Lelaki sesangat la CEMBURU bila....Teman Wanita/Isteri mereka...
* Mendekati/didekati oleh lelaki lain
* Sedangkan lelaki juga mendekati/didekati perempuan lain bila berjauhan dari Teman Wanita/Isteri mereka
Lelaki sesangat la MARAH bila....Teman Wanita/Isteri mereka....
* Menerima/membuat panggilan kepada lelaki lain (bekas pakwe,rakan sekolah,rakan sekerja etc la)
* Sedangkan lelaki juga menerima/membuat panggilan kepada perempuan lain yakni bekas makwe,rakan sekolah,rakan chating etc
Lelaki sesangat la BENGANG bila....Teman Wanita/Isteri mereka....
* Menjeling/dijeling oleh lelaki lain
* Sedangkan lelaki juga menjeling/dijeling perempuan lain saat berjauhan dari Teman Wanita/Isteri mereka
Lelaki sesangat la PANAS HATI bila....Teman Wanita/Isteri mereka....
* Senyum pada lelaki lain (Senyum tukan sedekah..tak patut la kan? nak panas hati,marah2 segala..perempuan pun tau gak ngan sape dia patut/tak patut senyum)
* Sedangkan lelaki juga senyum pada perempuan lain ketika berjauhan dari Teman Wanita/Isteri mereka
(Kekadang tuh siap ngan... "Pheewiit..boleh berkenalan,nak kemana? boleh abang join?" )
Lelaki sesangat la SAKIT HATI bila....Teman Wanita/Isteri mereka....
* Berchating/berkenalan ngan lelaki lain
* Sedangkan lelaki juga berchating/berkenalan ngan perempuan lain dibelakang Teman Wanita/Isteri mereka
Lelaki akan MERAJUK bila...Teman Wanita/Isteri mereka....
* Ambil tahu/bertanya lelebih tentang lelaki lain berbanding dirinya
* Sedangkan lelaki juga melakukan hal yang serupa bilamana melihat perempuan yang lebih cantik dari teman wanita/isterinya
ADILKAH namanya jika lelaki sahaja yang ada rasa CEMBURU,MARAH,BENGANG,PANAS HATI,SAKIT HATI,MERAJUK itu..
*Pssstt :
Wahai lelaki...
Perempuan pun manusia gak..ada hati dan perasaan sepertimana lelaki...
So,jaga la hati dan perasaan wanita sepertimana wanita menjaga hati lelaki..
Kehidupan ni memang banyak dugaan dan cabarannya terutama di alam perkasihan/perkahwinan
Sesama lah kita menjaga hubungan yang telah terpateri itu dengan sebaiknya... =)
" Ya Allah ya Tuhanku....Aku pohon padamu Ya Allah..
Kau jauhilah perasaan syak wasangka dihati ini pada pasangan kami..
Kekalkanlah hubungan yang dah terbina ini hingga ke akhir hayat kami..amin"
8 comments:
jagalah pandangan mata,
jagalah pandangan hati,
jagalah pandangan akal,
gunakan Iman dan Ilmu sebagai penjaganya!
lelaki dan perempuan sama sahaja...
ape yang penting adelah saling faham memahami.. :D
En. Hydir..
Terima kasih sudi mengingatkan daku tentang perlunya iman & ilmu dalam kehidupan ini..
Hati-ema..
mmm memang pun.
lelaki ngan pempuan sama jek..so,takleh la kita saling menyalahkan antara satu sama lainkan?
mamacira..
Betul! betul! betul!
Memang patut saling faham memahami..yang penting jugak..
Tak ada rasa curiga,prasangka buruk terhadap pasangan memasing =)
tersangat lah betul dan kadang sampai isteri memendam rasa
Iedaluvsham..
Yup..memendam rasa dan nangis sendiri akibat sakit hati yang terLAMPAU..huhu
Kekadang terfikir nak balas dendam dengan cara yang sama agar dia juga rasa apa yang kita rasa(sakit hati)..Tapi tak tergamak pulak hehe.Tulah kelemahan wanitakan?
Post a Comment