**Kredit pic untuk ILuvIslam.com
Dato' Dr Fazilah Kamsah pernah berkata...
"Setiap pagi sedekahkan al-Fatihah kepada kedua ibubapamu (tak kira masih hidup atau telah tiada).....nescaya pintu rezeki akan terbuka buat kamu..."
Berdasarkan Hadis Nabi :
" Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari "
Huraian Hadis :
* Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibu bapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada)
* Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
* Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
* Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh.....tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
* Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah
Kesimpulannya :
* Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
* Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (contoh...makanan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dan sebagainya)
* Berusaha dan bertawakal
InsyaAllah...
**Psst..."Rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM" ..kata Azmil Mustapha(bekas pelakon)
0 comments:
Post a Comment