Pages

Thursday, February 25, 2010

" HoHoHo Balik Kampung...Hati Girang (^_^) "

"Hohoho balik kampung....
Hohoho balik kampung....
Hohoho balik kampung....
Hati girang...."

Yahoooo!!!!
Petang nih nak lek kampung..sukanyaaaa..
Aduhai rindunya la ngan masakan mak
yang 'terbest in the world' tuh ahaksss
Ye iye jek aku nih...
Apalah nasib..orang lain sumenya dah balik kampung
2 minggu lepas..
Dan aku baru kini nak menyesakkan jalan raya...
balik ke kampung..
Tapi takpe asal kan boleh gak aku balik kampung
mwahahaha sonoknyaaaa!!!

Ok la aku nak masak dulu
pastu kemas baju dan jugak umah...
Alahaiiii dah macam tongkang pecah dah jadinya umah aku nih..
Ni sume kerja budak berdua ni lah...adooiii..
Ok la sebelum aku meng'off ' ladtop nih..
Izinkan aku membuat ucapan sepatah dua kata ek....

"SALAM MAULIDUR RASUL"
buat semua...
BERHATI2 DIJALAN RAYA..
BERHENTI REHAT DULU KALO MENGANTUK..
Minum nescafe nak hilangkan ngantuk..
(apa yg aku karutkan nih..
macam la org lain nak lek kampung gak hehe...
agak2 nya aku ngan family jek yg ada kat atas jalan raya
nak balik kampung mwahaha)
Moga semuanya selamat tiba ke destinasi..
TaTa...Sayonara..











Tuesday, February 23, 2010

Apa Perbezaan Crocs Ori Vs Crocs Ciplak..???

Apa pendapat korang tentang Crocs Ori Vs Crocs Ciplak..
Apa perbezaanya?
Kalau mintak ibu bagi pandangan..
Rasanya sama jek..
Takde bezanya pun..
Cuma Crocs Original tu dah tentula branded punya..
Harga plak mau ratus2 sepasang..
Penah gak skali dua masuk kedai kasut Crocs kat East Coast Mall Kuantan..
Adooiii nak pengsan rasanya bila tengok
Sandal tecik saiz kaki Zahin pun dah menjangkau harga seratus
Adeehh mahal sih..
Lebih mahal dari kasut ibu la camtuh..
Terus letak dan blah..hehe

Kalau takat sandal plastik camtuh kat pasar mlm pun manyak
Tunggu pilih dan bayar ajer..
Tapi tak branded la kan beli kat pasar mlm jek...huhuhu
Bukannya ibu tak mampu nak beli
Cuma rasa cam tak berbaloi plak..
Sebabnya pakai kat kaki jer..tak perlu la kot nak mahal2
Bukannya orang nak tilik kan?
kalau dah duk kat kaki..ngeh ngeh ngeh


Nih sandal Crocs Original
yg ibu copy dari kedai Crocs
(Mekasih yek..sori tak mintak izin nak copy hihi)



ehem ehem Nih pulak Crocs yang ayah beli untuk ibu hehe
(mekasih banyak2 yek hikhik)

Apa pendapat korang tentang gambar kat atas?
Rasanya nampak tak perbezaan kedua2 gambo tuh
Pada ibu mmm sama jek..
Tulisan sama,gambo buaya pun sama gak..
yg tak samanya sebab harganya murah
(Weh murah2 pun..hampir2 gak 50 hinggit)
Beli pulak kat pasar malam jek petang semlm wakaka..
Tapi takpe la..sebab suami kesayangan yg belikan..
Ibu terima seikhlas hati..
Lagipun paternnya cumill sangat
Kena la ngan kaki ibu yg jenis panjang tuh mwahahaha...



Pandangan depan..



Mmm ni ha tulisannya beserta ngan logo boya tuh..
Tak de cacatnya pun..kan?kan?



