Pages
Sunday, November 2, 2014
KEBAIKAN GOOGLE.. UTK IBU MENGANDUNG
Posted by
Yana Mohamad
Hehe tajuk tak leh blah kan??..
Memang pun google ni de byk kebaikan.. Pada aku la..
Kalo org lain aku tak tahu ;)
Sejak aku dah sihat sikit ni.. Tangan ni asyik nak meng'google' aje..
Duk mencari la sesuatu yg boleh buat tubuh badan aku ni rasa bertambah sihat lagi pasni..
Maklum la, mengandung di usia 32 tahun ni..
Tubuh badan rasa tersangat lemah dan lesu..
Nak buat ape pun malas weyhh haha..
Bajet rajin la sgt kan agagaga
Tapi sungguh laa.. Memang rasa tak bermaya sangat..
Jadi kemudahan intenet dah ada..
Maka gunakan lah ia dgn sebaik mungkin =D
First skali aku google..
- MINUMAN UTK IBU MENGANDUNG
Alhamdulillah.. Dah berjaya pun beli mende alah minuman tu..
Nanti aku update kat entry lain deh..
Kot2 la 2,3 thn lagi aku preggy pulak..
Boleh la rujuk kat sini.. Berehh sgt2 la tu.. =D
Pastu, google lagi..
- SET PANTANG SENDIRI
Maklum la, anak dah skolah rendah ni payah skit nak balik pantang kat umah mak cam selalo huhu
So, terpaksa la bawak diri sendiri nanti..
Dlm kepala dah terpikir, macamana la nak mandikan baby yg masih ada tali pusat.. Takut weyhh..
Sblm ni, dah tercabut tali pusat baby baru aku berani mandikan sendiri..
Adehh.. Gamaknya nnt aku pakai lap aje ngan kain basah baby kecit tu haha.. Hadoii masak la macam ni ;)
Haa.. Yg ni pun terbaik gak.. Tp blum beli lg..
Duk pikir nak beli vitamin keperluan utk time mengandung dulu..
Maklum la.. Aku ni makan pun tak tentu hala..
Khasiat pun tak berapa banyak kot nak salur kat baby..
Harapnya.. Dgn izin Allah..
Vitamin tu nnt akan hilangkan lesu dan lemah badanku ini.. Mudah2 an..
- MINYAK KELAPA DARA (SBG MINYAK SELUSUH)
Alhamdulillah.. Banyak info pasal minyak kelapa dara aku dapat..
Sangat2 membantu.. Walaupun kandungan aku baru nak masuk 5 bln..
Tapi aku perlu survey awal2.. Maklum ler, nak bajet duit laa di samping kumpul duit jugak haha
- JUBAH MENYUSU
Dah lama aku tak beli baju tshirt & blouse biasa sebenarnya..
Sejak dapat Zahin, anak ke2..
Aku duk asyik la beli baju menyusu..
Senang kalo g jenjalan.. Tak malu nak selak baju hehe
Alhamdulillah dah byk koleksi baju menyusu aku..
Semuanya kain cotton.. Selesa sangat pakai.. Harga pun murah..
Nnti aku kongsikan kat mana aku beli baju menyusu murah tu deh
Dah mengandung ni, aku kena la borong jubah pulak.. Senang nak pakai..
Selesa utk perut aku jugak nnt.. Tak gitu?? :)
Haa dah bersalin nnt boleh pakai gak jubah ni g jenjalan..
Sebab ada bukaan utk menyusu jugak..
Tak la membazir kan.. Kira 2 dlm 1
Mengandung boleh pakai, menyusu pun boleh pakai =D
Bijak tak aku haha.. Masuk bakul angkat sendiri weyh kikikikih
- PRAGNENT PILLOW/ BANTAL IBU MENGANDUNG
Haa.. Yg ini aku ternampak kat facebook pasal bantal utk ibu mengandung..
Sebelum ni aku tak tahu pun tentang kewujudan bantal yg boleh membantu ibu mengandung tidur dgn selesa..
Kalo tahu, dah lama aku cari haha
Tahu2 ajelah.. Kalo mengandung ni, payah sgt nak tido
Perut dah ke depan, tulang belakang pun akan rasa sakit sangat
Memang normal la kalo nak tggu tertido tu, pastinya la duk terpusing kiri terpusing kanan.. Letih huhu
Alhamdulillah.. Dah selamat beli & guna dah bantal ni hehe
Walaupun harganya boleh tahan mahalnya..
