Pages

Wednesday, June 30, 2010

Hero Citer Winter Sonata Meninggal..

Kengkawan penah tengok citer ni tak??

!
!
!
!
!
!
V


Alah...Winter Sonata tu..
Femes benar citer nih satu masa dulu..
Daku pun salah sorang peminat citer tu..
Jangan tak tau hikhik

Tengahari ni dengar Buletin 1:30 kat TV3
Tetiba dengar pelakon dan penyanyi yang femes
Dan penah berlakon dalam Winter Sonata
Park Yong Ha meninggal dunia
Kerana membunuh diri kat umahnya di Seoul

Wawawa sungguh terkejut..
Ingatkan yang ini orangnya..

!
!
!
!
!
!
!
!
!
V


Tapi bila google kat internet..
Ternyata bukan...
Dan yang telah membunuh diri itu adalah
Yang ini..

!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
V


Rasanya Park Yong Ha ni..
Yang belakon watak jahat kat dalam drama
Winter Sonata tu..

Hurmmm itu lah dia manusia..
Ada masalah sikit..
Terus amik jalan pintas tuk selesaikan masalah tu..
Dan yang biasa dorang lakukan adalah
MEMBUNUH DIRI..

Kalau nak tahu selanjutnya pasal berita nih..


Tapi kan..
Daku suuuukaaa sangat tengok heroin nih..

!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
V

Sebab mulutnya begitu cumil..
Kecik cam mulut burung mwahahaha
Sukati aku jer kan kihkihkih
Dan satu lagi..
Wajahnya like baby face gitu =D
Masih tak lupa nama wataknya
Dalam Winter Sonata tu..
Yu Jin






***Psttt : Gambar pinjam dari Pakcik Google..Kredit tuk Pakcik Google...Time kasih yek =D





Tuesday, June 29, 2010

Rest HouseKu Dah Sempurna..

Hari tu dah balik tuk rasmikan umah baru...
Ada la dalam 4 hari 3 malam..
Tapi rasa cam tak puas ler..
Maklum la umah baru kan?? kuikuikui

Lagipun masa tu
Banyak benar mende yg nak diuruskan..
Pasang langsir,mop lantai
Kemas itu..kemas ini..
Tup2 dah nak balik Kuantan uhuhu..

*
*
*
*
*
*


Ini ler umahnya..
Masa ni belum sepenuhnya siap hokey =D

Kalau nak tengok REST HOUSE Ku Yang Dah SEMPURNA
Maknanya siap masukkan perabot..
Sila la scroll kat bawah ek..
NO..NO...NO....
Jangan la kengkawan pikir daku nak riak hokey =)
Sesaje jer nak berkongsi kegembiraan ngan kawan2
Mane tau kang ade kengkawan nak amik inspirasi jugak
Tuk buat umah rehat kan..kan..kan.. hikhik

*
*
*
*
*
*

Kita mula dari beranda la ek..
Biar saspen sket kuikuikui..
Kalau kita bertandang umah kawan pun
Mesti kita masuk ikut depan kan?? ngee 

*
*
*
*
*

 
Ni kat Beranda..

Hokey...Jemput la masuk..
Jangan segan Jangan malu
Buat macam umah sendiri.. hihi

*
*
*
*
*
*


 Pintu Besar..

Sila la jangan malu2..
Tolak jer pintu tu.. =D

*
*
*
*
*
*


Ruang Tamu..

Masuk jer terus nampak ini kikiki..
Hanya kat area ni je nampak cam okey
Letak mende alah tu hihi

Jangan korang ingat almari kasut yek!!
Itu adalah Display kabinet yang macam almari kasut ahakss
Sian plak ngan daku kan???
Ni beli kat CAVENZI la niii
Mulanya ingat nak tempah set umah kat Cavenzi
Bayar la deposit rm1000
Bila balik bincang kat umah..
Search internet..
Banyak pendapat gitau perabot kat Cavenzi tak bape bagus
So,ubah fikiran..
Bila tefon gitau nak cancel..
Dorang dah tak nak pulangkan duit..
Paksa Rela la amik jugak barang kat situ huhu..   