Ni pulak budak tak cukup umur duk try...
kasut Crocs Ciplak ibu ekeke..
Sesungguh hati dia duk mengheret kasut tuh..
Lagi pun ianya ringan sangat... =)

Mmm ok la... tu je ibu nak tanya..
Nak tahu gak bezanya yg orang duk sanggup beli
Sampai beratus2 hinggit ..
Sedangkan ianya plastik jer..
Kalau jumpa sesapa yg pakai Crocs..
Tak tahu la nak cakap ianya ori ataupun ciplak..
sebab nampak serupa jek...tade beza..
Pandangan korang lak camana?

Ok la kita layan jer la
si budak tecik tak cukup umor nih
ngan kasut Crocs Ciplak ibu tu..ngeh ngeh ngeh...








Monday, February 22, 2010

Ayah..Jangan Laa Gi Keje...

"Ayah..jangan laa gi keje...huhuhuhu..."
Begitulah kata2 Batrisyia pada ayahnya..
Saat ayahnya nak berangkat ke tempat keje..
Lepas Isyak semalam..

Rasa nak menitik air mataku
Bila mendengar tangisan mendayu2 Batrisyia tuh..
Time tu tak dapat aku nak bayangkan..
Camana la satu hari nanti 
Bila di tinggal pergi ayah buat selama2nya...
Jangan la Kau ambil suamiku ketika ini Ya Allah..
Camana la nanti aku ngan anak2..
Takutnya aku nak membayangkan perkara itu..
Nauzubillah...
Tapi janji Allah takde sapa pun tahukan?
Setiap makhluk di muka bumi ni akan kembali padanya jua
Suatu hari kelak..
Itulah hakikat kehidupankan?...
Takkan ada satu makhluk pun dimuka bumi ni hidup selama2nya..
Kena ingat tuuu!!! (^_^)

Cuti Raya Cina tiada ertinya..
Sabtu & ahad pun tiada bezanya..
Sejak seminggu yg lalu..
Suamiku begitu sibuk ngan kejenya..
Keluar pagi pulangnya maghrib..
Dan kemuncaknya adalah semalam.
Katanya ada 'shutdown' enjin..
Mmmm ntah laa..aku pun tak faham bab enjin2 nih hikhik
Sebab tu la kot Batrisyia marah ayahnya pegi keje semlm
Maybe rasa kurang diberi perhatian....


Muka tak puas hati...baru pas nangis..
(Buruk benow muka anak ibu time nih kihkih)
(berenti jap pastu sambung nangis balik huahuahua..)


Alahai siannya anak ibu...
Biarpun dah diumpan gula2 oleh ayah..
tetap tak jln gak..huhu
(ibu pujuk suruh tido atas riba)


Bersedih sambil layan CEPLOS episod akhir...hihi
Tapi gelak sakan bila tengok kepala  'Ceplos'
Kuar kat robot tuh mwahahaha....


Waktu nih dah kul 10.45 mlm..
Mata masih lagi bulat dan terang..
Katanya nak tunggu ayah..
Kejap2 intai kat tingkap...sambil merungut
"Ibu..mana ayah ni tak balik lagi.."
"Cakap nak gi kejap jek huhuhu.."
Sedih plak ibu tengok si Batrisyia nih..
tapi nak buat camana dah kerja kan?
Terpaksa la terima sume tuh..
Akhirnya kul 11 mlm dia tido..
Ayah pulak kul 1.45 pg baru sampai umah..


*Moralnya...seorang anak
akan sentiasa menyayangi+merindui
seorang ayah yg sentiasa ada...
ketika dia mahu bermanja+bermain,
Mendodoikan dia time nak tido,
Buatkan dia susu/air masa dia lapar @ dahaga..
Mandi+pakaikan lampin untuknya..
(mm tu la kot...antara yg dilakukan somi untuk Batrisyia hehee
tu sebab la Batrisyia SAYANG SANGAT kat ayah muahmuah..)







Sunday, February 21, 2010

Hukuman Sebat Antara Syariah vs Sivil

Betapa indahnya hukuman dalam Islam..sehingga menghukum pun tidak sampai menyeksakan si pesalah.....Mari kita belajar dan dalami indahnya Islam..

Wallahua'lam...

SEBAT CARA SYARIAH..