Dek kerana nak tido selesa aku pejam mata ajelah tgk duit tu mengalir haha
Nanti aku buat entry pasal bantal gebu tu eh
Hokey.. Sebenarnya masih byk lg yg perlu aku google
Keperluan utk ibu mengandung dan menyusu ni
In shaa allah aku google la slow2 nnt..
Rasanya utk time mengandung ni dah siap semuanya
Vitamin, Susu Momma, Bantal Ibu Mengandung Tidur Selesa..
Jubah Mengandung Menyusu, Minyak Kelapa Dara sbg Minyak Selusuh
Nanti nak google barang utk bersalin pulak..
Tapi dah tak banyak kot.. Nak topup aje mana yg patut
Masa nak bersalinkan Safiyya aritu, byk giler aku borong barang keperluan baby dan ibu hehe
Ok.. Stop kat sini dululah pasal brg ibu mengandung nih
Nanti kita sambung lagi.. Daaa =D
** dah lama siap taip n3 ni tapi ada masalah plak nak masukkan gambo.. Try google lg cara nak masukkan gambo guna tab.. Alhamdulillah.. Berjaya akhirnya hehe sukaa..
Tuesday, October 21, 2014
DERITANYA...ALAHAN OIII..
Posted by
Yana Mohamad
Assalam.. Dah lama tak berceloteh kat sini.. Rinduuu :)
Alhamdulillah.. Skrg kesihatan aku dah beransur pulih.. Syukur sesangat :D
Terseksa jiwa raga rasanya bila tak leh makan dan minum.. Tahap zero
Berat pun merudum teruk hingga ke angka 36.9 kg (masa timbang 22sept aritu)
Tubuh badan hanya tinggal tulang dan kulit sahaja.. Sadis sangat huhu
Tak pernah aku alami sakit alahan mengandung seteruk begini..
Sangat2 down ok..
Sampai aku terpikir..
Lepas ni aku tak mau beranak dah.. Surrender weyhh!!
Kehamilan sblum ni, alahannya tidak lah sampai langsung tak leh makan dan minum..
Air masak pun, aku minum.. Dan2 tu jugak dia kuar balik..
Ini kan pulak air milo.. Memang fobia nak minum..
Hermm..
Kehamilan ke-4 ni aku rasa sangat mencabar mental dan fizikal..
2 bulan melepek kat katil.. Rumah dah bagai tongkang pecah dan karam haha
Rasa macam duduk dlm sampah pun iye jugak..
Takde org nk tolong kemas.. Cik suami dah tolong kemas umah..
Tapi, dlm masa 2 jam lg.. Umah kembali bersepah..
Hai lah anak2 ku.. Penghabisan.. Tutup mata ajelah hehe
Makan minum anak2 dan aku.. Sume cik suami urus selama 2bln tu..
Hingga skrg pun, usia kandungan dah masuk 18 mggu..
Tetap minyak goreng aku takleh bau..dah tahap kritikal ni..
Tak tau nak cakap macamana.. Tp aku bagai takut dah nak hamil lagi huhu
Kalau nak hamil lg, aku rasa tunggu anak2 dah tahu bawak diri dulu..
Sebab kesian sangat ngan dorang.. Makan minum dah tak terurus..
Sedih pun ada jugak.. Asyik dengar anak2 ngadu lapar..
Tapi time tu, aku memang tak leh nak buat apa..
Nak urus diri sendiri pun tak mampu..
Inikan pulak nak masak.. Bawak la diri dorang sendiri..
Bila dah lapar sangat.. Zahin (6thn) yg slama ni sume mengharapkan ibu utk amik makanan..
Dah pandai buat sendiri.. Ambik roti sapu susu pekat sendiri..
Ambik nasik sendiri.. Lauk je tak pandai ambik hehe
Safiyya (2thn).. Nasib gak ada kawan..
Jd dia main je ngan abg dan akak dia..
Tak terlalu nak perhatian drp ibu.. Mujur sesangat =D
Hak sulung, si Batrisyia (8thn).. Tak boleh nak diharap sangat..
