Pages

Wednesday, February 8, 2012

40 Minggu Yang Mendebarkan..

1 Disember 2011, detik manis yang tak dapat aku lupa. Setelah merasa tidak sedap badan, mual dan nak muntah. Aku mengajak Cik Asben ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Kat dalam hati dah terdetik "agaknya aku ni nak dapat baby lagi tak???". Sementelah itulah yang aku dan Cik Asben harap2 kan tersenyum lebar


Ehsan gambar : Google



Untuk kepastian, aku ke Klinik Al-Farabi untuk buat ujian air kencing. Dan Alhamdulillah, keputusannya positif. Masa tu kandunganku baru berusia 8 Minggu 5 Hari. Bersyukur tak terhingga rasanya. Sebab memang dah target nak ada baby baru dalam tahun 2012 nih hehehe. Jadi bermulalah 40 Minggu yang mendebarkan untuk aku tempohi..

Yang kalutnya pulak.. tarikh jangkaan bersalin adalah pada 09 Julai 2012 huhuhu.. sadisnya rasa bila memikirkan akan berpantang di Bulan Ramadhan memandangkan kita semua umat Islam akan mula berpuasa pada pertengahan bulan Julai nanti. Maknanya, aku tidak akan berpeluang untuk berpuasa sepertimana orang lain uwaaaaa dan dan dan aku akan berganti puasa selama sebulan jugak menangiscemas

Hermm nak buat macamana.. terima ajelah ketentuan Allah dengan tabah dan senang hati. Dan tiap kali berdoa.. aku mengharapkan akan bersalin pada pertengahan atau hujung bulan Jun.. hihi.. sebabnya aritu.. doktor kata maybe anak ke-3 aku nih akan lahir dalam 37 minggu macam tu. Dan aku berharap sesangat dapat menjalani ibadah puasa biarpun hanya 2,3 hari..

Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah selama 40 Minggu kehamilan ini.. dan semuanya selamat dan sihat2 belaka.. doakan aku yek kawan2 cium daaaaa











4 comments:

IDAZS said...

tahniah yana
;)

Yana Mohamad said...

Idazs : Time Kasih Ida =D

Unknown said...

huhu..lebih kurang la kita. saya due 7 jun..
harap2 sempat la posa seminggu dua.

Yana Mohamad said...

Ummi Ummair : Owh iye ker.. Tahniah tuk awak.hermm tu la.. harap sesangat dapat berpuasa biarpun setakat seminggu kan?..InsyAllah..

Related Posts with Thumbnails