SEBAT CARA SIVIL






Maklumat Ringkas:

SEBAT CARA ISLAM

1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm

2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.

3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.

4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.

5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.

6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.

7. Tidak melukakan kulit pesalah.


SEBAT CARA SIVIL

1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.

2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.

3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.

4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.

5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.

6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.

7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.

8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.


"YANG MANA ADIL,YANG MANA ZALIM?"

 
Berkaitan:

Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi...


Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 6....:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."








Bestnyeee Ketupat Sotong...

Rasanya dah lama tak makan ketupat sotong...
Petang jumaat ke pasar malam..
Tengok sotong besar+segar jek..
Ada can la nak buat  ketupat sotong nih hehe
Mmmm bestnye....
Tak sabarnyaaaa.....

Akhirnya petang semalam baru la menjadi
ketupat sotong idaman hati tuh..
Aduhailah ketupat sotong...
Yummy..Yummmy.. (^_^)



Memang best layan ketupat sotong nih..
Sampai tak hengat you...kihkih

Ok la hari ni ibu teramat la baik hati
Nak kongsi Resepi Ketupat Sotong nih
Dengan kalian
Resepi ni datangnya dari mak....
Memang senang sangat nak membuatnya
Asalkan rajin jek ahakss


Bahan2

3 genggam beras pulut
10 ekor sotong (besar2)
Santan
3 biji Bawang merah (mayang)
1 inci halia
Sedikit halba
3 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Cara Membuatnya..

* Basuh beras hingga bersih
* Rendam beras dengan santan+gula+garam
selama lebih kurang 1 @ 2 jam
* Lepas 1 @ 2 jam kemudian,
masukkan beras ke dalam sotong dan di selitkan lidi
* Santan dan beras yang lebih tadi
terus dimasukkan sekali ke dalam periuk
* Masukkan bawang merah yg dah dimayang,halia dan halba..
* Tunggu la dia masak dan siap untuk dihidang..


Mudahkan???...
So,Selamat Mencuba...

*Pssst...oh ya lupa pulak..
Jangan sumbat beras tuh manyak sangat okey
nanti akan meletup plak perut sotong tuh
dan akan terburai la segala beras tadi..
Sumbat beras ala kadar jek sebab beras tuh akan kembang nanti..
Harap maklum hehe..





Saturday, February 20, 2010

Gelagat Zahin..Bila Dapat Kaki...


Sejak Zahin dapat kaki (berjalan)..
Ni lah lokasi pertama yg dibawa suami
Untuk Zahin meneroka persekitarannya..
Aku tak tahu apa nama tempat nih..
Yang aku tahu orang panggil tempat nih Beteng/Benteng camtu la..
Lokasinya di tepi sungai berdepan ngan perkataan 'KUANTAN'..

Kawasan ni memang jadi tumpuan la
Nak2 lagi si kaki pancing dan..
Tak lupa jugak pasangan kekasih kui kui
Sebabnya tiap kali aku lalu situ atau singgah..
Dah pasti petak parking penuh dan takde lagi kerusi kosong..


 

On the way nak gi Beteng..
Masih sempat posing gaya ala2 model gitu ehehe
Tapi confius jugak nengok si budak Zahin nih..
Cam gugurl pun ada gak hikhik
Apa kata korang?
Jangan la wei!! anakku ini confirm laki laaa..hihi



Zahin menunjukkan taringnya..
Habis nak diredahnya tempat tuh..
Bimbang gak takut dilanggar pejalan kaki lain..
Maklum la tecik sangat..
Kekadang orang pun tak perasan ada anak kecil duk berjalan
Ye la..syok sangat menikmati pemandangan
yang cukup mendamaikan itu..
Kekadang ada gak bot nelayan yang lalu..
Burung helang pun banyak duk terbang melayang..
Mencari mangsa la tuh...