Bawak diri dia pun nak kena ibu ayah pantau..
Inikan nak jaga adik2 adehh.. Ibu tak mengharap sangat kott..
Hermm.. Biarpun selera makan dah ok sikit..
Pening kepala masa alahan teruk aritu, tetap gak tak hilang2 hadoii
Tak tau nak buat apa dah..
Saturday, April 12, 2014
Review : Floral Mask by Dian Pixy
Posted by
Yana Mohamad
Assalamualaikum...
Haiii... saya tuan umah.Jemput lah masuk :)
Hari tu aku duk sibuk cari masker tuk hilangkan blackhead kat muka cute aku ni hakhak cute ker?? sila jangan muntah yep sbb ayat kat atas ada unsur2 masuk bakul angkat sendiri hihi ;)
Jadi,aku dah jumpa produk masker peel-off yg boleh hilangkan blackhead kat mukaku itu.Saya suka,saya suka (perasan jd Mei Mei jap hik3)
Ini dia PEEL-OFF FLORAL MASK with lavender plus collagen
Haaa, jangan tak tahu.Siap ada collagen lagik :)
Jadi,Hari ni nak citer sket pasal Floral Mask Dian Pixy. Aku dah cuba.. sangat3 PUAS HATI okey..rasa cam hari2 nak taruk kat muka sbb warnanya comel, ungu gitu..tapi tak boleh lah pulak.Hanya 2x seminggu sahaja boleh guna, nanti nipis lak kulit ahkak kalau duk pakai hari2 huhu
Apa itu Floral Mask?? Fungsinya?? Kelebihannya??
meh sini meh ahkak nak citer.
# Mask ni dibuat daripada arang
# Fungsi utamanya adalah utk menghapuskan BINTIK HITAM DAN PUTIH
# Sesuai sangat utk mereka yg ada MASALAH KULIT BERMINYAK.. bila kulit berminyak cik jerawat datang berlumba2 lah nak tumpang singgah kat pipi comel korang betul tak? hehe
# Yang paling BEST, mask ni juga bertindak meransang penghasilan tisu2 baru dan memudahkan detoxifikasi,jadi kulit kita ni susah nak keluar jerawat sebab mask ni dah tolong detoxkan
# Yang sangat BEST lak, mask ni sesuai utk semua jenis kulit LELAKI dan PEREMPUAN..haa jadi mak ayah akak abang sume leh pakai.kongsi2 pun boleh tapi sempat seminggu je kot sebab ramai sangat yang gunakannn :) [Dah habes boleh oder ngan ahkak, sms jer kat sini 019 9235758 RM39.90 SAHAJA 50 ml.. sempat lagik nak promote kannn bahahaha kira aci lah yek sbb ahkak dah jadik STOKIS Dianz]
# Sangat sesuai dan digalakkan utk korang yang punyai kulit bermasalah
# Seminggu hanya 2x guna sahaja... takleh lebih nanti kulit jadi nipis
# Paling paling paling BEST, mask ni warnanya comel.Warna purple gelap dan bau sgt la wangi.Bila guna rasa tenang dan relax jek.
Jadi model idung kembang jap hahaha
Tang hidung ngan bawah bibir ahkak,mak aihh banyak sungguh blackhead/whitehead
Nak kasi luruh semua nih
Muka macam nak mintak penampaq kan?? ekeke
Tapi...
memang tak rasa sakit masa tarik, kecuali la kalo letak kat bawah mata ngan atas mata
Bikin nanges meraung lah kalau letak kat atas mata weyh haha
eh mana ada org letak masker kat atas mata hadoii ;)
Ini hasil tangkapan (kali ke-3 buat)
Maap la yek sbb kamera comel ahkak tak leh nak zoom sangat huhu
Tapi percayalah, pas cabut masker tu dari muka rasa cam kulit mukaku yang kusam dan lusuh dah tertarik sama.Rasa lembut dan licin sangat.Hermm rasa lembap pun iye jugak sebab kulit mukaku jenis kering jadi memang rasa sangat seronok bila dapat rasa kulit muka lembap.Iye la sblm ni duk pegang pipi kering ajer.. hermm
Time tu mula la berangan kulit muka dah jadik cantek macam Datuk Siti Nurhaliza ahahaha perah santan (perasan) semangkuk kejap hik3
okey, Ini nak citer pasal bahan2 Floral Mask lak..