*
*
*
*
*
*
*

Ruang Tamu jugak

Kabinet TV ni pun sekali ngan Display Kabinet..
Tapi nampak cumil ler jugak kan???
Alolololo sedap kan hati sendiri la tu hihihi

*
*
*
*
*
*


Hurmm..best gak bersantai2 kat sofa ni
Sambil tengok tv kan =D
Pssst.. kalau nak tau Meja Kopi tu dari Cavenzi gak
Dia bagi 4 Barang utk rm1000
Giler mahal pehhhh..
Sabo je la uhuhuhu..

*
*
*
*
*
*
*


Nak menyelit jugak gambo ni kat cni kekeke
Snap gambo ni seblom tinggalkan umah ari tu..
Winduuu bangat ngan umah baru itu =(
InsyaAllah minggu depan balik lagi yeeaaaaaa!!!!

*
*
*
*
*
*
*
Bilik Tidur

Wehh tak malu la tunjuk bilik tidur kat orang hikhik
Takpe tuk kali ni jer..
Pasni dah tak tunjuk dah ghee..

Perabot dalam bilik ni amik kat member kamceng suami
Uncle Ong.. (masih muda belia) 
Memang harga boleh runding laa..
Tak ler mahal sangat..

2 set katil Queen
Satu duk hujung dinding sana
Satu duk hujung dinding sini
Ada satu Tilam tu pun dari Cavenzi

*
*
*
*
*
*
*
*

 
Bilik Tidur jugak

Kat belakang almari tu ada tempat solat
Kiranya almari tu jadi dinding laa
Sembunyikan sikit tempat bersolat..
Tujuannya tak mau bagi anak ganggu
Masa ibu ngan ayah tengah berjemaah.. =D

*
*
*
*
*
*
*
*

Dapur

Meja makan tecik
4 kerusi jer..
Dah namanya RESTHOUSE kan..
Mesti la perabotnya pun ala kadar aje ghee
Tak ler mewah sangat..
Lagipun sebulan sekali jer nginap kat sana..
Tak perlu la nak mewah2 kan..kan??

Opss..Lupa lak nak snap gambo kabinet yg tak siap..
Fulusnya udah habes
So, kabinet tu belum ada pintunya...
Kosong ajer la hikhik..

Hokey..
Dah selesai terjah RESTHOUSE ku..
Hurmm ape pendapat kengkawan..
Okey tak??
Harap boleh la kongsi barang sedikit apa2 yang patut kan =D







Monday, June 28, 2010

1st Time Jejak Kaki Kat Jom Heboh

Semalam kami satu family terjah kat sini..

*
*
*
*
*
*
*

Yang diadakan kat Padang MPK 2 Kuantan..
(Harap betul la nama tempat tu huhu)



Ni kira 1st time la daku menjejakkan kaki kat Jom Heboh semenjak ianya wujud kuikuikui...sian ngan aku kan??? (Cik Somiku itu anti ngan tempat2 berhibur cenggitu...Harap Maklum hikhik)

Hurmmm...pendapat ikhlasss dari aku... tak ler seBEST mana tempat tu....

Pelik gak aku...nape la orang duk  berduyun2 pergi...sedangkan tak ler seHEBOH namanya hikhik...pepandai jer aku ni kan hekhek...

Aku pikir BEST sesangat ler JOm Heboh tu....dah lama berangan nak sampai jugak kat Jom Heboh... last2 bila dapat pegi.... rasa cam tak BEST la pulak...

Yang jadi teringin nak jejakkan kaki jugak kat Jom Heboh tu... sebab nak tengok artis la kekonon... hurmmm yang aku nampak hanya la 2,3 orang yang namanya bergelar artis... huh!!! tak berbaloi aku berjalan begitu jauh sebab parking sume da penuh...terpaksa parking jauh sikit dari tapak pesta...dan menapak tuk sampai kesana kihkihkih...semangat punya pasalll...dalam panas terik lak tu huiih...


Yang aku dapat tengok ngan jelas...ini jer..

*
*
*
*
*
*
*


Fara Fauzana a.k.a Fafau..
(Masa ni rasanya dia ngah kendalikan rancangan MELODI)


Tapi...dalam duk tak BEST...tak BEST...sempat gak menyambar sebeg dua makanan kikikikiki...dah alang2 duk kat sanakan??? habeskan ler barang berpuluh2 ringgit ahaksss...



Biskut ngan London cake tuk anak2..
(Balik umah yang duk pulunnya ibu ngan ayah...ade ke patut kihkihkih)

Sambar gak 2 pasang kain tuk Batrisyia yang harganya rm10 sepasang huhu... dan 2 helai seluar trek tuk anak2.... tu je ler....