 

Nak jugak dia panjat tangga tuh..
Last2 jatuh terduduk ekeke
Tempat yang dapat kami duduki hanyalah tangga..hehe
Kerusi sumenya dah penuh..
Kalau ada kosong pun dipanahi cahaya matahari yg terik..
So,nak tak nak parking jelah kat tangga..
Sambil mengunyah kacang cap tangan...
Tak peduli la pe orang nak kata..huh



Aku paling suka tengok pic nih..
So sweet sangat hehe
Sonok sangat la tu leh berjalan merata..
Biasanya lepas kat halaman umah yang tak berapa nak luas tuh
Berpusing tempat yang sama jek kihkihih
So,sekarang dah boleh jalan merata..
Suka laaaa...



Ayah duk layan Zahin..
Ibu hanya jadi pemerhati
Merangkap jurugambo tak profesional heheh
Tak pe la skali sekala kan?
Ibu nak jugak berehat lepaskan lelah huhu..
Fair la kan?...
Apa yang penting...KERJASAMA..
Bak kata Wonderpets kegemaran Batrisyia dan Zahin..kuikui



Dan kali ni ibu pun nak masuk gak la dlm blog
Asyik duk belakang tabir jek
Bila lagi nak cari glamor murahan kan? kuikuikui
Tak malu betool la ibu nih..
Tak pe kali ni jek..
Pasni ibu duk belakang tabir je la..huhu
(Sori,gambo gelap skit sebab masa tu da redup..
Pakai pulak kamera hanfon jekk hihi)

Ok la layan jek gambo2 ni eh..
Antara yang dapat di snap..
Susah gak nak amik gambo budak tecik yang tengah berjalan nih..









Thursday, February 18, 2010

Kubur Pun Leh Jadi Kebun Sayur..MasyaAllah..


Tengahari tadi..
Aku cam biasa la menjamu selera
Sambil tengok Buletin 1:30 kat TV3..
Ntah camana aku cam tertarik sangat ngan berita nih..

Dimana ianya berlaku kat Kuantan,Pahang
Tempat aku tinggal sekarang ni..
Area mana aku tak berapa pasti dek kerana
Suara anak2 ku yang bising
Menenggelamkan sore si Saiful Nizam,pembaca berita tuh..

Hanya yang aku nampak
Gambar tanah perkuburan yang dipenuhi ngan sayur-sayuran
Adddooooiiii..ada pulak manusia yang camtuh
Tergamaknya la dia gi tanam sayur kat kawasan kubur
Macam2 tanaman ada..
Betik,terung,tomato...etc la
Kata pembaca berita tuh..
Tukang tanam sayur tu akan datang setiap hari
Melihat tanamannya...

Dia tanam kat tengah antara 2 kubur..
Mmm memang penuh la ngan tanaman hingga dah tade rupa
Kawasan perkuburan dah..huhuhu..
Kubur pun dah tenggelam dek tanaman yg merimbun..

Pendapat somiku,
Orang Indon kot punya keje..
Kalau nak kata orang cina/india..
Mereka pastinya takut untuk masuk kawasan perkuburan Islam..
Mmmmm ntah la..aku pun tak tahu..

Tak masuk dek akal langsungkan?
First time aku dengar cite camnih..
Addoooiii macam2 hal dah jadi kat Malaysia nih..
Ok la tu jer aku nak gitau..
Pape hal kita pakat la tengok berita malam nih..
Kot2 nya diberitahu skali lagi..










Pendapatan Nuffnang Yang Pertama..

Hehehe..kalau korang nak tahu..
Nilah pendapatan aku yang pertama kat Nuffnang
Ahakss sian betoll ngan aku kan?
Tapi takpe aku akan terus terjah blog
dengan lebih manyak dan gigih lagi kihkihkih

First time aku tengok ada angka kat Jumlah Semasa tu
Rasa nak menitik air mata huhuhu
Bukannya apa terkezut sesangat
Lagipun aku tak tau camana sistem Nuffnang ni guna
Sampai sekarang ni pun aku masih lum mengerti
Camana guna Nuffnang leh dapat duit hehe
Jakun betool la aku nih kan? ngeh ngeh ngeh

Tapi takpe la aku berblog pun sekadar suka2
Berkongsi rasa hati,cerita dan maklumat
Dengan sesapa saja yg sudi masuk blog aku....
Ok la tu je aku nak citer...
Cau dulu la nak masak pulak..
Maklum la suri rumah (^_^)






Akhirnya Kau Turun Jua Wahai Hujan...

