Pages

Saturday, January 15, 2011

Landak Mini Jadi Haiwan Peliharaan Cik Asben

Sesetengah orang mempunyai minat untuk memelihara binatang. Biasanya, ia dijadikan peneman kala kesunyian dan kebosanan. Ada yang suka kucing, iguana, hamster,arnab, katak (cam Tina lam Putera Katak tu hihi) dan sebagainya.

Begitu jugak ngan Cik Asbenku. Dia memang minat nak membela haiwan peliharaan, tapi nak buat cemana.. Kawasan umah kami ni tecik, so terpaksa la dikuburkan aje semangat dan keinginan nak membela itu. Setelah lama keinginan itu terkubur... ianya dah muncul kembali dengan tiba2...

Bebaru ni, Cik Asben duk tergila-gila sangat nak memelihara 'LANDAK MINI'..katanya terjumpa lam mudah.my (kalo tak silap la huhu). Rasa cam terkejut dan tak percaya gak memulanya bila Cik Asben cerita, wujudnya binatang yang bernama 'Landak Mini'..sebab setahu aku, kalo dah namanya landak..yang besar dan berduri tajam tu la... Bila Cik Asben tunjuk gambo landak mini tu.. alahai cumilnya..kecik dan berduri pendek. Seakan2 hamster gitu. Hatiku jugak dah tertawan sama hik3.

Dan setelah berminggu2 duk mencari landak mini tu kat internet.. bermacam2 nombor dah telefon tuk bertanyakan pasal landak mini... akhirnya dapat jugak Cik Asben memiliki 3 ekor landak mini.. itu pun mintak bantuan dari abang Cik Asben merangkap abang iparku yang tinggal di Kelantan. Sebab orang yang membela landak tu tinggal di Kelantan.

Akhirnya tertunai sudah hasrat hati Cik Asben tuk memelihara Landak Mini.. senyum jer manjang skarang nih heheh.. petang, bila balik dari keje jer terus main2 ngan landak mini. Dak tecik dua orang tu pun sama sebok main2 ngan landak jugak..

Jom  la tengok Landak Mini yang dipelihara oleh Cik Asben..sengihnampakgigi



Ni la dia Landak Mini tu..
Cute tak?? hihi




Cik Asben baru first time nak bermanja ngan landak mini..
Masa ni tak berapa jinak lagi..
Baru jer nak pegang..dah tegakkan durinya..
Cemana tu eheheh
Maklum la baru jumpa..




Cik Asben ngan landaknya yang diberi nama..
'NINJA' sengihnampakgigi




NINJA ngan aksinya... mengunyah makanan..
Landak Mini ni hanya makan makanan kucing




Batrisyia yang teruja tengok Landak Mini..
Nak sentuh tapi takoot..
Asyik duk tegakkan duri ajer huhu 




2 ekor betina dan sekor jantan
Nini + Miko + Ninja




Rupa sebenar Landak Mini..
Durinya pendek jer tapi tajam gak




Inilah rumah landak mini
Hasil kerja tangan Cik Asben sengihnampakgigi




Sambil tengok landak mini..
Sempat jugak si Batrisyia dan Zahin ni berposing hik3








Bila dah lama landak mini tu ngan kami satu family...dah jinak sesangat sekarang nih..Si Batrisyia ngan Zahin pegang pun ok jer.Tak tegakkan duri dah.. kata Cik Asben, kalo dah beranak pinak..dia akan jual pulak anak2 landak mini tu sengihnampakgigi ( sambil menyelam minum air gitu kikiki)





Monday, January 3, 2011

Anda Di Mata Orang Lain..

Suatu hari seorang MOTIVATOR terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.

Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

"Siapa yang nak duit ini?"

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang berminat.

"Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu"

Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

"Siapa yang masih mahu duit ini?"
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

"Baiklah", jawabnya,

"Apa jadinya bila saya melakukan ini?"

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?"

Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

"Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya."

"Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga.."

"Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu."

"Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti."

"Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan."

"Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri."

"Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga."

"Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita."







Citer ni aku copy + paste dari mail yang dikirimkan oleh Cik Asben tersayang padaku.Harap dapat manfaat daripada kisah diatas sengihnampakgigi





Saturday, January 1, 2011

Happy New Year 2011 Buat Semua

Kami Satu Family..




Nak mengucapkan..

v
v
v



Semoga Tahun 2011 ini akan membawa seribu kebahagiaan pada korang semua.Harapnya, segala impian dan hasrat korang di Tahun 2010 terlaksana dengan jayanya.sengihnampakgigi




Related Posts with Thumbnails