler eheheh
Si Batrisyia ni memang hantu pink
Segala menda nak yang color pink aduhaii..








Kita tengok aje la nanti kerenah Batrisyia time bersekolah..bimbang bila dah masuk skolah..asyik nak ponteng pulak..hurmmm pening gak mikir.Pape pun harap dia tak culas la nak gi skolah..






Related Posts with Thumbnails