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah... Akhirnya kau turun jua wahai hujan...setelah begitu lama bumi ini kekontangan.Telah kering tali air,sudah surut air sungai dek kerana kepanasan yang terlampau itu...Sejak petang semalam dikau turun menjengah kehari ini masih lagi belum berhenti.....turunlah dikau semahunya agar hilang lenyap segala rasa hangat terbakar yang kami sekalian makhluk rasai.....Syukur aku kepadamu Ya Allah...menghantar jua si air hujan itu membasahi muka bumi...Tapi,aku ini hanyalah manusia yang sering lupa akan segala hikmah yang kau janjikan akan segala ujian yang Kau turunkan..Maafkan aku Ya Allah atas segala kekhilafan diri...Amin..









Wednesday, February 17, 2010

SARDIN DAN MILO PUNYA CERITA.....

Petang semalam aku ada la buka emel kiriman dari adik aku.Sumber dari artikel tu aku tak tahu la betul ke tak.Harap2nya palsu belaka huhuhuh... agaknya diforward oleh kengkawan dia la kot.

Serius giler aku cakap pas aku baca je artikel tu terus aku rasa cam loya,mual,hilang selera makan minum mengenangkan patah2 ayat dalam artikel tuh huhuhu..sejak petang semalam gak aku tak sentuh minuman kegemaran aku tuh. Uuuwwwwaaaa aku takut,tak sanggup,tak tergamak lagi nak meminumnya...Sekarang nih aku rasa amat la sedih sebab aku tak tahu nak minum air apa lagi.Yang aku duk telan sejak petang semalam adalah air masak ngan soya jek.Teh memang aku kurang dan jarang minum melainkan bertandang ke rumah orang (kalau tuan umah angkat air teh terpaksa la aku minum hehehe)...Aku bukannya sombong tak mau minum teh cuma aku rasa cam tak puas gitu...nak kene rembat air color koko tu gak...hehe

So,kepada sesapa yang baca entry aku nih (ehhhh!!! ada ke orang masuk blog aku dan baca entry yang ku tulis nih..ngeh ngeh ngeh ngengada tool aku nihkan...perasan je lebih huahaaahhaaa)..tolong la bagi nasihat kat aku dan memberitahu aku betul ke tak artikel yang aku baca nih..Boleh percaya ker? Aku buntu,kelu,bisu huhuhu..Sila la baca sampai habis okey....

*Psst....citer kat bawah aku copy balik dari mel tu...harap maklum...



Kisah 1

Kengkawan....I nak share ngan u all. Kampung I kat penang banyak Kilang Sardin.Satu hari tu my mother ada kenal ngan satu perempuan India yg keje kat salah satu Kilang Sardin kat area Perai (nama tempat).Dia tanya my mother nak tak sardin free sebab dia keje kat situ katanya kalau mahu dia boleh bagi banyak padahal dia sendiri tak makan sebab dia dan staff yg lain sendiri masukkan siput babi dalam sardin tu untuk bagi sedap dan tahan lama.Since that day my mother dah tak makan sardin.

Sendiri mau ingat kalau boleh telan...hehehe



Kisah 2

Dulu...sedara biras keje kilang buat sardin, sampai berhenti setelah mencuri masuk bilik khas yg kononnya P&C tiada seorang pekerja pun dibenarkan masuk kecuali sorang dua orang yang tertentu je...One day si hamba Allah ni pun masuk la curi2 (syukurla Allah lindungi dia, kalau tak dah tertangkap)...punya la terkejut bila dapat tahu bilik yg P&C tu rupanya ada satu tong besar yang dalamnya diternak siput2 babi, kalau nk tahu lendir2 siput babi tu la dijadikan bahan pengawet ikan2 sardin tadi...dan maybe gak dicampur dgn daging katak ek...tp tak plak nampak katak diternak kat situ....lepas sedar tuh terus resign 24 jam, setelah bekerja selama bertahun2 kat situ...tp luper la kilang sardin apa brand...kena tanya dia balik....