Kata suami...ni la kali pertama dan terakhir dia terjah kat JOM HEBOH... kuang kuang kuang







Thursday, June 24, 2010

Terima Kasih Idazs..

Petang ni nak selesaikan utang PENGHARGAAN buat seorang sahabat lamaku....kawan masa sekolah dolu2 ...lost contact dah lama jugak dan kini kembali berteman pas jumpa kat Frenster dan sama2 bergiat dalam berblog skarang nih hikhik... (Pssst..kalo nak tau..Ida la yang perkenalkan daku ngan dunia belog ni....thanx Ida)

Dah lama sangat rasanya tertangguh nak publish entry ni...maaf yer sahabat =D

Hokey....2 minggu lepas...

Daku telah diumumkan sebagai FOLLOWER BERTUAH kat Blog Myorangejinggashop milik Idazs

Weeeeee Time Kasih Idazs..

Banyak pulak luck daku tuk dapat adiah kebelakangan nih hihihi...sungguh seronokkkk ^_^

Dan minggu lepas..adiah yang dijanjikan itu telah tiba dengan selamatnya...



Ini la adiahnya...
Memang teruja daku nak pakainya..
Tapi bila disarung cam pelik pulak wajahku kat cermin huahuahua..
Macam orang tak cukup sifat pun ada huhuhu..
So,malu la nak tunjuk kat sini kuikuikui...



Pape pun...Terima Kasih tak terhingga buat Idazs kerna dah bagi adiah tudung yang cumil itu...daku akan totap memakainya biarpun orang tengok pelik hikhikhik... daku pun nak slow2 la berjinak2 pakai tudung Syria yang skarang ni begitu femes itu =D







Tuesday, June 22, 2010

Terima Kasih MamaDamia a.k.a Haiza..

Salam bersiaran yer kengkawan..
Lama benar pulaknya bercuti dari hapdet belog ngee
Bukan disengajakan lorrr =)
Sebok ckit minggu lepas hihi..
Apa yang daku sebokkan tu???
Haaaa nak tahu....
TUNGGU!!!! kikiki
Entrynya akan menyusul nanti yek..
(wawawa bajet cam ada yg nak tau jer ghee)

Hokey..
Ari ni nak ucapkan berbanyak2 timekasih...
Buat MamaDamia a.k.a Haiza
Kerna adiah yang diposkan..
Daku dah terima...
( Sori yek lambat publish n3 ni..tak sempat dek terlalu sibuk heee
Pape pun daku terlalu menghargainya )

Tentu ada yang tertanya2 kan..
Nape lak tetiba jer daku dapat adiah nih??
Hari tu aku ada join giveaway kat..

Tau2 jer dapat adiah kat giveaway tuh hihi
Sunguh seronokkk youu ngee
Maklum la first time ada luck tuk dapat adiah giveaway =)

Kalau tak caya ni buktinya hek hek
*
*
*

 

Ala yang nombor 11 tu..
Haaaa..nama blogku la tuu hihi


 

Ni la adiah yang ku dapat tuh..
Sungguh cute dan tomey2 belaka
* Lilin wangi sekali ngan tapaknya
* Keycain dari Sarawak
* Frame gambo tecik dari Langkawi

Wawawa dek kerana adiah tu sungguh cute..
Rasa sayang lak nak guna ahaksss..
So, adiah tu kusimpan jer wat kenangan ^_^ 









Monday, June 21, 2010

HAPPY FATHER'S DAY...






Terima Kasih Buat SUAMIKU a.k.a AYAH pada anak2 ku...
Kerna dikau selalu ada...
Tika aku dalam kesedihan...
Kegembiraan...
Jugak dalam kesakitan..

Kasih SayangMu buat kami bertiga..
Takkan dapat dibalas
Walau dengan segunung intan
Selautan emas berlian..

Terima Kasih Atas Segalanya...

HAPPY FATHER'S DAY!!!

KAMI SAYANG AYAH..
UNTUK SELAMANYA...







 

Thursday, June 10, 2010

Balik Kampung Rasmi Umah Baru

Petang ni nak balik kampung
Yahooooo!!!!!
Nak balik rasmikan umah baru hokey ngeee
Sungguh seronok nih..
Kalau nak tau pasal umah baruku itu...

Moga semuanya selamat nanti..
Doakan kami satu family yek kawan2..

