Pages

Tuesday, January 5, 2010

Dugaan Oh Dugaan...

1 Januari 2010

Hari yang suram+kelam... sebabnya hujan turun dari pagi hingga ke malam...kekadang lebat dan kekadang juga rintik-rintik....Masa tu aku duk kat kampung (umah mak aku)...Plan nak balik umah mentua time pagi dah beranjak ke petang....Tapi semalam (31 dis 09)  sempat la aku countdown dan sambut Tahun Baru ngan Batrisyia dan Zahin...melopong mulut Zahin melihat percikan bunga api yang bersambung-sambung kat dalam tv....lama gak dalam 10 minit....waaahhhhh alangkah bestnya kalau aku dapat tengok percikan bunga api secara live....hehe...(angan-angan je la...huhu)

2 Januari 2010

Dari pagi beranjak ke petang suamiku menunggu kedatangan saudara dia (aku tak tau macamana nak describe hubungan dia ngan kedua perempuan tuh....mak saudara dan sepupu la kot.. hehe jahil tul aku ni kan?).Tujuannya nak mengukur tanah yang dibeli....memudahkan urusan tuk membuat umah kecik kami.....Tapi akhirnya menerima call dan menyuruh kami ke rumah dia untuk berbincang apa ntah...adoooiii macam-macam ragam manusia ni kan? time suamiku tak balik kampung sibuk duk bertanya... bila nuar balik??...tapi bila dah ready tak datang pulak....mmm ntah la aku pun tak tau, malas nak fikir....

3 Januari 2010

Ptg tu ada la sedara aku datang umah mak dan mengkhabarkan berita yang kurang baik....nenek saudara aku (Mok Teh)  masuk hospital...dia pun dari hospital terus singgah umah aku....Nenek saudara aku tu dah ada penyakit kencing manis (kaki kirinya pernah di operate)....dan masa dihantar ke hospital dalam kul 4 ptg tu dia dah tak sedarkan diri...mulut dah senget...pada fikiran aku maybe kene strok....pape pun esok aku akan gi jenguk sekejap sebelum aku balik ke Kuantan...InsyaAllah

4 Januari 2010

Tengahari, aku sefamily ngan mak pegi ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu tuk menziarahi nenek saudara yang sakit....Masa aku sampai tu jam baru kul 12.30 tengahari....aku pikir orang ramai dah mula masuk tuk melawat tapi rupanya waktu melawat dah di tukarkan ke pukul 1 ptg hingga 2 ptg.Aduuhhh kene tunggu la dalam setengah jam....hampeh tul la... dah la hari hujan...masalah betul!!!.... =(

Bila pintu dibuka tuk orang ramai...aku ngan suami di tahan kerana membawa anak kecil.Menurut pengawal, kanak-kanak bawah 12 tahun tak dibenarkan masuk...adooooiiii satu lagi masalah....tak boleh bawak anak pulak...so,terpaksalah aku tinggalkan anak-anak ngan suami....aku ngan mak naik ke tingkat 8 untuk melihat nenek saudara....masa aku sampai kat katil,nenek saudara aku macam sedar tak sedar jer... sekejap celik dan sekejap matanya di pejam...kata Abang Mie (anak nenek saudara) yang menunggu...pagi tadi baru sedar...petang semalam perut ditebuk kerana masalah buah pinggang...Syukur Ya Allah...aku pikir kene strok...

Dalam setengah jam jugak la aku melawat...dan sempat juga la aku melihat saat-saat cemas para doktor (dlm 8 orang) duk berusaha menyelamatkan seorang nenek di katil sebelah...agaknya umur nenek tu dah tak panjang memandangkan wajahnya dah berubah kebiruan...takutnya....masa aku beredar tu,keadaan masih lagi kelam kabut...

Bila turun...aku tengok Zahin duk bertatih dipimpin ayah....tak nangis walau sedikit pun....sssyyayang anak ibu...macam ni lah budak yang baik....

Dalam kul 5 ptg,lepas bersalaman ngan mak ayah adik, kami pun bertolak balik Kuantan....tapi baru je 2,3 saat berjalan...suamiku berhenti, katanya macam pelik je...bila tengok....tayar pancit pulak....

2,3 hari ni kan, dugaan banyak betul untuk aku n family....macam-macam perkara yang berlaku....nasib la baru kuar dari pagar umah mak...boleh jugak la berundur balik....kalo dah pancit kat tempat yang takde tempat berlindung alangkah harunya....dalam hujan lebat plak tu...Syukur Ya Allah biar pun kau menduga kami...masih lagi di tempat yang selamat tuk kami berteduh anak beranak....Pas tukar tayar spare dibantu ayah....akhirnya kami bertolak dalam kul 5.30 ptg....tak macam kebiasaan...kali ni suamiku memandu tak terlalu laju...bimbang akan terjadi sesuatu plak nanti...

Dugaan yang terakhir tuk aku sefamily bila tayar kereta masuk lubang....nasib la tak berlaku sesuatu yang buruk...cuak juga aku...mana tak cuaknya...kat belakang kami ada lori minyak yang besar tu...huhu..takutnya...bagai terhenti denyut jantungku bila mendengar bunyi yang begitu kuat dek kerana lubang yang dalam....Setelah menempuh begitu banyak dugaan akhirnya selamat juga kami sampai kerumah....bila diperiksa nasib jugak la tak bengkok rim kereta dek lubang yang dalam tuh....Dugaan oh dugaan....








0 comments:

Related Posts with Thumbnails