Cakap pasal sardin...yang dibuat di Terengganu memang ada, dulu masa keje company transport memang ada buat shipment hantar ikan2 frozen yang turun di Singapore dari Mexico. Dihantar ke Kuala Terengganu untuk dibuat Sardin...kalau tak salah nama kilang tu 'PERSTIMA' lebih kureng mcm tuh la bunyi nama kilang dia...dan kilang tu memang 100% dari management PPL sampai orang dapur adalah org tempatan...

Tp tu masa tahun 2003-2004...tak tahu la kalau sekarang ni camana, al-maklum la kat Malaysia ni dah kebanjiran workers international NEPAL,BANGLA,INDON,VIETNAM yang kebanyakannya SLAM bukan ISLAM...(setuju tak?) hehehe....dan mereka2 ni makan pun main terjah jek...anjing dan kucing pun jadi kalau nak jimat duit lauk...(teringat hostel NEPAL bujang dan hostel INDON anak dara blkg umah dulu masa duduk rumah kedai..) hari2 tgk mereka 'team work' tangkap anjing dan kucing liar lorong belakang untuk disembelih dan masak...uwekkkk sembelih pun main pancung jek...tanpa belas kasihan....pastinya tiada baca2 kan?.....so sadis...



Kisah 3

Just nak sharing satu cerita dari seorang kawan.

Petang semalam semasa menunggu shutter KL-IPOH saya and kawan berbual-bual.Kami berbual perkara halal dan haram. Nak di jadikan cerita, kawan saya pun beritahu yang abang ipar dia bekerja di jabatan ********* di unit serbuan.

Saya terkedu seketika mendengar cerita kawan saya. Ya Allah!!! berapa banyakla benda haram dah jadi darah daging saya ni...Nauzubillah....Patutlah budak2 sekarang degil2, tak dengar cakap...ermmm ...

Ceritanya macam nie....

Jabatan ********* pernah buat serbuan di kilang memproses ikan sardin.Apa yg di jumpai amatlah memeranjatkan. Kalau kengkawan bau kuah sardin tu hanyir n lagi satu sedap kan...nak tahu apa resipinyer...kalau tak percaya terpulanglah.....tau kenapa org cina suka makan katak??? So agak2 kengkawan dapat tak jawapannya?....kilang tu telah mencampurkan daging katak  sebagai perasa untuk menyedapkan lagi rasa kuah sardin tue..huhuhu...itulah yg Jabatan ***** jumpa tapi amat sadis kengkawan bila pegawai yg bertugas hantar report...report tu telah di 'zip' oleh pihak tertentu atas sebab akan merugikan pihak 'besar'. ..kengkawan tau sardin jenama apa??? ..yg paling mahal n glamer...

 'A*** B****'...itulah hakikatnya...abg ipar kawan saya pun tak mampu untuk buat apa2 kalau report telah di zip..apa yg mampu diheboh mulut ke mulut untuk menjaga ummah semua.....



Kisah 4

Lagi satu serbuan telah dibuat di syarikat membuat makanan yg ternama....kengkawan tahu apa yg dijumpai...agak2 pernah tak rasa daging cacing?????. ..mesti kengkawan selalu minum milokan?.....yes. .daging cacing telah di campur dengan serbuk milo.....kalau ada bau hanyir itulah dia...kalau kengkawan nak lgi confirm try buat macam nie....milo+gula sahaja lepas tu tengok ada tak minyak/lemak kat milo tu...kalau ada confirm...ini apa yg diberitahu oleh abg ipar kwn saya jer...


Tp saya tak tahu tahun bila mereka buat serbuan...???..dan adakah pihak yg bertanggungjawab telah mengambil tindakan yg sewajarnya untuk mengikut garis panduan halal yg telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Malaysia... wallahhualam. ..