Lama gak ni bercuti dari hapdet belog..
Maklum la daku nih tak pakai broadband..
So,memang tak berpeluang la nak jenguk blog kengkawan nanti..
Maaf okey =)

Owh ye...lupa nak gitau..
Tuan belog balik kampung sampai ari selasa ek..
Harap maklum...
Wawawa macam la ada orang kesah ngan belog kau Na hikhik
Pasan jer lebih kan??
Tak pe la...janji aku Happy (^_^)

Key la ek...
Sikit jer dapat ku naip kat cni..
Sebabnya masih banyak barang yang nak dikemas..
Cau dulu yek..
Adiossssssss!!!!!







Monday, June 7, 2010

Langsirku Di Conteng Batrisyia..

Luluh rasa hati...rasa nak meraung sehabis daya tika ni uhhuhu Uwwwaaaa sob sob sob...

Sabar aje lah hati...Jangan dibenci anak itu (tak benci pun)...Jangan di pukul anak itu (dah pukul pun hihi tapi kat tangan je la) ...Jangan di marah anak itu (dah marah pun!!!)

Uwaaaa aku sedih!!! Aku jugak marah pada diri aku sendiri sebab..sebab letak pen merata2 uhuhuhuk...padan ngan muka aku!!!...

Al-kisahnya begini... (kejadian berlaku pada hari sabtu yek...lambat publish lorrr)

Tengahari, pas makan nasi dan solat... tengok Zahin pun tido ngan nyenyak...ingatnya nak menyudahkan langsir yang dah dijahit tu....hanya tinggal kelim bawah aje lagi...

Malam tadi (jumaat) tak sempat menjahit... masa bagi Zahin tido dah tertidur ngan ibunya skali...tido mati lak tuh ngeee... letih beb!!

Masa tu duk buat apa ntah...tinggal la si anak bertuah, Batrisyia tu kejap kat dalam bilik jahit...dah nampak dah dia duk pegang sebatang pen...jumpa kat atas lantai bilik jahit ibu agaknya...tade la sebok ibu nak mintak dan simpan...sebabnya masa ibu nak guna ptg semalam (Jumaat) dah tade dakwat..

Alih2 masa nak betulkan kain langsir...konon nak ngukur la ni...tetiba ternampak la 3 tompok contengan kat bahagian bawah langsir...


Ni lah dia... hasil kreativiti Batrisyia


Hurmmm apa lagi mengamuk sakan la ibu...rasa nak menitik air mata bila tengok hasil usaha ibu...berpenat lelah dan bersengkang mata hingga jam 2,3 pagi ....demi nak menyiapkan sekeping langsir dah pun jadi hodoh dek contengan itu...

Aduhai anak...sabar ajelah...kalau belum jahit tape langsir bulih gak ibu tetas balik dan gunting mana yang patut...pastu letak kain lain...

Ni dah siap pun...cuma tinggal nak kelim bawah ajer.Pastu leh la basuh...uhuhu sadis sungguh rasanya...Sabar ajelah hati...budak2 nak wat camane...dah tabiat dorang suka mencuba sesuatu yang baru kan?? trime aje la....Adoiiii parah betul!!!!

Ada sesapa boleh tolong tak?? bagi petua cane nak ilangkan kesan pen pada kain langsir itu....please!!!!


Langsir Box Pleat ku yang dah siap dijahit...
Untuk umah baru kat kampung....
Okey tak patern camni?? hihi









Kreditku Dimasukkan Balik Oleh Celcom..Yahooo!!!

Pagi nih...dapat call dari Celcom....

" Kredit anda dah dimasukkan balik ke dalam akaun...sekarang bakinya ada bla bla bla..."

Tersenyum sengih sampai ke telinga aku dengar akak tu cakap cenggitu hihi...

" Owh okey...maknanya duit tu dah di kreditkan balik la ke akaun saya..."

" Iye... dan bakinya sekarang bla bla bla.... "

" Hokey,terima kasih "

Pas putuskan talian jer...terus aku menjerit sambil melompat2 kegembiraan ahaha dah cam 'monkey' gayanya ekeke....bukannya apa terlampau seronok!!!!

Mana tak seronoknya...banyak tu duit yang aku bakal hilang kalau dia tak kreditkan balik...dalam rm 60 lebih gitu laaa....SAYANG TU!!!!

