Pages

Wednesday, December 30, 2009

Minyak Angin

Bahaya Minyak Angin! Parents Please Read!

Ini untuk pengetahuan SEMUA dan bolehlah disampaikan atau berpesan kepada kawan-kawan tanpa mengira kaum agar apa yang berlaku kepada anak saya tidak berulang kepada anak kawan-kawan kita dan juga umat manusia seluruhnya.

Ahmad Tarmizi Ahmad Basri (anak kesayangan saya yang kelima)
Umur 3 tahun.

17/08/04
Demam biasa dan dibawa ke klinik untuk perubatan

18/08/04
Masih demam dan perut kembung akibat tak selera makan kerana sakit tekak (bengkak)

19/08/04
Saya kurang senang dengan kesihatan anak saya dan membawa dia berjumpa doktor pakar.Setelah diperiksa soalan pertama yang doktor tanya kepada saya serta isteri ialah ada sapu apa-apa minyak diperut? bererti sebagai doktor dengan ilmu kedoktorannya dia tahu bahawa puncanya adalah disebabkan minyak angin.

Anak saya dimasukkan ke wad.Dia tidak mampu untuk bernafas dengan sendiri dan memerlukan bantuan pernafasan.Darah dan air kencing diambil bagi tujuan pemeriksaan.

Keputusan pemeriksaan :

Hati anak saya bengkak teruk disebabkan minyak angin telah meresap masuk ke dalam tubuhnya. Kencing anak saya juga mengandungi minyak tersebut. Kesemua saluran darah menghadapi kesukaran akibat minyak itu. Anak saya tak sedarkan diri dan terus koma. Dia dibawa ke wad ICU dan dirawat oleh 6 orang doktor. Antara 6 orang doktor,2 darinya adalah dari Jerman.

Kedua belah kakinya di tebuk untuk memasukkan ubat dan oksigen dengan menggunakan tiub. Kedua tangan juga di tebuk untuk memasukkan glukos dan darah. Kepala juga ditebuk di bahagian dahi untuk memasukkan ubat cecair.

Saya disuruh oleh pihak hospital untuk menandatangani hampir 7 keping dokumen kebenaran untuk menyelamatkan  anak saya.Risikonya perlu saya dan keluarga tanggung sendiri tanpa menyalahkan pihak hospital jika sesuatu perkara tidak baik berlaku.Saya bersetuju.

Alhamdulillah...Akhirnya dengan izin Allah anak saya dapat diselamatkan.Kini telah dipindahkan ke wad biasa. Dia telah pulih hampir 80% dan sudah mampu untuk memanggil saya BAPAK bila saya disisinya.

Ikhlas...ketika anak dalam keadaan sedemikian segala harta,motor besar,kereta dan semua yang ada didalam dunia ini tidak bernilai lagi. Hampir 3 hari saya tak makan langsung dan airmata sentiasa berlinangan, saya seolah hilang malu dan tak bernyawa.

Tergerak hati saya untuk memberitahu semua dengan harapan pengajaran ini dapat membantu anak orang lain dari menjadi mangsa MINYAK seperti anak saya....

PERINGATAN
Tolong pastikan, jangan ada walaupun satu botol minyak yang dibeli direct dari penjual tepi jalan,penjual rumah ke rumah,pemberian dari jiran dan sebagainya...kerana mungkin ianya akan membunuh anak kita sementelah kita sendiri pun tidak tahu isi kandungannya.




Nota : Artikel ni diprintkan oleh suami untuk aku sebagai pedoman agar senantiasa berwaspada...






0 comments:

Related Posts with Thumbnails