Lagi satu..jadikanlah kod no sbg panduan masa nak beli makanan kat pasaraya..kalau ada kod E110 ker n yg tersenarai jgn lah beli...that is confirm ada benda 'alah' tu...print lah kecik then laminated simpan dalam purse...memang leceh tp kalau nak amalan diterima, makanan kita lah salah satu nya jaminan...kalau dah haram..hukum nya tetap haram..tak kisah walau disentetikkan pun..tetap haram......

Saya hanya menyampaikan perkara ni kepada kengkawan Islam saya sahaja..samaada nak percaya atau tidak terpulang lah...kalau kengkawan rasa cerita ni tak sahih, proceed lah makan cam biasa ek...kalau kengkawan memang penggemar ikan sardin..keluaran org melayu kita ada buat sardin ni....dari Terengganu tp saya tak perasan lagi kat Shopping Complex..

Kawan saya kata rasanya memang kurang sedap tp yg penting HALAL...kalau nak sedap letaklah daging katak..huhuhu...Milo org melayu pun dah ada kat pasaran tapi tak sesedap dan seenak milo yg sedia ada sekarang....Untuk makluman kengkawan Islam semua, artikel ini bukanlah artikel rasmi ataupun cuba menghasut tp lebih kepada peringatan.....terpulang kepada kengkawan untuk menerima atau tidak...Saya hanya menyampaikan amanah sahaja...

Tepuk dada tanya iman....wallahhualam


Nak sardin halal????....
Sila la jenguk kat sini....  http://www.metamorf.com.my/



*Memo..Saya mohon maaf pada pihak yang terlibat sekiranya terbaca coretan nih dan ianya tidak benar sama sekali.Saya cuma mahu mencari kebenarannya sahaja agar tiada lagi rasa was2 dihati nak makan dan minum mende2 tu sume..Harap maklum.Seandainya sume tu dusta beritahula saya... =)










Tuesday, February 16, 2010

JANTUNG HATIKU...


Renung-renungkanlah.... (^_^)


Saya akan cerita serba sedikit tentang jantung.Banyak pelajaran berguna yang saya pelajari daripada jantung ini.

Jantung ini berakhlak 'mahmudah' (akhlak yang terpuji).Jantung amanah.Dia tidak pernah mencuri.

Jantung ini ada satu otot, namanya Endocardium.Endocardium ini tidak akan mengambil darah yang beroksigen buat dirinya.100% darah yang diterima, 100% darah yang berkualiti juga akan dipam semula.Tidak pernah sesekali dia menggunakannya buat keperluan dirinya.


Sekiranya 'Coronary Artery' tersumbat, jantung tetap tidak akan mencuri..Apa yang akan terjadi? Kematian.Dan jantung menunjukkan satu lagi sikap, lebih baik mati dalam kemuliaan daripada mati dalam kehinaan.


Jantung juga tidak mementingkan diri. Dia tahu organ-organ lain di dalam badan memerlukan bantuannya. Dia bekerja dalam jemaah, ada 'team work'. Jantung mengepam 5 Liter darah dalam masa satu minit. Jumlahnya hampir-hampir satu baldi air.

Dia bekerja tanpa rehat. Sekiranya manusia tidur, otaknya akan berehat.Tapi jantung akan terus menjalankan tanggungjawabnya kepada Allah.


Jantung menerima arahan dari 'SA node'. Bahasa mudahnya, SA node ini seperti seorang ketua dan jantung akan mematuhi arahan ketuanya.

Dia tidak akan datang lambat. Dia tahu betapa penting dirinya. Dia perlu selalu berinteraksi, menjaga batas perhubungannya. Sekiranya dia berhenti berinteraksi, akan berlaku 'Sudden Cardiac death'. Jantung akan tiba-tiba mati.


Satu lagi perkara mengenai jantung - dia tidak akan berhenti bergerak. Apa yang akan terjadi kalau jantung berhenti bergerak? Darah akan bergumpal dan seterusnya menyebabkan strok dan serangan sakit jantung.

Jantung mengajar kita agar sentiasa belajar - menjadi 'Continuous Learning Person'. Jangan berhenti. Exam bukannya terminal (penamat) segalanya-galanya. Sebagai seorang muslim, perlu belajar sehingga ke liang lahad.


