Setiap tahun, Ibu akan berkongsi kek harijadi dengan Zahin
Kerana kami lahir di bulan yg sama, November
Terima Kasih pada Cik Suami yg dikasihi, atas kejutan yang telah dibuat. Memang tak sangka sesangat bila turun aje pagi tu.. telah tersedia satu bungkusan hadiah yang comel di atas meja makan. Tak tau macamana nak cerita.. betapa aku rasa sangat terharu dan gembira hingga menitiskan airmata haha
Apa ada dalam tu yek???
haha RAHSIA!!
Tapi siyess.. memang hadiah tu COMEL..
Terima Kasih pada Kak Fizah.. seorang sahabat yg jauh dimata tapi dekat dihati. Kenal ketika berada di ILP Kuala Lumpur satu tika dahulu. Sekarang nih aku kira sudah berjaya menjadi Grafik Designer yang berjaya. Tidak seperti aku yang hanya punya Sijil Grafik Designer sahaja keh keh keh
Memang cantek dan sweet sangat hasil kerja Kak Fizah
Rindu dengan semua kenangan yg pernah kita cipta dahulu
Entah bila dapat kita bersua muka lagi???
Terima Kasih padamu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim kerana mengurniakan aku zuriat lagi. Tika harijadi aku kali nih, badan rasa macam tak sedap jer, mual2 dan muntah baru saja bermula. Nafsu makan pun berkurangan dan seakan2 langsung tiada. Jadinya, kek kaler koko bunga2 yg kat atas tuh.. lamanya nak dihabeskan sehingga keras cam batu duk lam peti ais hakhak.
Hadiah ini memang sangat2 tak ternilai harganya berbanding segala harta dunia. Mudah2 an akan menjadi anak soleh @ solehah yang akan mendoakan aku disatu hari nanti insyaAllah...
0 comments:
Post a Comment