Terdapat 7 bahan aktif yang berfungsi untuk membersihkan serta mencantikkan kulit anda
* Mempunyai MOISTURE COMPLEX untuk kulit kering dan kusam
* VITAMIN A, B3, C, E untuk merawat kulit jerawat dan jeragat
* Q10 berfungsi menegangkan kulit dan mengurangkan kedutan
* HYALURONIC ACID melindungi kulit dari pencemaran dan radiasi UV
Impian nak hilangkan blackhead kat muka dah pun berhasil sejak jumpa Floral Mask ni.
Sumenya di tanggung BERES!!
Okey...
Sila abaikan eyebag diwajahku itu huhuhu
Berakhir sudah review ahkak pasal Peel-Off Floral Mask ni.
Jika ada sebarang pertanyaan/ nak order ker..
sms/ wassap : 019 9235758 (Pn Yana)
Jemput singgah kat sini : >>Jual Floral Mask DIANZ<<
Nota jari runcing : Bila rasa BEST pakai Floral Mask, teringin jugak nak kongsi ngan sahabat2 produk yang BEST nih.Biar blackhead/whitehead kat muka kawan2 pun hilang jugak.Muka pun tak berkerak lagi dah :)
Friday, February 14, 2014
Tentang Kasih Sayang, Kekayaan dan Kejayaan
Posted by
Yana Mohamad
Pic : Google, TQ yep!
Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.
Wanita itu bertanya,
"Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk ke rumah saya dan makan sesuatu."
"Adakah suami awak ada di rumah?", mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata.
"Suami saya telah keluar".
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab.
Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.
"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang!"
Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.
"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama", mereka menjawab.
"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.
Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan...
"Namanya ialah Kekayaan". Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk ke arah kawan yang seorang lagi, "Dia adalah kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang".
Dia menyambung lagi, "sekarang masuklah semula ke dalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput ke dalam rumah".
Wanita itu pun masuk semula ke dalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut.Suaminya berasa sungguh gembira.
"Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah kekayaan masuk.Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"
Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"
Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain.Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya..
"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang?, Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"
"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu", kata suami itu kepada isterinya.
"Keluar dan jemputlah Kasih sayang sebagai tetamu kita".
Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah kasih Sayang?, Silalah masuk dan jadi tetamu kami".
Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan..
"Saya cuma menjemput Kasih sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"
Mereka semua menjawab.. "Jika awak menjemput samaada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya."
...Dimana ada Kasih sayang, disitu juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"...
Dicatat oleh IBNU MUSLIM
Copy paste daripada group Wassap :)
Wednesday, December 4, 2013
PERASAN TAK??
Posted by
Yana Mohamad
Assalamualaikum w.b.t.....
Gambar pinjam drp pakcik Google.TQ
PERASAN TAK?...
Duit RM 50 kelihatan begitu besar bila di bawa ke kotak derma masjid,
Tapi begitu kecil bila di bawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya...
PERASAN TAK?...
30 minit terasa begitu lama untuk berzikir,
Tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...
PERASAN TAK?...
Betapa lamanya 2 jam berada di masjid,
Tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung...
PERASAN TAK?...
Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat,
Tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan...
PERASAN TAK?...
Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak,
Tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan panjang...
PERASAN TAK?...
Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja,
Tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah...
PERASAN TAK?...
Orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert,
Tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar...
# Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan
# Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorang :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam
# Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran
# Ada 3 Hal yang paling berharga :
1. Kasih sayang
2. Cinta
3. Kebaikan
# Ada 3 Hal dalam hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi
# Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorang :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras
# Ada 3 Hal yang membuat kita sucsess :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus
# Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh
TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yang PASTI...
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian....
Jari Menaip :
Kata2 yg tercatat, aku copy drp wasap chat.Ianya sekadar peringatan pada diri sendiri agar tidak terus lupa akan hakikat hidup yg sebenarnya :)
Monday, November 11, 2013
Hepi Besday Zahin...
Posted by
Yana Mohamad
Assalamualaikum...