Jantung ini patuh pada siapa?? Jantung ini patuh pada penciptanya, yakni Allah.Kalau dia patuh pada saya dan awak, dah lama jantung mati.

Contohnya, awak beri arahan, sekarang berdegup cam gini...cam gini...Lepas tu, awak beri lagi arahan...berdegup cam gini...cam gini...Awak akan jadi gila, dan jantung juga akan mati kerana mematuhi peraturan yang tidak masuk akal.

Kadang kita tidak sedar betapa hebatnya kasih sayang Allah buat hambaNya. Derhaka macam mana pun, jantung tetap berfungsi dengan baik. Semua itu nikmat.

Nasihat saya buat awak dan saya, bertaubatlah sebelum jantung itu berhenti berfungsi kerana mematuhi perintah RabbNya.

 

HARGAILAH JANTUNG ANDA.....
---@ kerana  ianya takde spare part cam kete,motosikal,lori,bas dan sebagainya..kalau rosak dah tentu tak lagi dapat diganti baru....mmm kalau boleh diganti pun takkan sama sepertimana yang asal dimana ianya memang dah diprogramkan oleh Allah...memang jantung tuh khas untuk diri kita jek..renung-renungkanlah dan selamat beramal  =)










HIV TAK SENGAJA...


BERWASPADA!!!!!!

Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya....

Sila baca artikel berikut sampai habis okey...

Mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV.Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa.

Jadi sila berhati-hati... Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih.....

----> Kawasan Pantai.

Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai dan menimbus jarum penyuntik di dalam pasir.Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.

----> Kawasan Taman Permainan Kanak-Kanak.

Satu lagi kawasan pilihan penagih.Terdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan gelongsor & kemudiannya didapati HIV positif.

----> Panggung Wayang.

Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi panggung wayang, beliau terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV positive". Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hatilah....

----> Georgia & Florida

Ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling mesin air minuman....jadi pastikan bila anda membeli air atau candy, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling.....mungkin terdapat jarum penyuntik di dalamnya.

----> Restoran Burger King

Pesakit HIV yang juga pekerjanya meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos.Order di tempat lain.

Ini adalah nyawa anda. Sila 'forward' maklumat ini sebanyak mungkin kepada orang lain,especially orang yang anda cintai, anak anda dan sesiapa saja...


Dr Yasmin Anum Mohd Yusof.
Associate Professor & Head Dept. of Chemical Pathology,
School of Medical Sciences,
USM, Kubang Kerian, Kelantan,
MALAYSIA.




* Psst... saya dapat maklumat ni daripada emel yang diforward oleh adik saya...(harapnya betul la maklumat yang saya terima nih...) So,sesama lah kita ingat-mengingati agar tidak terjebak dengan perkara yang tak dingini seperti HIV positif  ini...Nauzubillah.....










Monday, February 15, 2010

SEKETUL KEJU DAN SEHELAI TUALA KECIL...



Sekadar renungan kita bersama....


Oleh : Ustazah Siti Nor Bahyah Bt Mahmood.

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.


"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"


Lalu gadis malang itu pun menceritakan hal yang berlaku padanya..


 "Ya,Rasulullah...sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini."  Balas gadis tadi.


"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."


Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.


"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam Neraka. Keadaannya amat menyedihkan... Ibuku meminta diberikan air...dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu....hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan dengan sekelip mata."


Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.


"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya."


Lantas aku bertanya ibuku,


"Kenapa dia menerima balasan sebegitu?...Sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran Islam dan isteri yang taat kepada suaminya..."


"Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja..."


"Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga Nabi..."


"Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku..."


"Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di Neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.


"Lalu dijawab oleh ayahku. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia."


"Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke Neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur."


"Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah...."


Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.


Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua Umat Islam.


Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata,


"Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah + berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun..."


"InsyaALLAH..."









*Pssst....Sesama lah kita bersedekah pada mereka2 yang memerlukan..Mudah-mudahan ia akan membantu kita dihari pembalasan kelak...InsyaAllah..sesama lah kita ingat-mengingati sesama insan  =)








Related Posts with Thumbnails