Pages

Tuesday, February 9, 2010

COSWAY..


COSWAY..
Aku memang pernah dengar pasal Cosway
Tapi tak ler amik tau sesangat pasal
Produk yang syarikat ni jual..

Nak dijadikan cerita
Masa aku balik kampung aritu
Abang ipar aku ada la tunjuk katalog Cosway nih..
mm memang harga barangnya tak la terlalu mahal
Dan jugak tak terlalu murah
Kiranya sedang2 gitu..
Tu pun ikut atas barang la..

Makanya somiku terberkenan la kat satu barang nih
So,kata abang ipar aku..
Amik la nombor ahli dia dan gi la beli sendiri hikhik
Ada ke patut camtu huhuhu..


*Psst - Maaf kualiti gambo tak begitu memuaskan
memandangkan aku hanya menggunakan khidmat kamera handphone jek =)

Ni lah dia barangnya..
Dah pun dibeli
mm harganya tak ler mahal sesangat rasanya
Rm 139 camtu la.. tupun pas guna nombor ahli
Harga sebenarnya tak pulak aku tahu hehe

Sebetulnya jugak aku dah letih mengikut somiku
Menyervey vacuum cleaner nih
Dah banyak tempat pergi..
Tapi masih belum jumpa yang berkenan dihati
Aku tak tau la bentuk camana yang cik abangku cari..



Sudahnya brand ini jadi pilihan hati =)
Aku tak pasti la jenama nih orang kenal ke tak ahahaha
Janji murah dan namanya vacuum cleaner ekeke
Wehh jangan pandang sebelah mata tau..
Ok gak aku rasa vacuum nih
Semua penapis habuk tuh boleh dicuci dan dikeringkan aje..
Tak perlu la nak mencari sarung habuk ke ape
Ok la tu..memudahkan keje dan yang penting JIMAT..



Ini pulak vacuum flask untuk Batrisyia..
Menggantikan flask yang rosak dek kerana
Selalu dijatuhkan oleh Batrisyia
(Sebelum ni pun guna flask camni gak
Sebabnya cumil+tecik+ringan
Memudahkan ibu mengeleknya time balik kampung hehe)



Dalam duk menilik2 barang
di premis Cosway East Coast Mall Kuantan tu
Terbeli jugak mende alah ni
Nak mengilat kerusi urut katanya..

Mm baguzz gak Cosway nih..macam2 ada
Maknanya tak rugi la kalo masuk jadi ahli
(Tapi tak masuk ahli lagik hehe)
Aku tak tahu la camana sistem yg diguna
Point atau pun duit..???

Tentang premis tu
Ok la teratur jer barangannya disusun
Tapi yang tak enak dipandangan mataku
Pakaian penjaga kedai tu merangkap cashier jugak
Terlampau tecik
Hingga menampakkan perut+seluar tecik
 Saat menghulurkan barangan pelanggan

Malu pun ada gak pada sorang apek cina tuh
Duk pandang jer bila terangkat baju aweks cun si cashier tu..
Perempuan melayu lak tu
Adoii macam2..







2 comments:

Rizman M.A said...

Nama pun jualan langsung kak.. mesti la produknya pun tak de kat pasaran biasa.. jenama pun memang le confirm tak pernah dengar

Yana Mohamad said...

Rizman M.A..

Hehe tu la fasal =)

Tapi ok la daripada takde langsungkan?takpe la jenama tak glemer pun janji leh sedut habuk kihkihkih

Related Posts with Thumbnails