Pages

Tuesday, February 14, 2012

Bercuti 2 Hari 1 Malam di Hospital Al-Farabi

Tanggal 05 Disember 2011, telah terciptanya satu sejarah dalam hidup aku... Rasanya ini adalah pengalaman pahit manis yg tak dapat aku lupakan selagi hayat dikandung badan..

Pengalaman pertama untuk aku setelah 2 kali kehamilan sebelum ini. Kehamilan yg ke-3 ini telah membawa aku untuk bercuti di Hospital Al-Farabi selama 2 hari 1 malam kerana alahan yang terlampau teruk.


Tanganku yg di pasang jarum dan wayar air
Hampir lebur tanganku bila jarum yg dicucuk susah utk masuk dlm salur darah
Kata doktor, salur darahku jenis yg liar (x tetap kedudukannya)



Pada 04 Dis tu.. daripada pagi hingga ke malam aku duk muntah ajer. Minum air muntah, makan biskut muntah. Bila dah semua yg aku makan dan minum itu keluar balik... apa lagi yg tinggal dlm perutku ini??? Cuba korang bayangkan... memang hari tu takde tenaga langsung utk bergerak. Hanya yang mampu aku buat hanyalah terbaring di sofa sambi menangis huhuhu sedih wooo!!

Nasib lah si Batrisyia dan Zahin hanya sibuk bermain. Mereka mengerti kot yg Ibu mereka sedang sakit. Terima kasih anak2 ku kerana mengerti keadaan Ibu yang tak berdaya waktu tu.

Kesudahannya, pada 05hb tu aku mintak Cik Asben hantarkan aku ke Klinik Al-Farabi. Memang aku dengan rela hatinya hendak masuk spital dan masukkan air dlm badan aku yg dah kering kontang nih.. Memang dah tak larat sangat dah masa tu.. tenaga dah zero sangat, tapi terpaksa gagahkan jugak diri utk melangkah ke klinik. Itu lah namanya pengorbanan kan???.. Semoga pengorbanan aku ini dihargai oleh Cik Asben biarpun rasanya tidak lah sebesar mana.


Sempat gak habes 4 botol air


Akhirnya, selamat jugak 4 botol air  masuk ke dalam badanku. Rasa sedikit segar dan bertenaga biarpun tidak segagah biasa. Tapi cukuplah buat bertahan seminggu dua kan hehe.. ehh korang percaya ker kalau masuk air 4 botol tu boleh sihat hingga seminggu dua??? karut aje kan...

Kalo korang nak tahu.. 2,3 hari pas kuar spital tu aku masih lagi jadi penunggu sofa yang setia hahaha.. hanya terbaring, terlentang, tergolek aje kat atas sofa tu cam takut sofa tu lari tinggalkan aku kihkihkih. Sabor ajelah kan.. itulah yang dinamakan kerenah ibu mengandung.


Lihatlah diriku yang cengkung ini..
Dalam masa sebulan sahaja beratku dah hilang 3 kg
Rasa kecik jer muka bila pakai tudung hakhak
Tapi sempat lagi ikut Cik Asben pegi kursus kat Nilai keh3
Bejalan punya pasal aku rela biarpun tak berdaya tersenyum lebar
*Gambo nih Batrisyia yg tolong amikkan..ada seni x?hehe




 Masa mengandungkan Batrisyia dan Zahin, aku jugak alami alahan cuma ianya tidaklah seteruk kali yg ke-3 ini. Hingga tak boleh makan dan minum langsung huhu..




0 comments:

Related Posts with Thumbnails