Pages

Wednesday, May 18, 2011

Wajah Baru..

Fuhhhh...
Jap jap jap...nak tarik nafas lega dulu.. hehe
Rasa sungguh lega bila coklat yang orang tempah dah pun selamat di pos tengahari tadi..
Baru la kurang sket rasa tertekan tu..

Petang nih malas dah nak pegang sudip ngan acuan coklat..
Rasa nak ketuk keyboard komputer lak hohoho..

Hmmm...rasanya dah lama blog Adam & Hawa ni terbior
Maklum la sejak berjinak2 ngan coklat nih
Malas benar nak menulis dan menggodek2 blog
Menerjah blog orang lagi la...
Huiiii malas bebeno teman.. (ala2 Ucop Wilcha gitu ahaksss)

Petang nih rasa cam gatal tangan lak nak nuko blog Adam & Hawa ni ngan wajah baru
Dah lama pakai template bunga2 tu..
Boring gak asyik duk nengok bunga jek
Skarang kita tukor gambo rama2 la pulak, okey?

Mmm rasa cam okey jek..
Boleh la tu ek..






Wednesday, May 11, 2011

Happy Birthday Anak Solehah, Batrisyia..

Pejam celik, pejam celik..
Anak daraku dah pun berusia 5 Tahun pada hari ini..
Mmmm sekejap benar rasanya..
Skarang Batrisyia dah pun bersekolah PASTI..
Dan skarang ni jugak dah pun pandai baca AYAT KURSI + SERIBU DINAR dan macam2 doa harian lagi
(yg paling lawak, diujung2 ayat Kursi tu dah bersambung ngan Surah An-Nas pulak kih3..sabar ajelah)
Dah kenal huruf jugak..cumanya belum tahu membaca je lagi

Alhamdulillah..
Cepat benar dia belajar dan menghafal
Mudah2 an sebelum masuk Darjah 1, dia dah tahu membaca...

Pagi ni..ibu gi hantar Batrisyia ke sekolah.. sbb hari ujan
Kebiasaan, dia akan dihantar ayahnya..
Lagipun ibu ada sesuatu untuk kawan2 Batrisyia..
Iye la..sebelum nih dia tak penah meraikan harijadinya bersama kawan2
Sementelah dunianya hanya dalam umah sahaja..
Mana nak ada kawan kan?? eheh

Semalam,
Dari pagi hingga petang ibu duk bersilat kat ceruk dapur
Membuat sesuatu yg istimewa di harijadi Batrisyia..
Alhamdulillah..semuanya siap dengan sempurna
Harap kawan2 Batrisyia suka la ek..

Jom la kita tengok apa yg dah ibu buat utk harijadi Batrisyia tu =D



Kek Coklat dan Loli Sakura untuk sahabat Batrisyia


Dah siap packing..
Kek coklat sebijik + sebtg loli sakura + sudu plastik
Hmm itu je la yg termampu nak bagi
Rasa cam tak sempurna je kan?
Patutnya bagi souvenir kecil jugak..
Cam pensel ke... aduhai..
Dengan bajet yg ciput, tak dapat nak sediakan sesuatu yg mahal2 okey hihi


Sempat gak posing ngan hadiah utk kawan2 nya..
Pas posing terus gi anta dia ke sekolah

Happy Birthday Anak Solehah,
KHAIRINA BATRISYIA

Semoga jadi anak yg baik utk ibu & ayah
Semoga membesar jadi Anak Solehah dan berperibadi mulia

Ketahuilah olehmu Sayang,
Biarpun kekadang ibu marah pada Batrisyia
Itu tak bermakna ibu tak sayang
Sebab rasa sayang lah ibu marah
Ibu nak Batrisyia jadi manusia yang tahu adab sopan, dan berperibadi mulia

Ketahuilah olehmu Sayang,
Ibu terlalu bahagia
Memiliki seorang anak yang bernama Batrisyia
Yang sering membuatkan ibu tertawa riang
Dengan lawak jenakanya
Yang sering membuatkan ibu marah bagai nak terbakar diri
Dengan kerenahnya yang suka berebut barang ngan Zahin
Pendek kata,
Dengan hadirnya Batrisyia dalam kehidupan ibu
Sifat sabar WAJIB ada setiap masa hehe
Sabar ajelah... wahai IBU..

Lastly,
Ibu, Ayah, Adik Zahin Sayang Batrisyia
Muahhh..









Related Posts with Thumbnails