Pages

Thursday, December 23, 2010

AKU dan PAP SMEAR

Rentetan dari cerita  Kawanku dan Kanser Ovari..

Hokey,
Jom baca definisi Pap Smear dulu..

APAKAH PAP SMEAR

Pap Smear adalah ujian yang dijalankan melalui kaedah mengambil sampel atau calitan dari serviks.Pap Smear adalah ujian yang sangat mudah dan tidak menyakitkan.Ianya boleh dilakukan di mana-mana klinik yang mempunyai peralatan Ujian Pap Smear. Ianya tidak memerlukan bius dan pengambilan pap smear cuma memakan masa 2-3 minit sahaja. 

Dah tahu maksud Pap Smear??
Jom baca kisah ni pulak  sengihnampakgigi

Dek kerana rasa takut dan bimbang ngan diri sendiri..mana la tau kot2 kan.. (takut nak sebut perkataan tu..uwaaaa)
Di hari minggu yang lalu.. saya telah pun menjalani Ujian Pap Smear.
Rasanya dah lama tak buat...last skali check masa belum mengandungkan Zahin. Sekarang dak Zahin pun dah masuk umur 2 Tahun lebih.Mmmm lama dah tu.

Masa sampai kat klinik tu..menggeletar kaki nih hihi..bukan pe takut gak nak buat Ujian Pap Smear tu.SAKIT tahu uhuhu..tapi tetap menabahkan diri sendiri dan pikir..wink wink

* Sekejap jer nih buat ujian tu
* Eleh, sakit nak bersalin lagi dahsyat dari sakit ujian tu
* Pikir demi masa depanmu dan anak2 Yana oitttt
* Alaa.. sikit jer tu..tak de apa lah!

Ahahaha macam2 yang ada dalam pikiran nih..nak2 lagik yang bertanduk tu pun turut menghasut hati yang sedang berpecah belah, ragu2 dan tak yakin tu..

Rasa terdesak nak kena buat Ujian Pap Smear tu jugak kerana kekadang ada gak sakit perut memulas hingga ke belakang pinggang..ingatkan nak mai uzur..tapi tunggu punya tunggu tak datang jugak..Tu yang rasa terpanggil nak check jugak tu.Bukannya mintak ada penyakit merbahaya tu, cuma nak tau la keadaan diri sendiri ni kan..apa orang kata.. " Sediakan payung Sebelum hujan "




* pic dari Google.TQ

Ni la alat2 yang digunakan masa Ujian Pap Smear tu
Tang besi tu yang rasa gerun sakan tuh uhuk3 


Alhamdulillah,
Masa scan perut, kata doktor tade pape yang pelik kelihatan kat situ..So, skarang ni duk tengah berdebar tunggu result Pap Smear tu aje la.Harap2 tade yang pelik2 belaku pada diriku ini..Kata doktor, resultnya akan keluar dalam masa 2 minggu.Kita tengok aje la nanti cemana  sengihnampakgigi

Ya Allah,
Kau jauhkanlah sesuatu penyakit yang berbahaya pada diriku,anak2 ku, suamiku dan seluruh ahli keluargaku.Amin.

Saya dah buat Ujian Pap Smear..Korang dah buat??? (soalan ditujukan buat wanita sahaja yek kikiki)




2 comments:

Anonymous said...

kat mane nk wat pap smear ni ye..?tq

Yana Mohamad said...

Anonymous : Hari tu sy buat kat klinik panel cik Suami.. rasanya kat klinik swasta ada.. hmm kalo x silap ritu dlm RM 35 @ Rm 50 camtu la.. pegi la check..

Related Posts with Thumbnails