Semalam memang aku berkira2 nak tefon balik Celcom Careline tu arini...nasib jugak dia dah call aku dulu...semalam gak aku dah berniat nak 'terminate' talian tefon tu kalau kreditku tak di masukkan balik...

Huhhh selamat kau Celcom....kalau tak aku dah terminate line kau jadik Maxis ker....Digi ker...

Pape pun pagi ni aku Happy campur ralat.....apa yang aku ralatkan??

Hurmmm akan menyusul nanti entry mengenai kejadian yang membuatkan aku sedih,ralat dan segala macam rasa la kat dalam dada nih uhuhuhu...








Thursday, June 3, 2010

Prepaid Celcomku Hilang!!!

Dua tiga hari ni tade mood nak menaip entry......

Bukannya apa...tengah bengang ngan CELCOM nih...Prepaid Celcomku Hilang!!!!...

Ntah pape jer sistem dorang...suka suki dorang jer nak amik duit orang yek....grrrrrr memang aku MARAHHH skarang nie..


Gambo pinjam ngan pakcik google..thanx yek!


Citer nye canggini..

Pada 26 May bebaru nih aku masukkan top up rm30 kat henfon...tarikh last guna kredit tu pada 25 Jun nanti..bakinya tika tu rm 68.66...

Pas masuk duit tu...hanya aku guna wat tefon mak ngan cik somi jer dalam 2,3 kali...antar mesej kat jiran sebelah dan cik somi 5,6 kali...

Alih-alih...pada hari Sabtu,30 May dah tak leh guna...Hadoiii hangin betul lahhhh...nape lak jadi camtu????

Masa duk tengah bengang camtu aku terlupa la nak check bakinya ada bape...asyik duk dapat mesej dari 4000 tu je....

" You have insufficient Airtime balance.Please reload your prepaid account."

Kejadah apa laginya aku nak kena reload prepaid lagi...kang baru 4 hari aku reload.....sabooooo je lahhh!!!

Merata2 aku duk geledah semata2 nak carik nombor Careline Celcom...Adoiiii!!!

Hari isnin baru la aku tefon Careline Celcom 1111 tu....hurmmm crite punya crite....tanya punya tanya...dia cakap suruh call hari slasa lak...nak check dulu list panggilan yang aku buat pada hari 30 hbulan tuh...pulak dah!!! okey larr..

Hari selasa aku call lagi tanya...ye laaa tak puas hati kan....dah ler kredit aku ada dalam rm 60...takkan la nak biar cenggitu jer kan....mana boleh!!!! Sayang tuuuu hikhik..

Pekerja Careline tu cakap aku ada buat call kat nombor 09-618xxxx (nombor tefon umah mak aku) dan bergayut selama 7 jam.....

Wah Wah Wah....apa kejadahnya aku nak bergayut selama tu ngan mak....panas telinga la weiiii...lain la kalau ada mende penting nak cakap...ni cuma tefon nak tanya resepi masakan jer ngan mak ahaksss pecah tembelang la pulak kikiki...

So,aku bagitau la dia ngan nada marah2 sikit... (ala gempak la sikit kan!!!) ...aku memang tade bergayut selama 7 jam tu...masa sembang ngan mak tu dalam 15 minit jer...mana bulih dia buat pelanggan camtu....main amik2 jer duit orang sukati dia lak huh!!...pastu aku tanya la dia takkan abes camtu jer duit aku rm60 tuh...kalau rm 10 tu aku boleh sabo lagi...redha jer....ni manyak tuuuu....3 bulan simpan beb!!
  
Dia suruh aku tefon balik dalam masa 3 hingga 7 hari bekerja...dia akan anto laporan pasal duit aku ilang tuh...kalau betul aku tak bergayut....dia akan masukkan balik duit aku...

Hurmmm okey...aku sabar dulu...esok2 aku tefon balik...biar dia panas punggung gitu huh!!...

Tapi kan...aku memang rasa sedih skarang nih...tak leh nak tefon mak...jugak teringin nak cakap ngan Kak Ja, akak sulungku yang mungkin skarang nih duk berhempas pulas berkemas...maklum la pindah umah baru hihi....

Nasib jugak ada adik aku sorang, Syida yang blajar kat UIA tu...bulih la jugak tolong mana2 yang perlu...

Aku nak jugak duit aku balik!!!! tolong!!! sob sob sob...







Related Posts with Thumbnails