Pages

Showing posts with label TAG. Show all posts
Showing posts with label TAG. Show all posts

Wednesday, May 12, 2010

TAG : HANDBAG IBU alias BAG KELENGKAPAN BABY

Hurmmm hari ni nak langsaikan utang tag yang dah lama tertangguh...

Maaf la yek pada yang dah tag daku tuh....bukannya sengaja melambat2 kan atau takmo jawab tag...

Cumanya....baru kini leh edit gambo hikhik...dan sebetulnya jugak MALU laaaaaaa =)

Gambo dah lama snap tapi nak mengeditnya tuh makan masa sikit la kot hekhek...(alasan la tuuuu hoho!!)
Ok...time kasih pada Ibu Aqil yang sudi mentag daku nih....

So,skarang kite tengok la apa yang ada dalam Handbag ibu alias Bag Kelengkapan Baby itu hohoho!!

Jangan tekejut sudaaaaaahhhh hihihi...



Ni ha handbag  yang slalu ibu duk kendong kesana kemari =)
Jenamanya tak tau...alaaa cap ayam jer huhu
Tu sebabnya malu nak tunjuk..hikhik
Besar kan?..tapi menguntungkan buat ibu..
Sebabnya sume ibu sumbat kat dalam tuh..ahaha



Ni gajet penting yang perlu ada dalam handbag ibu
Wallet ngan henfon kesayangan...
Henfon ni wajib ada la sebab kekadang malu nak mik gambo pakai kamera
Nampak cam besungguh benow amik gambo anak
Sedangkan tu sume sumber tuk n3 kat blogku hehe..
So,tak mo menampakkan sesangat gairah nak mik gambo..
Ibu guna kamera henfon jer
Tade la orang tengok semacam lak kan?
Senang pun senang ^_^



Kamera ni pun gajet penting gak time gi jenjalan..




Ehehe jangan terkejut lak tengok gambo2 nih...
Antara barang yang ada dalam handbag ibu..
* Stoking Zahin (time ujan dan balik kampung akan guna)
* Pen (nak isi borang)
* Lip ice (daku ni memang tak suka pakai gincu..nampak cam tebal benar bibirku ahahaha...lagipun lip ice yang ni dah membuatkan bibir nampak color pink yuhu!!)
* Tisu peket



Hurmmm yang ni sape yang tau kan?
* Kain Lampin (Zahin memang nakkan kain lampin setiap masa...nak2 lagi time ngisap jari hekhek..)
* Pampers (persediaan time memerlukan)

Sebetulnya ada lagi barang yang slalu ibu sumbat dalam handbag tuh..
Tapi lupa lak nak snap hihi..
* Topi Zahin
* Botol air masak Zahin

Harapnya kengkawan dah faham ek
Nape ibu gelar handabg ibu tu sebagai beg kelengkapan baby jugak
Okey.....tamat disini ajerrrr =) 









Friday, April 2, 2010

TAG 10 DARI IDAZS...

2 hari lepas aku telah ditag oleh seorang sahabat...
p/s - maaf ye Ida lambat sket publish n3 nih hihi...pening pikir sape lagi daku nak tag =)
Kiranya first time la ni kena tag...sungguh TERUJA ahaks...
Tak sabo jugak nak jawab soklan nih... =)



Untuk jawab tag ini ada caranyer..

Copy tajuk entry “sepuluh” dan paste di post anda. Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya (Ok menurut perintah hehe)


[1] Siapakah diri anda di rumah?

Seorang isteri pada KHAIRUL ANUAR, Ibu pada sepasang anak, KHAIRINA BATRISYIA dan KHAIRIN ZAHIN.Tukang masak,basuh baju dan jugak kemas umah pada suami dan 2 budak nakal yang slalu sepahkan mainan itu...


[2] Siapakah diri anda disamping rakan?

Seorang yang peramah,banyak cakap,suka ketawa,suka membantu,kelakar,penyabar,pemurah, dan sebagainya...


[3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai

* Nak menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah bersama family tersayang
* Nak tukar gelang kaki
* Nak beli kamera digital
* Nak memiliki kereta Myvi
* Nak cat umah biar berseri..tak ler warna kuning tu je slama 5 tahun hhehe


[4] Siapakah nama pasangan anda?

KHAIRUL ANUAR BIN MAMAT...dikenali ngan nama Nuar dikalangan family...dan Khairul dikalangan kawan sekerja...


[5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda

Dia seorang yang bertanggungjawab
Dia seorang yang ringan tulang
Dia seorang yang penyayang
Dia kelihatan kacak+hensem bila berkacamata
Dan paling penting dia tidak merokok (saya benci orang yg merokok)


[6] Bila tarikh anda couple?

14/06/2003


[7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?

Sungguh tragis kisah itu...cukup sakit bila dikenang...oleh itu,malas dah nak mengenangnya lagi huhu...tapi biar la jadi rahsiaku sahaja ek...hhehe...jangan marah =)


[8] Lagu tema cinta anda?

Mmmm apa ek...nanti jap nak pikir...rasanya takde kot...hehe


[9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?

Rasanya dia dah sempurna bagi aku seorang wanita yang sudah tentu ada kurangnya disana sini...


[10] Tag 10 rakan anda yang lain

* MamaZakwan
* Ida Shamsury
* dbalqis
* mrsecam
*Tentang Hidup
* Wawa-Mama Faheem
... Dah tak tau nak tag sape lagi bagi mencukupkan 10 orang hehe
... Bila jengah blog kengkawan rupanya dah ramai yg buat Tag 10 nih huhu
... Kiranya pada sesapa yang rajin jengah blogku ini dan belum buat tag ini
... Dipersilakan tuk membuatnya yek...kiranya satu permintaan dariku la ni..please..



Kiranya kengkawan sudi-sudikanlah diri tu tuk menjawab tag ini yek... =)








Related Posts with Thumbnails