Dia.. anak lelaki pertama yg ku punya,
Dia.. anak lelaki yg sgt cengeng mengalahkan Batrisyia dan Safiyya,
Dia.. seorang abg yg sangat penyayang n bertanggungjawab
Dia.. yg lahirnya pada 11 Nov.. 5 tahun yg lalu..
Dia.. Khairin Zahin Bin Khairul Anuar...
Untuk Dia... Selamat Hari lahir Sayang..
Moga jadi anak yg baik buat ibu ayah. Moga menjadi anak yg berjaya dunia dan akhirat.
Cayang Abg zahin forever :)
Wednesday, August 28, 2013
Alkisah Minyak Kereta
Posted by
Yana Mohamad
Assalamualaikum semua....
Fuhhhhhh... Fuhhhhhh.... Fuhhhhhhh... tiup habuk sket..
Dah lama tak menulis kat sini.. dah bersawang dan berhabuk dah haaa my blog :)
Hari ni nak citer...
PENGALAMAN PERTAMA AKU MENGISI MINYAK KERETA
Oleh kerana Pengalaman Pertama, nak lah aku abadikannya kat sini hehe
Wat kenangan kata orang miahahaha aci gitu?? ^___^
pakcik Google, ai pinjam gambo ni yek.TQ =D
Pagi tadi dapat mesej drp Cik Suami..
Suruh aku gi ambik Batrisyia kat sekolah tengahari nanti
Katanya nak gi Ganu melawat ibu teman sekerjanya meninggal (Innalillahiwainnailaihirojiun)
Malam kot baru sampai ke rumah semula
Bila dapat mesej tu, terus aku teringat perbualan semalam....
"Minyak kereta ada lagi ke?"
"Tinggal sikit je lagi"
"Dah naik alarm belum?" (mwahahaha bagus punya soalan kan?)
"Tak lagi... kottt" (jawapan selamat bila lupa nak tengok hihi)
"Gi lah isi minyak kat Caltex depan tu"
"Malas lah, dok reti.. abang lah gi isi"
"Hermmm, gitu lah... doh bila nok pandai isi kalau tak cuba"
Dan hari ini...
Cik suami suruh aku gi isi sendiri minyak kereta
Huhuhuhu takkkoooootttttt...
Tak pernah isi sebelum nih... :(
Aku memang dah lama bawak motor ngan kereta
Cuma, selama bertahun2 aku duk merempit ngan motor dan kereta tu,
Bila gi isi minyak... ada yg tolong isikan...
Dulu2 (belum kawen), masa kat Ganu... ada pekerja pam minyak yg tolong isikan minyak dalam tangki motor kereta
Aku just buka penutup minyak dan bayar ajer
Keje2 masukkan minyak lam tangki adalah tugas pekerja pam minyak disitu
Aduhaiiii...
Tadi Cik Suami sempat call dan mempermainkan aku...
Katanya..
"Gi Caltex, parking tepi pam"
"Tengok no pam kat atas kepala tu"
"Gi bayor"
"Buka penutup minyak"
"Angkat noozle tu, masukkan dalam lubang tangki"
"Tekan dan tunggu hingga habis minyak tu di pam" (Dorang dah setting berapa hinggit yg nak)
"Keluarkan nozzle dan simpan tempat asal"
"Tutup semula lah tangki minyak tu.... siapppp"
Soalan aku...
"Nak kena bunyi kreek kreeek ke penutup tangki tu??" mwahahahaha soalan seorang ibu yg jakun
"Ahahahahahahaha suka hati lah nok bunyi kreek kreeek ke tak"
Kul 12 Tengahari gi ambik zahin dulu,
Pastu gi Caltex... memang berdebar gilerrrr masa tu
Terketar2 tangan pegang nozzle minyak huhuhu
Nasib baik semuanya BERES dengan jayanya
Alhamdulillah akhirnya aku berjaya mengisi minyak kereta yahoooooo!!!!!
^________________^
Rasa bangga ngan diri sendiri jap bila pulas kunci kereta,
Jarum minyak bergerak naik ke atas heheheheehhehe
Nota Jari Runcing : Lain kali kena cuba lagi isi minyak biar rasa takut tu hilang... seperti mana aku fobia nok bawak kereta setelah lama menjadi 'MEM BESAR'.... ^_____________________^